Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, April 20, 2013

kefahaman saya,



| I L M U

Jangan bermegah dengan apa yang kita miliki, kerna hakikatnya barang itu hanya pinjaman. Ilmu itu jua satu ujian, ketahuilah..

Ada orang kata;
ilmu manusia ibarat segelas air yang dicedok dari lautan. Walau di ambil dari sumber yang sama, tapi air dalam gelas saya tidak akan pernah serupa dengan air dalam bekas kalian.

Ada jugak yang kata;
ilmu tu boleh dibayangkan macam pelangi. Sekalipun kita berdiri kat kawasan air terjun yang sama, belum tentu pelangi yang saya lihat dapat dilihat pula oleh sahabat yang berdiri di tepi.

Ada lagi yang kata;
ilmu tu terkadang bersifat pantulan, macam cermin. Sekalipun yang dilihat adalah bersifat ‘copy-paste’, tapi ternyata yang kiri kita adalah kanan dalam dunia yang satu lagi.

4 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: April 20, 2013 at 7:09 PM said...

Ilmu juga adalah satu amanah dari Allah..jika kita mempunyai suatu ilmu yang bermanfaat, sebarkan supaya saling mendapat diantara sesama insan.

perindu_خلافة says:
at: April 21, 2013 at 7:40 AM said...

insyaALlah.. pencarian ilmu itu sepanjang masa, dari buaian ke liang lahad, ^_^

faaizz d. zul says:
at: April 22, 2013 at 12:11 AM said...

baik Tuan rizqaini.

sama-samalah kita membentuk bekas yang dipenuhi ilmu supaya ia mendekatkan kita padaNya.

;)

perindu_خلافة says:
at: April 22, 2013 at 10:21 PM said...

insyaALlah faiz ^_^