Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, October 27, 2013

teka-teki / survey :D




Yes or No


3² + 4² = 5²
Ya atau Tidak [1]

Penulis blog warQah daUn papYrus (wdp) di besarkan di Negeri Kelantan
Ya atau Tidak [2]

Pengunjung blog wdp dilahirkan dalam tahun 1408 H?
Ya atau Tidak [3]

Opick merupakan keturunan Adam dan Hawa
Ya atau Tidak [4]

Pengunjung blog wdp pernah sampai di Semenyih
Ya atau Tidak [5]

cos 90 = 0
Ya atau Tidak [6]

Penulis blog wdp merupakan graduan sains bioperubatan
Ya atau Tidak [7]

Ketinggian Broga Hills mengatasi ketinggian Gunung Tok Wan
Ya atau Tidak [8]

Penulis  blog wdp boleh berbahasa tamil dengan fasih
Ya atau Tidak [9]

Jalan terdekat dari Semenyih untuk ke Bandar Baru Bangi adalah melalui Pekan Bangi Lama
Ya atau Tidak [10]

Terdapat dua kampus utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, satu di Gombak dan satu lagi di Kuantan
Ya atau Tidak [11]

PRK Dun Sg. Limau merupakan pertandingan 1 lawan 1, di antara BN dan DAP
Ya atau Tidak [12]

Penulis blog wdp telah bertunang dengan gadis pilihan hatinya
Ya atau Tidak [13]

Pengunjung blog wdp pernah melalui peperiksaan SPM
Ya atau Tidak [14]

Solvilet Titus adalah jenama jam tangan yang di pakai oleh penulis blog wdp
Ya atau Tidak [15]

Kekalahan pro-aspirasi di kerusi MPP UIAM hanya pernah berlaku sekali, iaitu pada sesi 2006/2007
Ya atau Tidak [16]

Emas tetap mempunyai nilai walaupun tidak ada rupa bentuk, sedangkan berlian hanya bernilai selepas ianya di bentuk.
Ya atau Tidak [17]

Pengunjung blog wdp pandai memasak
Ya atau Tidak [18]

Empat dan Ampat adalah istilah yang sama menurut bahasa Melayu
Ya atau Tidak  [19]

Sistem transit Komuter di Malaysia dan MRT di Singapura mempunyai satu persamaan, iaitu menepati masa
Ya atau Tidak [20]

Jep Sepah dan Sharul Shiro mempunyai tone suara yang sama
Ya atau Tidak [21]

Genre buku yang dibaca oleh penulis wdp termasuk philosophy, science, history and theology
Ya atau Tidak [22]

Pengunjung minat membaca buku
Ya atau Tidak [23]

Selain blog warQah daUn papYrus, ada 2 buah lagi blog yang dikendalikan oleh penulis ini iaitu ‘Inventori Harta’ dan sebuah lagi blog yang dirahsiakan namanya
Ya atau Tidak [24]

Pengunjung blog wdp mempunyai sekurang2nya sebuah blog yang dikendalikan sendiri
Ya atau Tidak [25]

Pengunjung blog wdp di lahirkan pada bulan genap masihi (feb/apr/jun/aug/oct/dec)
Ya atau Tidak [26]

Nama anak buah penulis blog warQah daUn papYrus adalah ‘aisyah fatihah
Ya atau Tidak [27]

Pengunjung blog wdp pernah bertemu dengan penulis blog warQah daUn papYrus di dunia realiti
Ya atau Tidak [28]

Soalan Tamat [1 - 28]
Terima Kasih kerana terlibat dengan survey ringkas ini ^_^
Saturday, October 26, 2013

anonymous :

ada pun untuk penulisan pada kali ini, penulis suka untuk membicarakan soal ‘anonymous’.. atau menurut kamus warQah diterangkan sebagai; jasad di sebalik bayang.
            Kehadiran anonymous sememangnya bakal mengheret sekali perasaan ingin tahu dikalangan orang2 yang ingin tahu.. erk! ok abaikan,

| Jujurnya sebagai tuan tanah, penulis senang dengan kehadiran sesiapa sahaja ke Teratak Maya ini, selagi mana penulisan di sini tidak menimbulkan sebarang iritasi pada pancaindera para pembaca. Namun jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati dari sudut pandang yang penulis utarakan, para pembaca boleh menegur penulis dengan menghantar maklum balas sama ada secara sembunyi2 atau secara terang-terangan. ^_^



Pengakuan:
Sebagai seorang blogger, saya juga ada beberapa kali bertindak menghantar mesej kepada sahabat blogger lain dengan bertopengkan anonymous. Dengan harapan teguran yang saya utarakan tidak membawa sekali prejudis terhadap peribadi orang yang menegur; saya lah.. haha
Dan ada juga nickname2 tertentu yang saya gunakan untuk tujuan bergurau, antaranya P.D.H.T @ Pengendap Di Hujung Tingkap ^_^ maaf cik RuBy,

Rasanya ini adalah kali pertama blog penulis dikunjungi anonymous;
yang penulis sendiri tidak pernah pasti siapakan insan di sebalik bayang ini, apa pun penulis harapkan kehadiran cik anonymous dapat memberikan impak positif, menegur mana yang salah dan kalau dapat merevealkan identiti itu lebih manis kan ^,^~

# maaf, sebab dah jarang dapat update blog dan jarang jugak menziarah blog sahabat atas kekangan waktu, saya akan usahakan untuk datang singgah2 nanti k.. ^_^
Tuesday, October 15, 2013

special


.. To the world you may be one person, but to one person you may be the world |
Sunday, October 13, 2013

TRAVELOG: 5 Oct 2013 (Final)

.. Setiap kali melangkah kehadapan, saya akan tetap menoleh kebelakang. Dalam usaha memastikan bangunan Parkway Parade tidak hilang dari sudut pandang. Masakan saya boleh tinggalkan tempat yang saya rancang untuk balik semula nanti macam tu je kan..

3.10 PM (GMT +8.00 Singapore)
Usai menunaikan solat di Masjid..  kami melepaskan lelah dengan berehat sebentar. Dan sebelum berangkat semula, saya menggantikan baju yang lencun dibasahi peluh dengan baju lebihan yang saya bawa.

Apin:
Macam mana sekarang, rasanya jauh jugak kalau rizQan nak pusing balik ni..

rizQan:
O.o

Tunang Apin:
Kami nak ke Bugis, sebab nak jumpa kawan; kalau awak nak ikut sekali boleh je,
Tapi kalau x ikut kita boleh berpecah kat MRT.. ada access MRT ke airport.

| memandangkan perjalanan untuk ke Stesyen MRT lebih dekat berbanding kembali ke Parkway Parade (laluan Bus 36), maka saya memilih untuk menaiki MRT je. Diantara Paya Lebar dan Eunos, kami sepakat memilih Stesyen Paya Lebar. ^_^
Ok la tu.. datang dengan bus, balik dengan MRT.

Walaupun masih awal untuk pulang, tapi disebabkan tidak merancang aktiviti lain maka berada di airport lebih awal adalah lebih baik. $2.00..
Dari Stesyen Paya Lebar, saya perlu menukar tren di Stesyen Pasir Mas untuk ke Changi Airport.
Woah.. Pasir Mas pun ada kat Singapore!?? O.o

Menjelang jam 4 petang (waktu tempatan), saya dah pun berada kat Public Area Terminal 1.
Jalan2 sekitar airport, bangun-tidur-bangun-tidur-bangun, tengok departure board beratus kali, perhati ragam orang sekeliling, layan kinetic rain entah untuk kali ke berapa, kira baki duit yang tinggal, termesej salah orang O.o.. ok fine, ini akibat bila x bawak seketul buku pun untuk dibaca,

Tepat je 9.01 PM (GMT +8.00 Singapore), terus verify document kat counter lepas tu check-in to International Zone, Departure Hall. Pusing2 jumpa Subway, ok yang ni yakin boleh telan.. yang kerja semua Muslim. Masih murah $7.90 untuk setiap set ^_^
lepas makan terus ke gate hujung sekali. Security check, online kat internet kiosk..


selepas 15 jam di kota singa — at Changi Airport.


Tunggu punya tunggu.. flight delayed
Z_Zzz
Disebabkan terlalu letih + mengantuk, saya naik.. pakai belt terus tidur,
(yang ni jangan praktikkan bahaya gila kot)

Buka mata//
Semua orang bangun nak turun dah, haha.. :D
Dalam keadaan mamai tu, saya ikut je orang lain bergerak dari satu tempat ke satu tempat, lepas je urusan imigresen selesai. Jalan macam x sedar diri,

‘..dik bus terakhir ke KL Sentral’

Dalam pada mamai tu jugak, bayar RM8..
dah keluar baru belek tiket; tengok beli tiket bas apa sebenarnya,
rasanya kalau ada orang minta semua duit dalam wallet pun confirm saya terbagi masa tu,
ni lagi satu bahaya bila kita berada dalam keadaan kurang sedar ye. -_-

AeroBus,
Berjalan terus  tapi xde hala tuju..
sampai la nampak seketul bas tengah tunggu kat hujung terminal,
Naik dan terus tidur (lagi) Zzz,
Buka mata semua orang dah turun, KL Sentral..
Haish.. x kejut pun O.o
Tengok jam 2.30 pagi. Ok tren dah xde, KL Sentral pun dah tutup..

Xde pilihan.. tidur kat kaki lima KL Sentral,
Nak ambik teksi rasa macam rugi pulak, baik ambik dari airport tadi terus ke rumah kan..
Tidur bak gelandangan, tapi ok la bukan sorang2.. huhu
Esoknya bangun, selesaikan apa yang belum selesai, ambik first tren ke Seremban,
Tidur lagi,

Teettt..teettt..teettt - pintu tutup kat Stesyen Serdang,
Ok lepas ni kajang, tup2 tertidur lagi.. sedar2 pintu tren tengah proses terkatup kat stesyen UKM arghh, Buka mata luas2, bangun-duduk 2,3 kali, tunggu sampai Stesyen Bangi (6.45am).. lintas jejantas tunggu tren balik ke KL. Sampai Kajang turun (7.30am), x larat sangat dah nak ambik bas, mengejar waktu lagi.. terus shoot dengan teksi ke rumah. Tepat pukul 8.00am sampai depan pintu rumah, rehat 15 minit.. mandi dan terus bersiap untuk ke Teratak D’puncak pulak. 9.00 AM (GMT +8.00 Kuala Lumpur) sesi terakhir tutoring math PMR pun bermula.


O.o mata panda

TRAVELOG: 5 Oct 2013 (2)

Malaysian:
Sir, could you please alert me whenever this bus approach the Parkway Parade?
Singaporean:
My pleasure ^_^

Bertemu dengan insan yang boleh membantu, di saat kita perlukan bantuan; adalah rahmat dari Allah swt. Berkebetulan, beliau juga mahu turun di tempat yang sama. Bersapa mesra di antara dua jiwa, berkongsi rasa sepanjang perjalanan yang mengambil jarak lebih kurang 13.2 km. Hujan renyai kadangkala lebat masih tegar menemani saya sehingga ke bumi sebelah sini. Sekejap2 mata saya tertancap pada suasana di luar tingkap..

Sebaik menuruni tangga bas, tidak setitik hujan pun yang berjaya mengenai tubuh saya. Baik dari atas mahupun percikan dari tepi. Kemudahan laluan pejalan kaki dengan susur gajah sepanjang jalan, sehingga mendaki ke jejantas berhampiran. Berlalu pula di dalam bangunan.. semuanya boleh dikatakan lebih sempurna dari apa yang biasa di lihat dalam negeri sendiri. Terimbas kisah2 kehaibatan tamadun muslim di masa silam, dambaan setiap jiwa yang datang; mahukan ketamadunan yang sama.

8.30 AM (GMT +8.00 Singapore)
Tiba di tempat pertemuan lebih awal dari masa yang dirancang, walhal perjanjian asal kami adalah pada jam 11.00 pagi. Dengan perut yang berkeroncong minta di isi, saya mencari2 sesuatu yang boleh di makan. Hanya 7E yang mampu jadi pilihan.. selepas beberapa kali membelek, akhirnya sebotol jus oren dan seketul bar coklat yang saya yakin boleh di telan.. $2.70, walaupun selepas di kalih harga nilainya bersamaan dengan RM 6.75 tetapi saya masih yakin taraf hidup di sini masih jauh lebih rendah berbanding taraf hidup di negeri sendiri.


Gaji seorang math’s tutor sepenuh masa di bumi sendiri: RM 1000/sebulan
Gaji seorang math’s tutor sepenuh masa di bumi sebelah sana: $ 1900/sebulan

Harga seketul bar coklat + jus oren di bumi sendiri: RM 4.20
Harga seketul bar coklat + jus oren di bumi sebelah sana: $ 2.70


2.15 PM (GMT +8.00 Singapore)
Selesai melaksanakan tuntutan utama, saya tidak merancang untuk berbuat apa.
Kami keluar dari premis tanpa sempat bertemu dengan samirah dan sepupunya.
Haish.. terkilan T_T
Atas bantuan survey tunang apin, akhirnya kami dapat menjamah makan tengahari di bumi asing. Kedai muslim warga Indonesia, ^_^ $16.90 untuk 3 orang, saya kira harganya adalah standard dengan negeri sendiri, selepas mengisi perut separa penuh. Kami berjalan menuju ke Masjid terdekat, Masjid Khalid.

# dekat x dekat jugak, 1.3 km menghala ke barat laut dari Parkway Parade -_-
Tuesday, October 8, 2013

TRAVELOG: 5 Oct 2013

4 October 2013
1730 – thumbprint (out)
1600 – menukar not kertas $100(2) kepada not yang lebih kecil $50 $10 $2
2000 – Teratak D’puncak
2200 – balik ke rumah dan membuat persiapan terakhir

5 October 2013
0200 – meninggalkan rumah (Semenyih) melalui  Lebuhraya PLUS-ELITE
0245 – tiba di LCCT dalam keadaan hujan lebat
0400 – urusan check-in lancar,
0515 – imigresen (metal detector bertindak-balas dengan butang jaket)
0610 – take-off
0705 – safely touch down the Changi Airport


Petang 4 Oktober 2013, Pharmaniaga Manufacturing Berhad mengadakan Annual Grand Meeting bagi Kelab Sukan dan Rekreasi PMB. Sesi ditutup dengan acara makan besar ^_^
Tepat sahaja jam 5.30 petang, saya pun mengecap ibu jari yang comel ini ke mesin pengimbas jari di tempat biasa. Simbolik kepada kepulangan saya untuk hari itu.
Tunggu punya tunggu Mas (sumain) tak muncul², akhirnya dalam jam 6 petang macam tu barulah nampak kelibat beliau. oH.. akhirnya dapat juga saya memecahkan sekeping not $100 dengan not² yang lebih kecil. Yeah~
Sebermula jam 8.00 malam sehingga ke jam 10.00; saya berada kat Teratak D’puncak.
Pulang ke rumah, untuk persiapan terakhir.

2.15 pagi / 5 Oktober 2013 saya meninggalkan rumah di [Semenyih] dengan melalui Lebuhraya PLUS-ELITE. Melintasi persimpangan yang amat dekat dengan USIM; menempuh perjalanan dalam keadaan abang ipar yang mengantuk keletihan di tambah lagi dengan hujan lebat dan angin kencang diluar jendela kereta; mencabar.. O.o
Tepat jam 2.50 pagi, saya telah pun menjejakkan kaki di LCCT. [keseorangan] melayan perasaan di tempat yang pertama kali saya pijak. Tidak memilih untuk tidur kerana takut terlajak walaupun pada dasarnya saya sangat2 mengantuk. Woahh

alhamduliLlah urusan check-in sehinggalah menuju ke perut pesawat berlalu dengan sangat mudah, namun kerana keadaan hujan yang agak lebat disepanjang perjalanan.. maka kepala ada pusing sikit,

0610 take-off
0705 safely touch down at Changi Airport

Atas dasar kefahaman sendiri; yang Bus nombor 36 ni hanya terdapat kat Terminal 2, maka saya pun mulailah berjalan hampir 1 km dalam usaha menuju ke Skytrain penghubung terminal. Tergamam, ketepatan setiap perjalanan (sangat²) mengagumkan~ sebaik menyelesaikan urusan imigresen di Terminal 2, saya terus berjalan mengikut arah yang ditunjukkan papan tanda.

BUS TO CITY

Changi Airport - Parkway Parade $1.90


Hujan lebat masih terus mengiringi saya sebermula dari Jalan Bangi Lama sehinggalah ke Brooke Road, satu perjalanan yang cukup jauh, cukup sejuk,