4 October 2013
1730 – thumbprint (out)
1600 – menukar not kertas $100(2) kepada not yang lebih kecil $50 $10 $2
2000 – Teratak D’puncak
2200 – balik ke rumah dan membuat persiapan terakhir
5 October 2013
0200 – meninggalkan rumah (Semenyih) melalui Lebuhraya PLUS-ELITE
0245 – tiba di LCCT dalam keadaan hujan lebat
0400 – urusan check-in lancar,
0515 – imigresen (metal detector bertindak-balas dengan butang jaket)
0610 – take-off
0705 – safely touch down the Changi Airport
Petang 4
Oktober 2013, Pharmaniaga Manufacturing Berhad mengadakan Annual Grand Meeting bagi Kelab Sukan
dan Rekreasi PMB. Sesi ditutup dengan acara makan besar ^_^
Tepat sahaja jam 5.30 petang, saya pun mengecap ibu jari yang comel ini ke
mesin pengimbas jari di tempat biasa. Simbolik kepada kepulangan saya untuk
hari itu.
Tunggu punya tunggu Mas (sumain) tak muncul², akhirnya dalam
jam 6 petang macam tu barulah nampak kelibat beliau. oH.. akhirnya dapat juga
saya memecahkan sekeping not $100 dengan not² yang lebih
kecil. Yeah~
Sebermula jam 8.00 malam sehingga ke jam 10.00; saya berada kat Teratak D’puncak.
Pulang ke rumah, untuk persiapan terakhir.
2.15 pagi / 5 Oktober 2013 saya
meninggalkan rumah di [Semenyih] dengan melalui Lebuhraya PLUS-ELITE. Melintasi
persimpangan yang amat dekat dengan USIM; menempuh perjalanan dalam keadaan
abang ipar yang mengantuk keletihan di tambah lagi dengan hujan lebat dan angin
kencang diluar jendela kereta; mencabar.. O.o
Tepat jam 2.50 pagi, saya telah pun menjejakkan kaki di LCCT. [keseorangan]
melayan perasaan di tempat yang pertama kali saya pijak. Tidak memilih untuk
tidur kerana takut terlajak walaupun pada dasarnya saya sangat2 mengantuk. Woahh
alhamduliLlah urusan check-in sehinggalah menuju ke perut pesawat berlalu
dengan sangat mudah, namun kerana keadaan hujan yang agak lebat disepanjang
perjalanan.. maka kepala ada pusing sikit,
0610 take-off
0705 safely
touch down at Changi Airport
Atas dasar kefahaman sendiri; yang Bus nombor 36 ni hanya terdapat kat
Terminal 2, maka saya pun mulailah berjalan hampir 1 km dalam usaha menuju ke
Skytrain penghubung terminal. Tergamam, ketepatan setiap perjalanan (sangat²) mengagumkan~ sebaik menyelesaikan urusan imigresen di Terminal 2, saya terus berjalan mengikut arah yang ditunjukkan papan tanda.
BUS TO CITY
Changi Airport - Parkway Parade
$1.90
Hujan lebat masih terus mengiringi
saya sebermula dari Jalan Bangi Lama sehinggalah ke Brooke Road, satu
perjalanan yang cukup jauh, cukup sejuk,
4 التعليقات:
at: October 9, 2013 at 10:51 PM said...
Wah musafir ke Singapura (^-^)
at: October 13, 2013 at 5:11 PM said...
musafir mencari diri; lyana, insyaALlah kalau ada rezeqi nak jalan lebih jauh lagi ^_^
at: October 14, 2013 at 3:00 PM said...
seronoknya kalau boleh travel ke tempat orang..insyaAllah kita pun kalau ada rezeki nak gak bermusafir ke negeri orang (^-^)
at: October 14, 2013 at 4:30 PM said...
QS 29:19-20
QS 6:11
insyaALlah lyana..
semoga dipermudahkan ^_^
Post a Comment