.. Setiap kali melangkah kehadapan, saya akan tetap menoleh kebelakang. Dalam
usaha memastikan bangunan Parkway Parade tidak hilang dari sudut pandang. Masakan
saya boleh tinggalkan tempat yang saya rancang untuk balik semula nanti macam
tu je kan..
3.10 PM (GMT +8.00 Singapore)
Usai menunaikan solat di Masjid.. kami melepaskan lelah dengan berehat sebentar.
Dan sebelum berangkat semula, saya menggantikan baju yang lencun dibasahi peluh
dengan baju lebihan yang saya bawa.
Apin:
Macam mana sekarang, rasanya jauh jugak kalau rizQan nak pusing balik ni..
rizQan:
O.o
Tunang Apin:
Kami nak ke Bugis, sebab nak jumpa kawan; kalau awak nak ikut sekali boleh
je,
Tapi kalau x ikut kita boleh berpecah kat MRT.. ada access MRT ke airport.
| memandangkan perjalanan untuk ke Stesyen MRT lebih dekat berbanding
kembali ke Parkway Parade (laluan Bus 36), maka saya memilih untuk menaiki MRT
je. Diantara Paya Lebar dan Eunos, kami sepakat memilih Stesyen Paya Lebar. ^_^
Ok la tu.. datang dengan bus, balik dengan MRT.
Walaupun masih awal untuk pulang, tapi disebabkan tidak merancang aktiviti
lain maka berada di airport lebih awal adalah lebih baik. $2.00..
Dari Stesyen Paya Lebar, saya perlu menukar tren di Stesyen Pasir Mas
untuk ke Changi Airport.
Woah.. Pasir Mas pun ada kat Singapore!?? O.o
Menjelang jam 4 petang (waktu tempatan), saya dah pun berada kat Public
Area Terminal 1.
Jalan2 sekitar airport, bangun-tidur-bangun-tidur-bangun, tengok departure
board beratus kali, perhati ragam orang sekeliling, layan kinetic rain entah
untuk kali ke berapa, kira baki duit yang tinggal, termesej salah orang O.o..
ok fine, ini akibat bila x bawak seketul buku pun untuk dibaca,
Tepat je 9.01 PM (GMT +8.00 Singapore), terus verify document
kat counter lepas tu check-in to International Zone, Departure Hall.
Pusing2 jumpa Subway, ok yang ni yakin boleh telan.. yang kerja semua Muslim. Masih
murah $7.90 untuk setiap set ^_^
lepas makan terus ke gate hujung sekali. Security check, online kat
internet kiosk..
Tunggu punya tunggu.. flight delayed
Z_Zzz
Disebabkan terlalu letih + mengantuk, saya naik.. pakai belt terus tidur,
(yang ni jangan praktikkan bahaya gila kot)
Buka mata//
Semua orang bangun nak turun dah, haha.. :D
Dalam keadaan mamai tu, saya ikut je orang lain bergerak dari satu tempat
ke satu tempat, lepas je urusan imigresen selesai. Jalan macam x sedar diri,
‘..dik bus terakhir ke KL Sentral’
Dalam pada mamai tu jugak, bayar RM8..
dah keluar baru belek tiket; tengok beli tiket bas apa sebenarnya,
rasanya kalau ada orang minta semua duit dalam wallet pun confirm saya terbagi
masa tu,
ni lagi satu bahaya bila kita berada dalam keadaan kurang sedar ye. -_-
AeroBus,
Berjalan terus tapi xde hala tuju..
sampai la nampak seketul bas tengah tunggu kat hujung terminal,
Naik dan terus tidur (lagi) Zzz,
Buka mata semua orang dah turun, KL Sentral..
Haish.. x kejut pun O.o
Tengok jam 2.30 pagi. Ok tren dah xde, KL Sentral pun dah tutup..
Xde pilihan.. tidur kat kaki lima KL Sentral,
Nak ambik teksi rasa macam rugi pulak, baik ambik dari airport tadi terus ke
rumah kan..
Tidur bak gelandangan, tapi ok la bukan sorang2.. huhu
Esoknya bangun, selesaikan apa yang belum selesai, ambik first tren ke
Seremban,
Tidur lagi,
Teettt..teettt..teettt - pintu tutup kat Stesyen Serdang,
Ok lepas ni kajang, tup2 tertidur lagi.. sedar2 pintu tren tengah proses
terkatup kat stesyen UKM arghh, Buka mata luas2, bangun-duduk 2,3 kali, tunggu
sampai Stesyen Bangi (6.45am).. lintas jejantas tunggu tren balik ke KL. Sampai
Kajang turun (7.30am), x larat sangat dah nak ambik bas, mengejar waktu lagi..
terus shoot dengan teksi ke rumah. Tepat pukul 8.00am sampai depan pintu rumah,
rehat 15 minit.. mandi dan terus bersiap untuk ke Teratak D’puncak pulak. 9.00
AM (GMT +8.00 Kuala Lumpur) sesi terakhir tutoring math PMR pun
bermula.
O.o mata panda