16 Februari 2013
Semalam
dia hadir dengan beberapa pucuk surat, yang pertama diletak kemas di dalam satu sampul berwarna cream;
mengandungi 2 pucuk surat. Tulisannya indah, kemas dan teratur tetapi saya
gagal membacanya. Sampul kedua pula mengandungi sepucuk surat, juga dengan
tulisan yang sangat cantik namun masih gagal membacanya. Sedang surat terakhir pula
di tulis pada kertas berwarna merah terang, tanpa mempunyai sampul, mempunyai 2
bahagian yang terpisah, berbentuk seperti sticker dan di tampal pada
lantai sebuah pintu. Namun tulisannya pada kali ini kabur, sehingga langsung
gagal memahami apa yang tertulis di atasnya. Kertasnya juga seakan sudah
terlalu lama dibiarkan di atas lantai tersebut, yang mana mungkin telah di
pijak oleh ramainya orang lalu-lalang.
safara panjang, sakit |
Sampul pertama
dan kedua itu diberikan pada saya melalui beberapa orang sahabat saya (ketika
di GEMS). Sedang kewujudan pucuk surat terakhir itu hanya di sedari selepas dia
sendiri memanggil saya untuk mengambil kertas bertulis tersebut. Seakannya dia
ingin memperkatakan sesuatu, namun..
“Baiklah.. saya akan membacanya!”,
inilah kata-kata saya sebelum tindakan menutup pintu dengan rapat.
# ketidakpastian tindakan
menutup pintu, sehingga ke pagi ini masih tidak berjawab. Tetapi jelas saya tak
mampu memandang ke arah wajahnya, saya lemah.. :(
0 التعليقات:
Post a Comment