Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, June 11, 2011

Kempen Derma Darah Hospital Kajang (Jun)

KEMPEN DERMA DARAH...di HOSPITAL KAJANG
Pada 14 Jun 2011 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang

Tahu kah sahabat²... kesedaran mengenai pendermaan darah di negara kita masih di tahap rendah. Sehubungan itu, penconteng warQah menyeru kepada sahabat² semua yang ber‘kemampuan’ melaksanakan dan melakukan proses pendermaan darah, silalah melakukannya dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan. Percayalah jika ia bukan untuk diri sahabat² atau saudara mara terdekat, ia masih lagi satu keperluan buat manusia sejagat.

Selama seminggu ditempatkan di unit Tabung Darah Hospital Kajang, penconteng warQah dapat merasakan bahwa kepentingan darah kepada pesakit² hemofilia, Von Willebrand disease, etc; adalah sama penting seperti perlunya oxygen dan air dalam kehidupan seharian manusia. Selain dari itu, darah juga menjadi penyambung hayat bagi mangsa² kemalangan jalan raya yang telah kehilangan darah dalam kuantiti yang banyak.
Pentingnya pendermaan darah di kalangan orang awam, adalah bagi mengisi ruang kosong Tabung Darah Negara dalam memastikan mereka yang memerlukan tidak terputus bekalan. Satu beg darah yang anda dermakan, dapat diguna bagi menyelamatkan 3 nyawa saudara kita. insyaALlah~  



Selamat menderma ^_^
Friday, June 10, 2011

analogi pelangi

                Penconteng warQah nak kongsi kan dengan anda semua mengenai kehebatan pelangi!! Pertama-tama sekali, hebatnya pelangi adalah kerana ia cantik pada mata orang yang memandangnya. Manakan tidak, pelangi terhasil daripada kewujudan 7* jenis warna. **(sebenarnya bermula dari satu jenis warna yang dibiaskan kepada 7). Kedua, hebatnya pelangi kerana bentuknya tidak pernah sekali berubah; sama ada semi lilitan bulatan ataupun kurang dari itu. Ketiga; hebatnya sang pelangi kerana tiada sesiapa pernah memegang atau menyentuh hujung pelangi tersebut. Keempat, hebatnya kejadian pelangi kerana kehadiran pelangi hanya dapat dilihat pada lokasi (sudut) tertentu sahaja. Boleh jadi dalam ribuan manusia yang mengunjungi suatu tempat gagal melihat pelangi, yang dalam masa sama dapat dilihat oleh sesetengah yang lain. ^_^
                Baiklah, sekarang mari kita bandingkan pelangi itu dengan sesuatu yang kita gelar sebagai ilmu, (a.k.a knowledge).
Pertama sekali, mengenai bentuk dan kandungan warna pelangi tersebut sebagai isinya. Hadirnya seorang lelaki dari wilayah tidak diketahui; menyatakan bahwa beliau tidak pernah sekali melihat pelangi! Andai kata saya seorang penipu, sudah pasti dengan hati yang busuk saya mengatakan warna pelangi cuma ada 3 warna iaitu; kuning (+) biru air laut (+) kelabu taik itik dan bentuknya pula adalah segi empat sama. Dengan itu tujuan saya tercapai; iaitu menyampaikan sebuah maklumat palsu, sama ada ianya dilakukan untuk kepentingan peribadi atau usaha saya sekadar mahu meludahi manusia tanpa ilmu. Dan oleh disebabkan lelaki dari wilayah tidak diketahui tidak pernah melihat pelangi itu sendiri, maka dengan mudah dia mempercayai diri saya. Lalu menyebarkan ‘ilmu baru’nya itu pada penduduk wilayah tidak diketahui, bahwa wujudnya satu fenomena unik yang disebut pelangi, punya tiga warna iaitu bla.. bla.. bla..
Kedua, adalah mengenai sudut pandang kepada pelangi itu sendiri. Hanya dari sudut tertentu sahaja pelangi dapat dilihat. Bila seseorang telah melihat pelangi dengan mata kepalanya sendiri, biarlah bagaimana hebatnya si penglipur lara menokok tambah dalam ceritanya mengenai fenomena pelangi yang berlaku. Walhal sedikit pun, pegangannya takkan pernah goyah. Kerana dia lebih yaqin dengan pandangannya @ pendengarannya @ kefahamannya sendiri. Marilah sahabat²~ kita cari PELANGI itu... sesetengah dari kita telah pun menjumpainya, oleh sebab itulah mereka lebih yaqin dari apa yang didengari telinganya dari lohong mulut pihak ke-3. Kebenaran kan menerobos lubang² pembohongan. Seperti berkecai-nya sebuah empangan dari lubang air sebesar tangan.

*[dalam sesetengah pendapat yang lain; 6 dan 5]

oH ye sebelum terlupa, misal kata ada kawan²/sedara-mara dari kalangan sahabat yang kata Pelangi tu Hebat.. jangan lupa sampaikan salam penconteng warQah kat dorang yuk~ n satu lagi bagitahu kat dorang...

PENCIPTA PELANGI ITU JAUH LEBIH HEBAT !! ^_^

ulasan berita dari kotak gambar bergerak =_=

asSaLaMu’alaykum sahabat²,
                semalam Qalbu penconteng warQah bagai rasa disimbah dengan 7 liter minyak panas tatkala menonton berita utama dari kotak gambar bergerak. Berita yang disiarkan secara langsung ke setiap ceruk rumah dalam Bumi Malaysia ini ternyata telah membuatkan lebih ramai merasakan bahwa stesen tv berkenaan amat dangkal dalam pembawaan dan pengolahan imej bernegara sebuah kerajaan yang dibentuk dengan alunan irama demokrasi. (akan dihuraikan dalam analogi pelangi)
                Mungkin sebahagian besar manusia korup ini berprasangka, dengan menyebarkan keburukan dan mengaibkan lawan dengan apa sahaja yang dapat dihalalkan adalah jalan terbaik menjatuhkan musuh. Sedangkan mereka terlupa, dalam setiap perbuatan manusia itu ada kalanya wujud persimpangan jalan yang akan membawa perubahan besar pada akhirnya.
                Tindakan jelas kotor media arus perdana yang semakin menjadi-jadi saat revolusi itu semakin hampir hanya retorik nyata bagi menjalankan perang saraf sesuai bagi mereka yang masih tidak diberikan ilmu. Ini kerana tindakan terdesak dengan  menipu dan berbohong kepada seseorang yang tiada ilmu adalah lebih mudah; kerana itulah fitrah. Oleh sebab itu jugalah, Islam menyarankan penganutnya terus-terusan mencari ilmu. Kata pujangga besar ada juga berbunyi,

“..seseorang yang memahami bahasa sesuatu kaum itu,
maka ia terlepas dari tipu daya kaum tersebut..”

Lihat betapa pentingnya mendalami setiap cabang ilmu yang wujud di muka bumi ini, agar diri tidak di tipu golongan manusia tanpa madani. Tetapi hari ini bila soal agama yang ingin dibicarakan; berdirilah seorang lelaki berkemasan baju pemimpin kebangsaan, bercorakkan isteri yang melanggar syariat Tuhan bicara mengenai agama dan perpaduan. LAYAKkah? Hari ini tatkala soal undang² yang ingin di maklumkan, berdiri lagi seorang pemimpin; berluluskan ijazah perakaunan membicarakan dengan tanpa rasa malu di khalayak dewan. VALIDkah?
                Tindakan itu bolehlah diumpamakan, mahu belajar membuat kek tetapi pergi ke laut mencari nelayan. Atau ingin mencanting batik, tapi berguru pula dengan hakim mahkamah persekutuan. =_= parok²,
Thursday, June 9, 2011

bumi-mu ini di malam lalu... wahai anakku~

warQah ini ku coretkan istimewa buat anak-anakku; para PenCinta Tuhan...

TaNaH AiR-mu yang semalam mungkin gelap bak di sorot sinar malap, bukan kerna tiada usaha menyuluh cahya; cuma ramai dari bangsa-mu terlena dalam jaga. Mereka akur dengan apa yang di dengar, dan percaya apa yang di lihat~ sedang berdirinya antara mereka; golongan ke-3 yang punya agenda men-jahanamkan sebuah agama. Rambut berjurai gerbang, dada terbelah dedah, agama sekadar sembang... Jelas-jelas menentang ALlah!!
Begitu lantang manusia ingkar ini menyebut mengenai sebuah negara Islam, begitu lancang manusia ini menghina ulama’ terbilang, begitu jalang manusia ini mempermainkan agama yang perlu dijulang. Sebab di antara mereka ada kefahaman tidak diberi, petunjuk se-olah menjauh diri~
Na’uzubillahi min zalik,

Anak-ku...
ketahuilah; dari melihat lelaki fasiq bertopi hitam menunjangi daulah,
papa-mu lebih rela di perintah Muslim dari sebelah bumi Timur Tengah,
atau seorang Muslim dan Mukmin adil dari ceruk tanah afriqiyyah,
selagi Islamnya hanya untuk Allah~
papa-mu percaya, dari Tuhan Pemilik Alam..
Pilihan-Nya adalah selayak Khaleefah,

Revolusi itu hampir anak-ku,
Bukan suara, bukan fizikal..
Tapi sebuah revolusi pemikiran,
Kedalaman dan ketajaman minda anak muda kian menyerlah,
Moga fitrah itu berkembang, mekar, segar dan membugar~
dalam menyelak helaian hikmah; dijadikan manusia yang ingkar Allah!!

Anak-ku...
andai ada ‘ibrah dari golongan mereka ini,
Maka ambillah,
kerna papa tetap percaya bahawa anak-anak papa ini adalah dari kalangan ulul-albab,


P/s: Coretan yang sepatutnya di postkan pada 9 Jun 2028 (Jumaat)
Wednesday, June 8, 2011

carilah ilmu... :D


                Ada satu hadis yang disabdakan Nabi Muhammad  punya maksud lebih kurang dengan pernyataan ini. “..menuntut ilmu itu perlu dilakukan sedari dalam buaian sehinggalah ke liang lahad..!!”. Adakah tugas manusia hanya perlu menuntut ilmu sahaja ketika hidupnya di dunia ni. Hah kawan.. jangan buat² tak tahu oK, sedia maklum sebagai Muslim kita dah pun diberitakan mengenai 2 (dua) TUGAS UTAMA kita kat atas muka bumi ni. Pertama adalah sebagai Khalifah; yakni mentadbir bumi Allah dan segala isinya seperti mana yang disyariatkan melalui pimpinan para Rasul dan kitab suci. Kedua pula adalah sebagai hamba-Nya; yakni tunduk sujud menyerahkan diri kepada-Nya dalam apa jua keadaan.
                Jadi ada yang bertanya; bila masa kita nak tuntut ilmu kalau macam tu!? weyH kawan.. tuntut ilmu tu senantiasa la, ilmu Tuhan kan banyak. Setiap detik dan saat kita boleh belajar/mengaji atau apa istilah pun yang kita biasa gunakan dalam erti kata mencari ilmu~.
Cara nak menyuap makanan.. Perlu!!, cara nak buang air.. Perlu!!, cara menggunakan tangga.. Perlu!!, cara mengesan penipuan.. Perlu!!, cara menjaga hati kawan.. Perlu!!, cara memasak nasi goreng.. Perlu!!, cara menghidupkan api.. Perlu!!, cara bermain catur.. Perlu!!, cara mengetuk paku.. Perlu!!, cara meniup wisel.. Perlu!!, cara nak melintas jalan.. Perlu!!... pendek kata setiap ilmu tu adalah keperluan. Tentang bagaimana cara ia diaplikasikan, Tuhan serahkan pada Qalbu insan; sama ada mahu mengikut kata ‘aqal sebagai teman atau nafsu sebagai hasutan. Hah.. dengan ilmu² ini lah kita sebagai manusia boleh gunakan ia dalam memastikan tugas sebagai Khalifah dan hamba dapat dijalankan; dengan sempurna~ jadi bersama la kita mencari ilmu yuk.. tak kira kat mana pun kita berada.
Orang tua² kata “Membaca itu Jambatan Ilmu”.. tapi tu orang tua yang kata, sebenarnya  yang lebih penting kita perlu tahu apa yang Tuhan kata UNTUK KITA~


096.001 اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
096.001 Proclaim! (or read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created-

096.002 خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ
096.002 Created man, out of a (mere) clot of congealed blood:

096.003 اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ
096.003 Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful,-

096.004 الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
096.004 He Who taught (the use of) the pen,-

096.005 عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
096.005 Taught man that which he knew not.

Al-Qur'an, 096.001-005 (Al-Alaq [The Clot, Read])