بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
awak,
saya cuma seorang hamba yang
lemah,
lelaki; yang fitrahnya sukar
untuk mengerti..
pada bahasa kiasan dan terlalu
berlapis.
padahal masanya telah lama
berlalu,
4 purnama kiraan dari
bermulanya 23 itu,
saya gagal langsung
memahami,
entah di mana kedudukan saya
ketika ini.
kerana itulah;
saya pohonkan satu jawapan
yang tegas dan jelas,
seandainya ia satu
penolakan,
nyatakanlah sahaja dengan
terbuka,
Demi ALlah,
tidak akan saya tanyakan lebih
dari itu..
dan insyaALlah saya akan
terima dengan berlapang dada,
0 التعليقات:
Post a Comment