Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni,
saya nak kongsikan apa yang saya tahu mengenai syiling emas pulak.. ^_^
Syiling emas kebiasaannya disukat dengan unit Oz (Troy Ounce)
Gold Coin 1 oz –> WEIGHT: 31.1 gm
Gold Coin 1/2 oz –> WEIGHT: 15.55 gm
Gold Coin 1/4 oz –> WEIGHT: 7.77 gm
Gold Coin 1/10 oz –> WEIGHT: 3.11 gm or 0.1 Oz
Gold Coin 1/20 oz –> WEIGHT: 1.56 gm or 0.05 Oz
Gold Coin 1/25 oz –> WEIGHT: 1.24 gm or 0.037 Oz
Gold Coin 1/50 oz –> WEIGHT: 0.77 gm or 0.025 Oz
rekod perjanjian yang dicabuli :P |
Pada tahun 1944, telah wujud satu perjanjian yang meletakkan US Dolar sebagai sandaran bagi matawang dunia (wang fiat/duit kertas). Dalam masa yang sama US Dollar mesti disandarkan kepada nilaian emas yang USD $35.00 ketika itu bersamaan dengan 1 ounce. Namun perjanjian ini telah di dicabuli oleh Amerika Syarikat pada tahun 1971, perkara ini berlaku apabila negaranya mengalami defisit kewangan yang teruk selain nilai matawang US Dollar runtuh disebabkan oleh pengaliran keluar rezab emas yang dimiliki. Dalam usaha menyelamatkan ekonomi negara yang semakin ranap, pihak kapitalis telah mencipta satu jalan penipuan yang cukup dahsyat; apabila dengan sengaja tidak menyandarkan wang fiat kepada emas lagi. Kesannya setiap pemerintah negara dengan sewenang-wenangnya boleh menentukan berapa banyak wang kertas hendak dicetak dengan tanpa menyandarkan kepada rezab khazanah negara (emas). Hasilnya inflasi melanda, O.o
100 Billion Dolars hanya mampu membeli 3 biji telur di Zimbabwe (inflation) |
# 1 Oz (harga 27 Julai 2013) = USD $ 1333.80
ada yang mengatakan bahawa harga emas naik 3710% ..
padahal dari sudut berbeza kita dapat melihat sendiri,
bahawa sebenarnya kejatuhan US Dollar yang sedang berlaku.
antara syiling emas 1 Oz yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, seandainya mampu dapatkan satu :) |
bersambung
0 التعليقات:
Post a Comment