alhamduliLlah.. ^_^
ALlah telah permudahkan
urusan saya,
usaha hampir seminggu
mencari 2 buah buku di kawasan ‘segitiga emas’ berakhir di Putrajaya petang
tadi. Begitulah indahnya perancangan ALlah, di-arah-kan saya untuk berusaha
terlebih dahulu kemudian barulah diberi apa yang saya pinta.. sweet kan macam
tu >_<
2 buah buku yang saya
maksudkan adalah ‘rancang wang sejak jatuh cinta’
keluaran PTS dan ‘101 doa mohon makbul’
keluaran Telaga Biru. Adapun pencarian kepada 2 buah buku ini; adalah bagi
mengisi ruang [buku sepatutnya dibeli] untuk bulan januari dan
februari 2013.
| sesuatu yang tidak
diduga :
Dalam perjalanan ke majlis
walimah saudara belah abang ipar saya di Maktab Polis Diraja Malaysia tengahari tadi, tiba-tiba mata kami tertancap pada sehelai bunting;
yang tergantung di salah satu tiang lampu kat simpang utama pekan Semenyih.
Poster Ekspo Buku Islam 6 anjuran Sinergi Ilmu - Precint 3 |
Punyalah berbunga hati; apabila
mendapati bahawa EKSPO BUKU ISLAM 6:
anjuran Sinergi Ilmu sedang berlangsung di Presint3 Putrajaya. Maka perjalanan pun
dirancang untuk memintas Putrajaya sebelum pulang semula ke Semenyih dari
majlis walimah. alhamduliLlah, hasilnya ini..
senarai buku yang berjaya saya borong hari ini ^_^ |
Memang lebih dari apa yang
sepatutnya saya impikan, namun tidak salah rasanya jika saya membeli stok buku
untuk bulan mac sehingga julai terus. Memandangkan terdapat potongan harga
serendah 10% sehingga ke 30% bagi sesetengah booth kat sana. ^_^
Ini pula adalah barisan buku yang di
beli oleh kakak saya;
senarai buku yang berjaya di borong oleh kakak pulak.. yes boleh pinjam baca, hehe ^_^ |
Rasanya.. dapatlah saya
bertahan lama sikit untuk tidak membeli buku baru selepas ni. Sedia maklum
bahawa saya ni adalah manusia yang memang 'pantang' nampak buku, hew~
Perancangan untuk membuat
daftar buku amat perlu dilakukan sekarang ini. Kerana baru sebentar tadi saya
terjumpa sebuah buku bertajuk ‘Langit Illahi’ tersorok di dalam almari lama
kakak saya. Hurm.. ye saya pernah membeli buku yang sama 5 tahun lalu. Berlaku pertindanan
buku kan~
..tetapi saya masih
bersyukur kerana buku Langit Illahi yang saya beli itu telah pun saya berikan
pada salah seorang anak orang asli di Kampung Leryar sebagai buah tangan dari
saya semasa Program Mahabbah Orang Asli di sana (tahun 2009) ^_^
“Satu lagi bukti bahawa perancangan DIA adalah perancangan TERBAIK buat
hamba-NYA..”
________________________________________________________________________
# Seruan buat semua ulat
buku sekitar KL, Selangor.. Selamat Menjamu Minda ye!
Untuk maklumat lanjut: http://ekspobukuislam.com/ (click)
Link entry lama atas warQah
.. [jugak tentang buku]
gerombolan buku2 -23Jun2012-
0 التعليقات:
Post a Comment