Jongkong Emas yang terdapat
di pasaran terdiri dalam pelbagai variasi berat, bermula dari sekecil 1g sehinggalah ke 1kg. Malah ada juga yang
disukat menggunakan unit Oz (Troy ounce). Ketulenan setiap jongkong emas adalah
999.9. Harga jualan bagi (setiap 1g) jongkong emas dengan jumlah berat yang
kecil adalah lebih tinggi dari jongkong emas yang mempunyai berat yang besar.
Sebagai contoh : (harga 27 julai 2013)
harga sekeping jongkong emas
1g = RM 180
manakala harga bagi sekeping
jongkong emas 10g pula adalah RM 1,495
dan harga sekeping jongkong
emas 100g = RM 14,671
.. keadaan ini berlaku
disebabkan oleh kerja2 penempaan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan setiap
satu jongkong emas tersebut. Pembuatan jongkong emas 100g adalah lebih mudah
iaitu cuma perlu membahagikan 1/10 daripada jongkong emas 1kg. Manakala bagi
pembuatan jongkong emas 1g, memerlukan usaha 1/1000 pembahagian. O.o
Gold Bars and Gold Coins |
Bagi penyimpan emas fizikal,
kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Walaupun harga bagi sekeping jongkong
emas 10g adalah sedikit mahal berbanding jongkong emas 20g. Namun yang 10g itu jauh
lebih mudah untuk dicairkan (menjadi fulus). Dan yang sukar dicairkan pulak
lebih selamat dalam simpanan (jangkamasa panjang).
# saya kurang berminat untuk
menulis artikel mengenai emas sebagai barang perhiasan, memandangkan ia tidak
diperlukan oleh golongan lelaki seperti saya. Dan saya yakin kaum hawa
di luar sana lebih 'arif tentang hal ini. insyaALlah untuk artikel selepas
ini, saya akan membuat sedikit kupasan mengenai emas syiling pula ^_^
4 التعليقات:
at: July 29, 2013 at 8:20 AM said...
seketul kaum hawa ini, tak tau menahu tentang emas. belum tiba seru gamaknya. haha
at: July 29, 2013 at 1:27 PM said...
beruntung betul siapa jadi husband ko ruby, haha ^_^
at: July 30, 2013 at 2:50 PM said...
untung ke?? HAHAHA
sat g kalu beli cincin kena beli diameter dan ukur lilit luas sikit. jari gemuk ibarat tat nenas saar kata. untung ke aku juga akhirnya. haha
at: August 1, 2013 at 1:37 PM said...
haha.. speechless :)
Post a Comment