Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, February 7, 2013

‘Bandar Rahmah’


            Mercy City adalah sebuah bandar yang terbina sebermula jarum jam menjejak 12 tengah malam pada 9 Disember 2012 yang lalu. Datuk Bandar bagi Bandar Rahmah ini adalah Tuan Haji Ibrahim B Mohammad.  Populasi penduduk bandar ini adalah tidak tetap, namun ia berdiam diantara 210 ke 230 orang warga sahaja. Matawang di Mercy City di kenali sebagai ‘Mercs’ yang mana kadar tukaran asingnya adalah RM60 = 60,000 Mercs. Capital / ibu kota bagi Bandar Rahmah ini adalah SMT Office. Demonym bagi penduduk Bandar Rahmah kebanyakannya dirujuk sebagai Gemmies, selebihnya adalah SMT, coach dan Hotel Staff. Bahasa rasmi di Mercy City adalah English language.

            Bagi sebarang masalah yang timbul di Mercy City, warga penduduk perlu melaporkan terus kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jika sekiranya tiada sebarang tindakan di ambil, mereka boleh membawanya ke sidang mesyuarat khas yang dikenal sebagai ‘Town Hall Meeting’. Di dalam Mercy City terdapat 7 buah syarikat yang bergabung tenaga untuk melaksanakan sesuatu tugasan dalam usaha memurnikan Bandar Rahmah, sama ada dari sudut spiritual, mental, physical dan emotional.  Di Mercy City, hanya ada satu alasan sahaja yang boleh diguna pakai jika berlaku sebarang kelewatan dalam tugasan yang dipertanggungjawabkan iaitu G E M P A . B U M I


             Dapur awam yang diberi julukan nama Harlok Cafe pula adalah pusat menambah berat badan, bukan sehaja di cafe malah setiap office juga telah tersedia pantry² yang senantiasa dipenuhi dengan makanan hasil sedeqah coach dan sahabat-sahabat sepejabat, makanan ringan dari hamper dan biskut dari dapur awam. O.o /. D I E T ! ? lupakan je la~

             Pelan latihan kecemasan sering di laksanakan di Bandar Rahmah, tujuannya tidak lain adalah untuk mendidik warga penduduk supaya senantiasa berada di dalam mode bersedia dan berjaga-jaga. Setakat yang berjaya direkodkan oleh penulis:~
 
           (1) Jam 0500 : 15 Disember 2012
           pagi sebelum SM walkabout (jemaah subuh paling ramai dalam sejarah Mercy City)
           (2) Jam 0000 : 25 Disember 2012
           Birthday surprise untuk Tuan Haji Ibrahim, di jayakan oleh keseleruhan warga Mercy City            (kerjasama tidak berbelah bahagi di antara Gemmies, staf hotel dan SMT) ^_^
           (3) Jam 0000 : 18 Januari 2013
           pengumpulan secara tiba-tiba tepat jam 12 tengah malam (ketika Spiritual Uplift Committee 
           sedang bermesyuarat)
           (4) Jam 1630 : 31 Januari 2013
           Berkumpul di Harlok Cafe bagi tujuan spot check bilik ke bilik (selepas hiking?/jungle trekking?            di Pantai Teluk Buih)

# segala apa yang berlaku di Mercy City ini adalah di atas tanggungjawab bersama.


             Setiap yang bangun pasti akan jatuh melainkan DIA, seperti juga Mercy City.. selepas 55 hari bandar ini dibangunkan. Semuanya hilang bagaikan tidak pernah terbina. Warga penduduk pula telah bertebaran ke seluruh alam dalam usaha meneruskan langkah seterusnya. Sebelum menginjak waktu zohor 1 Februari 2013, Mercy City mula merubah wajah. Warga mula meninggalkan jejak tanah lembah. Yang tinggal hanyalah sebuah taman kenangan di sisip angin sama yang pernah bertiup.

GEMS SMM07C

Persoalan belum terungkai!?
Keluasan Mercy City masih menjadi pertikaian warga penduduk, ada yang menganggap bahawa kawasan pantai, sekolah, mersing politechnic, hospital, futsal court, Kg Air Papan dan masjid untuk muslimin menunaikan solat jumaat juga terletak di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Bandar Rahmah,

Bagi yang mahu membeli belah di convenience store, juga barang² jualan syarikat di Mercy City. Ringgit Malaysia akan di gunakan dalam urusniaga dan bukannya Mercs!?

Sehingga bilakah ukhuwah dan cinta di Mercy City akan kekal dalam perbezaan jarak tempat dan masa!?

dedikasi khusus untuk
Topaz Ace Corporation, Ruby's Events & Cons.,Emerald Management Center, Sapphire Resources Bhd, Pearl Pioneering Bhd, Creative Aquamarine Bhd and D’Diamond Golden Services.

Trademark for SMM07C: Coughing Activities

Graduate Employability Management Scheme (GEMS)

9 التعليقات:

NooR AzLen BinTi HaRoN says:
at: February 7, 2013 at 6:49 PM said...

correction :

Ruby's Event & Cons.

Nice Story.

"Absolutely best"

Cik MimieYSyamimI says:
at: February 7, 2013 at 7:40 PM said...

sy suka3..hehe..:P

perindu_خلافة says:
at: February 7, 2013 at 11:52 PM said...

NooR AzLen BinTi HaRoN...
terima kasih atas teguran,
kesilapan telah diperbetulkan ^_^
n terima kasih jugak kerana datang ziarah ke blog yg x seberapa ni,

Cik MimieYSyamimI...
terima kasih mimi,

Ika Nuratikah says:
at: February 8, 2013 at 1:30 AM said...

wow wow dan wow...speechless..terbaik dalam penulisan..^^ thumbs up

Erzarita Scarlet
at: February 8, 2013 at 1:41 AM said...

1st time here....nice entry :)

Topaz

perindu_خلافة says:
at: February 8, 2013 at 7:39 AM said...


Hye Ika Nuratikah..
saja abadikan kenangan bandar rahmah kat sini.. perkongsian utk semua,
apa pn terima kasih sudi singgah, ^_^

Hye Erzarita Scarlet,
thanx 4 ur site visit :) haha

luvpinkja says:
at: February 8, 2013 at 12:08 PM said...

Mercy City in memory -.-'

perindu_خلافة says:
at: February 8, 2013 at 2:39 PM said...

^_^ ye cik pink,

Masyita Atiqah says:
at: March 4, 2013 at 4:48 PM said...

great writing. ;)