Mengenangkan
kesukaran diri untuk mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian di peringkat
ijazah sarjana muda, saya memilih untuk mengikuti program Graduate
Employability
Management Scheme (GEMS) yang memakan masa selama 8 bulan
secara keseluruhannya. 2 bulan yang pertama itu telah selesai berjalan dengan
penuh makna di Mercy City.
SMM07C [9 Dec 2012 – 1 Feb 2013]
Sepanjang pengajian di Mercy City, setiap seorang
dari kami telah di latih sebaik mungkin untuk menjadi seorang eksekutif. Lapan (8)
modul yang disediakan benar-benar memberi manfaat pada fresh graduate
seperti diri saya.
Building and Achieving
Self Efficacy (B.A.S.E)
Project and Event
Management (P.E.M)
Effective Business
Writing (E.B.W)
Persuasive Business
Presentation (P.B.P)
Dynamic Business
Interpersonal Skills
(D.B.I.S)
Problem Solving and
Critical Thinking
(P.S.C.T)
Business Management
Appreciation (B.M.A)
Exceeding Demand, Gearing
for Employment (E.D.G.E)
Selain
itu, peserta juga perlu menjayakan 5 projek besar yang setiap satunya membawa
mesej yang jelas dengan 8 nilai utama bagi program GEMS ini.
Professionalism, Excellence, Self-Discipline, Active Learning,
Teamwork, Innovativeness, Integrity, Enterprising
Kenapa saya
mengikuti GEMS program!?
Terpedaya dengan
cerita-cerita hebat coursemates yang mengikuti program GEMS di Suria
Cherating Resort (SCR07A). Maka terus saya mengisi borang yang disediakan
secara atas talian ^_^ hakikatnya, memang sahabat saya tak menipu..
Sedia maklum bahawa ketidak upayaan kebanyakan graduan muda untuk memasuki alam pekerjaan adalah kerana ketiadaan pengalaman bekerja. Namun masalah utama yang timbul di sini adalah; apabila tidak banyak syarikat yang berani membuka peluang pada graduan muda untuk mengumpul pengalaman di syarikat-syarikat mereka. Jika budaya ini berterusan, graduan tanpa pengalaman akan terus tidak berpengalaman. Maka mereka akan terus tidak bekerja.
Oleh sebab itu, saya memilih saluran yang disediakan melalui GEMS program. Yang mana pihak GMSB sendiri akan bertanggungjawab dalam menyediakan jalan masuk ke syarikat-syarikat ternama di luar sana. Sekalipun syarikat di tempat saya menjalani latihan praktikal ini tidak menjanjikan peluang pekerjaan namun saya masih punya kelebihan,

| A D A . P E N G A L A M A N . D A L A M . G E N G G A M A N |
^_^
# Di SMM07C, kami sering di
peringatkan bahawa keperluan untuk menjadi Professional Muslim Executive
adalah satu kelebihan besar buat ummat.
0 التعليقات:
Post a Comment