Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, July 30, 2013

DnD di mana kita??

alhamduliLlah.. akhirnya kita sampai di sini!
Dalam entry kali ini, Dinar Emas pula yang akan saya bentangkan di atas layar warQah™.

Ketika di zaman RasuluLlah saw, Dinar Emas dan Dirham Perak keluaran Kerajaan Byzantine telah diguna pakai secara meluas dalam urus niaga di sekitar Tanah Hijjaz. Ini kerana golongan Muslimin ketika itu masih belum menempa sebarang matawang lagi. Dinar adalah kepingan syiling emas dengan ketulenan 999.9 (24 Qirats) ataupun 4.5 gram dalam kiraan metrik hari ini. [Byzantine Gold Solidus]

Walau bagaimanapun 60 tahun selepas kewafatan Baginda ar-Rasul, dinar diukur mengikut piawaian standard Saidina Umar al-Khattab iaitu dengan menetapkan satu dinar emas perlu mempunyai berat 4.25 g. Tentang penggunaan ketulenan emas pula masih menjadi khilaf di kalangan ahli sirah. Namun pendapat yang mengatakan emas 22 karat telah digunakan adalah lebih kuat berbanding pendapat emas 24 karat. ^_^

Harga
1 Dinar Emas (tahun 2002) = RM 140
Tahun 2005 = RM 242
Tahun 2008 = RM 418
Tahun 2010 = RM 587
Tahun 2011 = RM 820
Tahun 2013 = RM 603 (27 Julai 2013)
*kiraan harga dinar keluaran Public Gold

Kenaikan nilai emas tertinggi pernah direkodkan; berlaku sekitar bulan Julai/August 2011.
Seseorang hamba ALlah yang telah membeli 10 dinar emas ketika tahun 2002 (RM 1400) dan menjual kembali 10 dinar tersebut pada tahun 2011 telah mendapat keuntungan bersih (RM 8200-RM 1400 =RM 6800).

Namun nilaian emas bukanlah di kira pada matawang fiat semata-mata. Jika seseorang menyimpan komoditi ini baik di masa harga emas naik atau pun turun, dia tetap seseorang yang kekal berharta.

Dinar dan Dirham keluaran World Islamic Mint

Di mana kita disebalik lembaran sejarah?
| Kisah dermawan terhebat dalam sirah Islam pasti tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan seorang lelaki dari kalangan Bangsawan Quraisy Bani Umayyah. Siapa lagi jika bukan Saidina Uthman ibn ‘Affan.. Selepas memeluk Islam, terlalu banyak harta yang disedeqahkan beliau buat kepentingan ummah dan da’wah. Seperti banyak yang direkodkan, di dalam perang Tabuk sahaja lebih 900 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 dinar dilaburkan untuk membiayai ghazwah tersebut. subhanALlah..
kekayaan itu cuba kita nisbahkan ke dunia hari ini!!

Seekor unta RM 5500
Seekor kuda RM 11000 (kuda baka baik)
1 dinar RM 603 (27 Julai 2013)

(RM 5500 x 900 unta) + (RM 11000 x 50 kuda) + (RM 603 x 1000 dinar)
= (RM 4,950,000) + (RM 550,000) + (RM 603,000)
TOTAL =RM 6,103,000.


| Dan ketika kisah hijrah ke Bumi Yathrib, beliau telah membeli sebuah Telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk di waqafkan buat kegunaan kaum Muslimin.

10 dirham = RM 91 (27 Julai 2013)

(RM 9.10 x 20,000 dirham)
TOTAL = RM 182,000.

MasyaALlah.. di mana kita?? Dimana kita?? Di saat beliau telah melaburkan lebih Jutaan Ringgit Malaysia untuk ummah dan kelangsungan da’wah ke arah ad-Deen ini.
Kita pula masih sibuk berkira-kira dengan keluarnya seringgit dua dari poket kita.

Sebagai Muslim,
Ketahuilah yang diberi atas jalan Allah itulah milik kita (zakat, sedeqah) sebenarnya,
Yang dalam poket pulak belum tentu lagi, (takut2 diguna pada jalan yang tidak redhai, na’uzubiLlah)


# muhasabah o,;’”)_
Monday, July 29, 2013

Gold Coin ..

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni,
saya nak kongsikan apa yang saya tahu mengenai syiling emas pulak.. ^_^
Syiling emas kebiasaannya disukat dengan unit Oz (Troy Ounce)

Gold Coin   1 oz     –> WEIGHT: 31.1 gm
Gold Coin   1/2 oz –> WEIGHT: 15.55 gm
Gold Coin   1/4 oz –> WEIGHT:  7.77 gm
Gold Coin 1/10 oz –> WEIGHT: 3.11 gm or 0.1 Oz
Gold Coin 1/20 oz –> WEIGHT: 1.56 gm or 0.05 Oz
Gold Coin 1/25 oz –> WEIGHT: 1.24 gm or 0.037 Oz
Gold Coin 1/50 oz –> WEIGHT: 0.77 gm or 0.025 Oz

rekod perjanjian yang dicabuli :P

Pada tahun 1944, telah wujud satu perjanjian yang meletakkan US Dolar sebagai sandaran bagi matawang dunia (wang fiat/duit kertas). Dalam masa yang sama US Dollar mesti disandarkan kepada nilaian emas yang USD $35.00 ketika itu bersamaan dengan 1 ounce. Namun perjanjian ini telah di dicabuli oleh Amerika Syarikat pada tahun 1971, perkara ini berlaku apabila negaranya mengalami defisit kewangan yang teruk selain nilai matawang US Dollar runtuh disebabkan oleh pengaliran keluar rezab emas yang dimiliki. Dalam usaha menyelamatkan ekonomi negara yang semakin ranap, pihak kapitalis telah mencipta satu jalan penipuan yang cukup dahsyat; apabila dengan sengaja tidak menyandarkan wang fiat kepada emas lagi. Kesannya setiap pemerintah negara dengan sewenang-wenangnya boleh menentukan berapa banyak wang kertas hendak dicetak dengan tanpa menyandarkan kepada rezab khazanah negara (emas). Hasilnya inflasi melanda, O.o

100 Billion Dolars hanya mampu membeli 3 biji telur di Zimbabwe (inflation)

# 1 Oz (harga 27 Julai 2013) = USD $ 1333.80
ada yang mengatakan bahawa harga emas naik 3710% ..
padahal dari sudut berbeza kita dapat melihat sendiri,
bahawa sebenarnya kejatuhan US Dollar yang sedang berlaku.

antara syiling emas 1 Oz yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, seandainya mampu dapatkan satu :)

bersambung
Sunday, July 28, 2013

| Variasi

Jongkong Emas yang terdapat di pasaran terdiri dalam pelbagai variasi berat, bermula dari sekecil  1g sehinggalah ke 1kg. Malah ada juga yang disukat menggunakan unit Oz (Troy ounce). Ketulenan setiap jongkong emas adalah 999.9. Harga jualan bagi (setiap 1g) jongkong emas dengan jumlah berat yang kecil adalah lebih tinggi dari jongkong emas yang mempunyai berat yang besar.

Sebagai contoh : (harga 27 julai 2013)
harga sekeping jongkong emas 1g  = RM 180
manakala harga bagi sekeping jongkong emas 10g pula adalah RM 1,495
dan harga sekeping jongkong emas 100g = RM 14,671

.. keadaan ini berlaku disebabkan oleh kerja2 penempaan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan setiap satu jongkong emas tersebut. Pembuatan jongkong emas 100g adalah lebih mudah iaitu cuma perlu membahagikan 1/10 daripada jongkong emas 1kg. Manakala bagi pembuatan jongkong emas 1g, memerlukan usaha 1/1000 pembahagian. O.o

Gold Bars and Gold Coins
Bagi penyimpan emas fizikal, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Walaupun harga bagi sekeping jongkong emas 10g adalah sedikit mahal berbanding jongkong emas 20g. Namun yang 10g itu jauh lebih mudah untuk dicairkan (menjadi fulus). Dan yang sukar dicairkan pulak lebih selamat dalam simpanan (jangkamasa panjang).


# saya kurang berminat untuk menulis artikel mengenai emas sebagai barang perhiasan, memandangkan ia tidak diperlukan oleh golongan lelaki seperti saya. Dan saya yakin kaum hawa di luar sana lebih 'arif  tentang hal ini. insyaALlah untuk artikel selepas ini, saya akan membuat sedikit kupasan mengenai emas syiling pula ^_^

rupa paras |

bentuk Au (kegunaan)

.. adapun yang sering kita lihat emas itu dibentuk menjadi barang perhiasan.. dari rantai ke gelang, mahkota ke singgahsana dan juga sebagainya. Kerana padanya terletak lambang kemegahan dan kekuasaan, kilauan cahaya yang terpancar dari logam mulia ini boleh membuat mata yang memandang terpesona. O.o

Namun perlu jua diambil tahu selain barang kemas, logam ini turut dibentuk menjadi jongkong emas (gold bar) dan syiling emas (coin); sesuai dengan fungsinya sebagai simpanan dan barang pertukaran dalam dagangan.



Seperti yang saya maklumkan dalam artikel sebelum ini, sifat emas tulen (999.9) ini adalah lembut dan senang dilentur. Maka amatlah jarang sekali ia digunakan dalam membentuk barang perhiasan dan syiling pertukaran. Hari ini emas dengan ketulenan 916 adalah pilihan terbaik; untuk dibentuk menjadi barang perhiasan sesuai dengan sifatnya yang lebih kukuh [hasil campuran logam perak].


# Barang perhiasan, jongkong dan syiling.
Saturday, July 27, 2013

apa 24k / 999 ?

Sistem nombor yang diguna pakai bagi mengira kadar ketulenan emas adalah seperti berikut ..

24 Karat adalah Emas Tulen (99.99%)
22 Karat adalah (91.7%) emas dicampur logam lain 8.3% (biasanya perak).
20 Karat adalah (83.3%) kuantiti emas
18 Karat adalah (75%) kuantiti emas
16 Karat adalah (66.6%) kuantiti emas
14 Karat adalah (58.5%) kuantiti emas
09 Karat adalah (37.5%) kuantiti emas

Sama ada anda biasa mendengar perkataan ‘karat’ atau tidak, ketahuilah bahawa perkataan itu asalnya datang dari bahasa ‘arab (Qirats) yang dikhususkan penggunaannya bagi menimbang kadar ketulenan batu permata dan mutiara.

1 Qirat bersamaan 1/24 bahagian,

Perlu di ingatkan bahawa Emas berketulenan 999.9 ini adalah sangat lembut dan amat mudah di ubah bentuk. Jadi tidak hairanlah salah satu cara termudah bagi memeriksa logam emas ini adalah dengan membuat sedikit gigitan lembut pada bahagian permukaannya. ^_^

Dalam satu kajian; di katakan jongkong emas 1g (999.9) ini mampu di 'lenyek' kan sehingga membentuk kepingan emas dengan kelebaran 1 kaki persegi, manakala bagi 1 Oz (Troy ounce) emas pula boleh dijadikan kepingan emas dengan  kelebaran 1 meter persegi.

# info tambahan:
1 Oz (Troy ounce) emas adalah sekitar ~31.1 g.
Friday, July 26, 2013

aurum ke ausum?

Simbol elemen bagi emas adalah Au.

Perkataan aurum ini datangnya daripada Bahasa Latin Purba yang memberi maksud ‘cahaya mentari’ ataupun ‘kilauan pagi’. Ia merujuk kepada warna kekuningan dan keemasan yang dimiliki oleh logam tersebut dan di katakan bahawa hanya emas satu-satunya logam yang berwarna kuning, selain daripadanya masih juga terdapat logam yang boleh berubah warna kepada sifat kekuningan namun hanya selepas melalui proses tindak-balas kimia (teroksida).

Sesuatu yang menakjubkan mengenai logam emas ini adalah ia tidak mempunyai toksik. Sekalipun kedudukannya dalam jadual berkala terletak betul2 bersebelahan dengan Merkuri; iaitu logam berat yang amat bertoksik kepada hidupan keseluruhannya. Emas mempunyai takat lebur yang tinggi iaitu sekitar 1,064°C, manakala takat didihnya pula sekitar 2,586°C. Menjadikan ia satu jenis logam yang amat stabil pada suhu biasa dipermukaan bumi. Mempunyai bilangan nombor atom 79 dengan jisim atom standard 196.966569.

subhanALlah..

Nak tahu lebih mengenai emas?
Saya cadangkan untuk anda baca sendiri dari banyaknya sumber autentik di luar sana, ^_^
Sunday, July 21, 2013

Emas oh Emas

Mungkin tidak ramai yang pernah tahu, tentang cerita awal di atas warQah daUn papYrus™ ..
Berkenaan kisah lembaran buruk yang cuba dihias dengan qalam bertinta emas,

artikelnya dapat di akses dari sini.

Adapun emas yang saya maksudkan di dalam entry tersebut adalah ‘ilmu yang bermanfa’at, sedangkan untuk beberapa penulisan selepas ini saya ingin utarakan kefahaman saya mengenai emas fizikal pulak. ^_^ boleh kan,