dari ratusan gambar yang diambil
ketika ‘pengembaraan’ menjelajah Bumi Selatan |1997|, hanya ini yang masih selamat
dalam simpanan saya. Itu pun gambar seorang diri .. ):
kenangan kat kota tinggi |
perjalanan yang dimulai dari
bumi semenyih itu melalui beberapa titik penting dalam laluan yang tidak pernah
di lalui sebelum ini, antaranya Pekan Kuala Klawang, Felda Palong, Bandar Mersing,
Kota Tinggi, Johor Bahru dan kemudian merentas laluan biasa di Melaka, Negeri
Sembilan sebelum kembali ke bumi semenyih.
Cerita penting
di sebalik pengembaraan 15 tahun lalu itu adalah:
.. beberapa hari selepas
pulang dari Jepun, abah mengeluarkan ideanya untuk menziarahi rumah saudara-mara
kami yang berada di kejauhan alam, |errr.. maksud saya kalau xde sebab nak pergi memang xkan pergi la|
Dalam keadaan mak yang
masih berpantang, abah menangguhkan pengembaraan kami sebaik sahaja cuti
sekolah tahun 1997 bermula. Di antara tujuan abah adalah bagi menenangkan perasaan mak yang baru
kehilangan anak kecilnya |adik terakhir yang lemas didalam kandungan beberapa
hari sebelum kelahiran| selain daripada untuk tujuan berziarah,
Maka sampailah kami ke
beberapa daerah asing sebelum ini, dan bermalamlah kami satu malam di setiap
tempat. Rumah makngah di Felda Palong, rumah Pakwah di Bandar Mersing, rumah
arwah makcik di JB, rumah nek Toyah di Melaka, rumah nek Rubi di Negeri
Sembilan sebelum semuanya kembali ke Semenyih.
Sedang saya ditinggalkan
di rumah nenek toyah atas alasan tidak punya ruang lagi untuk di letakkan di dalam
kereta |ketika di
Mersing abah mengajak 2 orang sepupu saya untuk mengikut kami sekeluarga ke
rumah|. Maka kereta
yang tadinya sudah cukup2 muat dengan keluarga 6 beranak di tambah seekor ‘slach’
yang di angkut sekali, kini beban bertambah 2 orang lagi... apakan daya, saya
mengalah =_=
Sebulan di rumah nek
Toyah itu berpackage sekali dengan berjalan-jalan di Melaka dan bermastautin seminggu
di Bumi JB.Itulah kali pertama saya menaiki bas ekspress. JB ke Melaka,
sebelum kemudiannya Melaka ke Seremban. |kembali ke semenyih dengan mengaiki bas
lompat dari Seremban|... Fuh,
Felda
Palong – sebaik pemergian kali pertama |1997|,
banyak kali juga kami berjaya sampai ke situ.
Kota Tinggi – kembali ke sana bersama rombongan pelajar asrama
smkeh pada tahun 2004 dan yang terbaru ketika berusaha mencari blazer baru untuk GEMS corporate dinner.
Johor Bahru – pernah ke sana beberapa kali selepas 1997, tahun
1999 |anak arwah makcik meninggal|, kemudian yang terakhir pada tahun 2004 bersama rombongan
pelajar asrama.
Di antara banyaknya tempat; Mersing itu satu-satunya yang dapat saya
singgah semula selepas 15 tahun merentas masa. Dengan berbekalkan daya ingatan
yang terhad,tidak banyak yang dapat saya ingat cerita 15 tahun lalu, selain daripada
..
(1) melawat satu jeti usang
dengan slach ketakutan akan kuatnya deruan angin
(2) menjejak pasir pantainya
yang bersih ditemani beberapa ekor kuda yang kelaparan roti
(3) tidur satu malam dirumah
Pakwah
# insyaALlah,
akan saya coretkan pula
kisah Mercy City dalam post yang akan datang ^_^
2 التعليقات:
at: February 7, 2013 at 8:54 AM said...
Salam empunya blogger...
Mersing... Saya sukakan pantainya... Baru2 ni pergi ke Mersing sebab hantar barang kepada adik yang mengikuti GEMS di sana... Perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama tidak mematahkan semangat untuk terus menuju ke sana... (^_____^)V
at: February 7, 2013 at 1:30 PM said...
wa'alaikumussalam sis .. ^_^
yup,
Mersing bukan satu tempat yang mudah untuk kita sampai, tapi berbaloi sbb ada byk lokasi menarik kat sana..
Post a Comment