8 April 2013 | Isnin
Bermula dari sakit mata anak
buah (‘ainnul mardhiah) minggu lepas,
akhirnya melarat terus ke
seluruh isi rumah. Punyalah kuat kesannya,
sehinggakan nenek ‘ainnul
yang berada di kampung pun turut terkena tempiasnya.
[mungkin terkena ketika ‘ainnul
bercuti dikampung minggu lepas]
Sebaik sahaja mata anak buah
ni sihat, mama dan babanya pulak yang berjangkit.
Habis merah berair setiap
masa. Dan saya pula hanya terima kesannya ketika hari terakhir bekerja minggu
lepas. Peritnya rasa mata ni sampai terus menangkap ke kepala.
Sakit kepala pun macam nak
demam rasanya.
Akhirnya semua ambik
keputusan untuk ke klinik hari ni,
Maka dapatlah kami semua
sijil ‘cuti’ sakit,
Yang pada hakikatnya bukanlah
bercuti...
tapi dikuarantin untuk
beberapa hari,
Dan buat pertama kalinya
saya dapat lihat sendiri bagaimana kesan sakit mata ini boleh merebak dengan begitu
pantas sekali, haish..
Maka memang patutlah
tindakan pengetua sekolah dahulu (2003) pernah ‘menghalau’ saya untuk balik
kerumah semata-mata kerana sakit mata yang saya hidapi satu masa dahulu.
Nostalgia~
10 التعليقات:
at: April 8, 2013 at 4:02 PM said...
syafakallah..
at: April 9, 2013 at 10:45 AM said...
jzkk lyana ^_^
alhamdulillah hari ni dah rasa kurang sikit,
at: April 9, 2013 at 12:51 PM said...
Alhamdulillah..cuti berapa hari?
at: April 9, 2013 at 5:43 PM said...
rizQan dapat 3 hari..
tp kakak dgn abg ipar dapat seminggu, sbb condition diorang lagi teruk, huhuh
at: April 10, 2013 at 9:01 AM said...
xpe rehat2 diri..
oklah tu dulu kte pernah dapat cuti nak dekat dua minggu juga sebab sakit mata ni..pedih woo...siap kena g hospital selayang..
at: April 11, 2013 at 7:22 AM said...
kalau boleh.. nak je terus pergi kerja pagi ni, dah bosan asyik terperap je kat rumah ni, tp mata still merah n berair, kalau x berjangkit lama dah bersosial.. huhu
mode: terpaksa anti-sosial O.o
at: April 11, 2013 at 3:00 PM said...
huhu kalau nak sangat bersosial pakai spek mata hitam besau~ hehehe comel je~
at: April 13, 2013 at 4:46 PM said...
haha malu kot,
rizQan x biasa pakai spek2 ni, huhu
at: April 13, 2013 at 11:31 PM said...
eh okay apa..hehehe..
yela kot terperuk dalam rumah kan boring...
teringat jumpa sorang sis ni naik KTM pakai spek mata hitam besar..agak pelik sebab waktu tu dah pukul 7pm..hehhehe sakit mata jugak kot~
at: April 14, 2013 at 6:51 AM said...
hahaha.. yg tu memang husnu-dzon sangat dah tu,
Post a Comment