Sistem
nombor yang diguna pakai bagi mengira kadar ketulenan emas adalah seperti
berikut ..
24 Karat adalah Emas Tulen
(99.99%)
22 Karat adalah (91.7%) emas dicampur logam lain 8.3% (biasanya
perak).
20 Karat
adalah (83.3%) kuantiti emas
18 Karat adalah (75%) kuantiti emas
16 Karat
adalah (66.6%) kuantiti emas
14 Karat
adalah (58.5%) kuantiti emas
09 Karat
adalah (37.5%) kuantiti emas
Sama ada anda biasa
mendengar perkataan ‘karat’ atau tidak, ketahuilah bahawa perkataan itu asalnya
datang dari bahasa ‘arab (Qirats) yang dikhususkan penggunaannya bagi
menimbang kadar ketulenan batu permata dan mutiara.
1 Qirat bersamaan 1/24
bahagian,
Perlu di ingatkan bahawa
Emas berketulenan 999.9 ini adalah sangat lembut dan amat mudah di ubah bentuk.
Jadi tidak hairanlah salah satu cara termudah bagi memeriksa logam emas ini adalah
dengan membuat sedikit gigitan lembut pada bahagian permukaannya. ^_^
Dalam satu kajian; di katakan jongkong
emas 1g (999.9) ini mampu di 'lenyek' kan sehingga membentuk kepingan emas dengan
kelebaran 1 kaki persegi, manakala bagi 1 Oz (Troy ounce) emas pula boleh dijadikan
kepingan emas dengan kelebaran 1 meter
persegi.
# info tambahan:
1 Oz (Troy ounce) emas
adalah sekitar ~31.1 g.
0 التعليقات:
Post a Comment