Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, April 29, 2013

kenyataan saya

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

| Untuk lebih jelas.. inilah jalan yang saya pilih, membuat keputusan bukan satu perkara mudah dalam Islam, selalunya perlukan mujadah yang kuat. Berdoa dan istikharahlah, apa pun ilham yang diberikan nanti itulah bahagian kita.. yakinlah kita telah berlepas diri, pastikan pilihan kita bukan pilihan nafsi,

saya dan anak buah
Dengan itu saya Muhamad Rizqan Aizzaini B Ramlan; mengisytiharkan untuk berdiri teguh bersama Kepimpinan Ulama’.

Sunday, April 28, 2013

anak didik baru,




Jika dahulu adik² darjah 6 di SK Merbau Sempak, Sg Buloh (baca: sini) cuma punya masa seminggu untuk kenal seni Dikir Barat dan seterusnya membuat persembahan pada Hari Kecemerlangan sekolah mereka.

Kali ini saya diberi tugasan untuk membantu adik² darjah 5 pula di SK Bandar Tun Hussein Onn (SKBTHO), yang akan membuat persembahan sempena Kempen Jauhi Dadah di sekolah mereka kurang lebih 2 minggu dari sekarang. Ternyata untuk kumpulan yang ini, mereka punya kelebihan dari sudut masa yang lebih panjang untuk latihan ke arah itu. insyaALlah..

Sekali pun cuma dapat bertemu pada latihan hari sabtu, namun saya tetap percaya persembahan mereka nanti adalah jauh lebih baik daripada apa yang dirakamkan pada kali ini. Owh ye..  mereka ini juga sama seperti kumpulan terdahulu, yakni bermula dari kosong.

# mohon abaikan benda² pelik yang diorang buat kat dalam ni, sebab saya pun x pasti apa yang berlaku, hahaha ^_^
Wednesday, April 24, 2013

Model Terbaik

alhamduliLlah..
 
Selesai sudah membaca dan memahami 'manifesto umum' yang dihidangkan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, tidak dinafikan bahawa kedua-duanya mempunyai nilai bujukan yang tinggi agar dapat diberi mandat. Namun saya suka untuk melihat lebih sedikit terkehadapan; yakni soal pembentukan modal insan. Ini kerana generasi itulah nanti yang akan menjadi pendokong agama ALlah, agar tetap berdiri teguh di atas muka bumi ini. Jika bukan di zaman ini Hukum ALlah (di izinkan) tertegak kembali, sekurang-kurangnya saya telah menyediakan satu platform; jalan persediaan ke arah Generasi itu untuk berdiri. insyaALlah...

“Jika ingin melihat masa hadapan, pandanglah kearah pemuda-pemudi hari ini!”

#PRU13 - saya menilai anak-anak setiap calon yang bertanding,
sebagai model hasil ke-PEMIMPINAN yang dibuktikan ^_^


saya mengharapkan Malaysia yang lebih baik !

Monday, April 22, 2013

hanya jawapan jelas,



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

awak,
saya cuma seorang hamba yang lemah,
lelaki; yang fitrahnya sukar untuk mengerti..
pada bahasa kiasan dan terlalu berlapis.

padahal masanya telah lama berlalu,
4 purnama kiraan dari bermulanya 23 itu,
saya gagal langsung memahami,
entah di mana kedudukan saya ketika ini.

kerana itulah;
saya pohonkan satu jawapan yang tegas dan jelas,
seandainya ia satu penolakan,
nyatakanlah sahaja dengan terbuka,

Demi ALlah,
tidak akan saya tanyakan lebih dari itu..
dan insyaALlah saya akan terima dengan berlapang dada,
Saturday, April 20, 2013

kefahaman saya,



| I L M U

Jangan bermegah dengan apa yang kita miliki, kerna hakikatnya barang itu hanya pinjaman. Ilmu itu jua satu ujian, ketahuilah..

Ada orang kata;
ilmu manusia ibarat segelas air yang dicedok dari lautan. Walau di ambil dari sumber yang sama, tapi air dalam gelas saya tidak akan pernah serupa dengan air dalam bekas kalian.

Ada jugak yang kata;
ilmu tu boleh dibayangkan macam pelangi. Sekalipun kita berdiri kat kawasan air terjun yang sama, belum tentu pelangi yang saya lihat dapat dilihat pula oleh sahabat yang berdiri di tepi.

Ada lagi yang kata;
ilmu tu terkadang bersifat pantulan, macam cermin. Sekalipun yang dilihat adalah bersifat ‘copy-paste’, tapi ternyata yang kiri kita adalah kanan dalam dunia yang satu lagi.
Thursday, April 11, 2013

LANDSKAP UIAM KUANTAN 2003/2010 (iii)

Kulliyyah of Science IIUM Kuantan 2003


Kulliyyah of Science IIUM Kuantan 2010

Wednesday, April 10, 2013

LANDSKAP UIAM KUANTAN 2003/2010 (ii)

Mahallah Maimunah 2003




Mahallah Maimunah 2010

Tuesday, April 9, 2013

LANDSKAP UIAM KUANTAN 2003/2010 (i)

Kulliyyah of Medicine IIUM Kuantan 2003


Kulliyyah of Medicine IIUM Kuantan 2010

Monday, April 8, 2013

sakit mata



8 April 2013 | Isnin

Bermula dari sakit mata anak buah (‘ainnul mardhiah) minggu lepas,
akhirnya melarat terus ke seluruh isi rumah. Punyalah kuat kesannya,
sehinggakan nenek ‘ainnul yang berada di kampung pun turut terkena tempiasnya.
[mungkin terkena ketika ‘ainnul bercuti dikampung minggu lepas]

Sebaik sahaja mata anak buah ni sihat, mama dan babanya pulak yang berjangkit.
Habis merah berair setiap masa. Dan saya pula hanya terima kesannya ketika hari terakhir bekerja minggu lepas. Peritnya rasa mata ni sampai terus menangkap ke kepala.
Sakit kepala pun macam nak demam rasanya.

Akhirnya semua ambik keputusan untuk ke klinik hari ni,
Maka dapatlah kami semua sijil ‘cuti’ sakit,
Yang pada hakikatnya bukanlah bercuti...
tapi dikuarantin untuk beberapa hari,

Dan buat pertama kalinya saya dapat lihat sendiri bagaimana kesan sakit mata ini boleh merebak dengan begitu pantas sekali, haish..
Maka memang patutlah tindakan pengetua sekolah dahulu (2003) pernah ‘menghalau’ saya untuk balik kerumah semata-mata kerana sakit mata yang saya hidapi satu masa dahulu.
Nostalgia~
Saturday, April 6, 2013

ada x,



kelebihan, jangan jadikan mudarat..
gunakan untuk manfaat ummat~

ada kereta x? motor ke?
berapa kali kita gunakan untuk bawak ke Masjid?
untuk solat jemaah, untuk hadir kulliyyah,
atau lebih kerap di bawak ke tempat² yang x dapat redha ALlah,

ada smartphone x? 3310 ke?
berapa kali alarm dia dapat kejut kita untuk Qiam,
paling kurang kejut kita sebelum azan subuh berkumandang,
berapa kali?
atau lebih selalu diguna untuk benda² picisan semata,

ada dslr x? camera compact ke? camera handphone pun boleh,
ada x?
berapa kali kita dapat snap gambar keindahan Islam,
budak belajar solat ke, mengaji pun ok,
atau lebih memilih menangkap gambar manusia separa telanjang,

pandai gondam laman web x? fb ke?
berapa banyak webpage lucah dah kita kuburkan,
fb fitnah kita lumatkan,
atau lebih selalu menghancurkan laman-laman bermanfaat,
untuk dapat nama dan pangkat (dunia),

reti menulis buku x? blog ke?
berapa banyak penulisan kita dah berjaya bawak kesedaran,
untuk diri sendiri dan jugak pembaca menuju Tuhan,
atau...