Malaysian:
Sir, could you please alert me whenever this bus approach the Parkway
Parade?
Singaporean:
My pleasure ^_^
Bertemu dengan insan yang boleh membantu, di saat kita perlukan bantuan; adalah
rahmat dari Allah swt. Berkebetulan, beliau juga mahu turun di tempat yang
sama. Bersapa mesra di antara dua jiwa, berkongsi rasa sepanjang perjalanan
yang mengambil jarak lebih kurang 13.2 km. Hujan renyai kadangkala lebat masih tegar
menemani saya sehingga ke bumi sebelah sini. Sekejap2 mata saya tertancap pada
suasana di luar tingkap..
Sebaik menuruni tangga bas, tidak setitik hujan pun yang berjaya mengenai
tubuh saya. Baik dari atas mahupun percikan dari tepi. Kemudahan laluan pejalan
kaki dengan susur gajah sepanjang jalan, sehingga mendaki ke jejantas
berhampiran. Berlalu pula di dalam bangunan.. semuanya boleh dikatakan lebih
sempurna dari apa yang biasa di lihat dalam negeri sendiri. Terimbas kisah2 kehaibatan
tamadun muslim di masa silam, dambaan setiap jiwa yang datang; mahukan
ketamadunan yang sama.
8.30 AM (GMT +8.00 Singapore)
Tiba di tempat pertemuan lebih awal dari masa yang dirancang, walhal perjanjian
asal kami adalah pada jam 11.00 pagi. Dengan perut yang berkeroncong minta di
isi, saya mencari2 sesuatu yang boleh di makan. Hanya 7E yang mampu jadi
pilihan.. selepas beberapa kali membelek, akhirnya sebotol jus oren dan seketul
bar coklat yang saya yakin boleh di telan.. $2.70, walaupun selepas di kalih
harga nilainya bersamaan dengan RM 6.75 tetapi saya masih yakin taraf hidup di
sini masih jauh lebih rendah berbanding taraf hidup di negeri sendiri.
Gaji seorang math’s tutor sepenuh masa di bumi sendiri: RM 1000/sebulan
Gaji seorang math’s tutor sepenuh masa di bumi sebelah sana: $ 1900/sebulan
Harga seketul bar coklat + jus oren di bumi sendiri: RM 4.20
Harga seketul bar coklat + jus oren di bumi sebelah sana: $ 2.70
2.15 PM (GMT +8.00 Singapore)
Selesai melaksanakan tuntutan utama, saya tidak merancang untuk berbuat
apa.
Kami keluar dari premis tanpa sempat bertemu dengan samirah dan sepupunya.
Haish.. terkilan T_T
Atas bantuan survey tunang apin, akhirnya kami dapat menjamah makan
tengahari di bumi asing. Kedai muslim warga Indonesia, ^_^ $16.90 untuk 3 orang, saya kira harganya adalah standard dengan negeri sendiri, selepas mengisi
perut separa penuh. Kami berjalan menuju ke Masjid terdekat, Masjid Khalid.
# dekat x dekat jugak, 1.3 km menghala ke barat laut dari Parkway Parade -_-
10 التعليقات:
at: October 14, 2013 at 3:03 PM said...
..dan mereka berkata "Syukurlah Malaysia masih aman.."
aman la sangat.Kadar jenayah makin meningkat, harga barang keperluan melebihi kemampuan sesetangah golongan..jangan ada keluar berita pasal orang kebuluran kat Malaysia ni sudahlah..
at: October 14, 2013 at 4:35 PM said...
syukur sebab dipertemukan dengan golongan macam tu lyana.. semoga boleh jadi i'tibar untuk kita dan keturunan kita daripada mengikut jejak langkah mereka,
yang buruk jadikan sempadan, ^_^
at: October 14, 2013 at 9:05 PM said...
betul juga..semoga kita x mengikut jeja mereka..
oh pasal bertegur sapa dengan stranger..huhu suka sebenarnya berborak dengan orang yang baru je jumpa..satu je problem kita..bila dah lama borak baru perasan terlupa nak tanya nama..hehehe lepas tu malu pula nak tanya kekeke~
at: October 15, 2013 at 9:38 AM said...
ALlahu.. lyana cakap baru rizQan perasan, kami x buat sesi ta'aruf pun masa tu, huhu.. tp apa pun uncle tuh memang best la, w/pun dia x tahu kuala lumpur tu kat mana, hahaha ^_^
at: October 16, 2013 at 1:44 PM said...
dia tu Singaporean or dari negara lain? kalau Singaporean mustahil x tahu Kuala Lumpur hehe kita kan berjiran~
xpe lain kali buat sesi taaruf skit2..syok oo berbual dengan stranger sebab kita akan dapat lihat dunia dari sisi lain..
hari tu semasa mengikuti ceramah KPP untuk amik lesen, kita bertaaruf dengan seorang budak perempuan umur 18 yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak..seronok mendengar cerita dia..
hehe panjang pulak komen teman ni...
at: October 17, 2013 at 12:57 PM said...
susuk pakainya; tutur bicaranya,
confirm.. singaporean, ^_^
bagi rizqan tu perkara biasa, kat negara kita sendiri pun masih ramai yang x cakna isu semasa kn, huhu
sokong lyana, bercakap dengan orang yang baru pertama kali kita jumpa ni selalunya buat minda kita lebih terbuka, sikit persepsi buruk pun x wujud pada org tu ^_^
#reply panjang, haha
at: October 17, 2013 at 9:20 PM said...
mungkin juga..huhu
yup...ketika tu kita just dapat fikir dan beritahu dia yang rezeki dia sebab dah kahwin dan dah ada anak dah pun..
heheehe anak dia comel woo (dia tunjuk gambar kat kita)~
at: October 21, 2013 at 2:54 PM said...
tiba2 teringin nak timang anak sendiri.. hehe
at: October 27, 2013 at 5:13 PM said...
InsyaAllah akan tiba masanya nnt
at: October 27, 2013 at 6:46 PM said...
bi-idzniLlah, ameen ^_^
Post a Comment