Simbol elemen bagi emas adalah Au.
Perkataan aurum ini datangnya daripada
Bahasa Latin Purba yang memberi maksud ‘cahaya mentari’ ataupun ‘kilauan pagi’.
Ia merujuk kepada warna kekuningan dan keemasan yang dimiliki oleh logam
tersebut dan di katakan bahawa hanya emas satu-satunya logam yang berwarna
kuning, selain daripadanya masih juga terdapat logam yang boleh berubah warna
kepada sifat kekuningan namun hanya selepas melalui proses tindak-balas kimia (teroksida).
Sesuatu yang menakjubkan mengenai logam emas
ini adalah ia tidak mempunyai toksik. Sekalipun kedudukannya dalam
jadual berkala terletak betul2 bersebelahan dengan Merkuri; iaitu logam berat
yang amat bertoksik kepada hidupan keseluruhannya. Emas mempunyai takat lebur
yang tinggi iaitu sekitar 1,064°C, manakala takat didihnya pula sekitar 2,586°C. Menjadikan ia satu jenis logam yang amat stabil pada suhu biasa dipermukaan bumi. Mempunyai bilangan nombor atom 79 dengan jisim
atom standard 196.966569.
subhanALlah.. |
Nak tahu lebih mengenai emas?
Saya cadangkan untuk anda
baca sendiri dari banyaknya sumber autentik di luar sana, ^_^
0 التعليقات:
Post a Comment