Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, February 25, 2013

menolak jahiliyyah,




قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

024.030 Say to the believing men that they should lower their gaze and guard their modesty: that will make for greater purity for them: And Allah is well acquainted with all that they do.


aku tahu; bahawa perbuatan mengintai laman MukaBuku dia yang bukan mahram ku itu salah,
malah tahu bahwa tindakan menghantar mesej dengan sengaja buat melepas rindu itu jua salah,
tapi.. aku masih lakukan lagi dan lagi. |T_T


“Everyone has own battles to survive.
Just manage yours will do. For the greatest enemy after Iblis is you”


# a k u . c u b a . b e r u b a h

Sunday, February 24, 2013

harapan sebenar,



Saya harap awak sudi tunggu saya,
Sebenarnya; saya perlu sedikit masa lagi untuk baiki diri..
Lebih bersedia,
Lebih beriman,
Tapi jika awak dah tak mampu bersabar,
It's ok, saya doakan awak bahagia.
awak mmg patut dpt yang lebih baik.

-syabab musafir kasih-
Saturday, February 23, 2013

YEAH.. memborong buku lagi ^_^



alhamduliLlah.. ^_^
ALlah telah permudahkan urusan saya,
usaha hampir seminggu mencari 2 buah buku di kawasan ‘segitiga emas’ berakhir di Putrajaya petang tadi. Begitulah indahnya perancangan ALlah, di-arah-kan saya untuk berusaha terlebih dahulu kemudian barulah diberi apa yang saya pinta.. sweet kan macam tu >_<

2 buah buku yang saya maksudkan adalah ‘rancang wang sejak jatuh cinta’ keluaran PTS dan ‘101 doa mohon makbul’ keluaran Telaga Biru. Adapun pencarian kepada 2 buah buku ini; adalah bagi mengisi ruang [buku sepatutnya dibeli] untuk bulan januari dan februari 2013.

| sesuatu yang tidak diduga :
Dalam perjalanan ke majlis walimah saudara belah abang ipar saya di Maktab Polis Diraja Malaysia tengahari tadi, tiba-tiba mata kami tertancap pada sehelai bunting; yang tergantung di salah satu tiang lampu kat simpang utama pekan Semenyih.

Poster Ekspo Buku Islam 6 anjuran Sinergi Ilmu - Precint 3
Punyalah berbunga hati; apabila mendapati bahawa EKSPO BUKU ISLAM 6: anjuran Sinergi Ilmu sedang berlangsung di Presint3 Putrajaya. Maka perjalanan pun dirancang untuk memintas Putrajaya sebelum pulang semula ke Semenyih dari majlis walimah. alhamduliLlah, hasilnya ini..

senarai buku yang berjaya saya borong hari ini ^_^
Memang lebih dari apa yang sepatutnya saya impikan, namun tidak salah rasanya jika saya membeli stok buku untuk bulan mac sehingga julai terus. Memandangkan terdapat potongan harga serendah 10% sehingga ke 30% bagi sesetengah booth kat sana. ^_^

Ini pula adalah barisan buku yang di beli oleh kakak saya;

senarai buku yang berjaya di borong oleh kakak pulak.. yes boleh pinjam baca, hehe ^_^
Rasanya.. dapatlah saya bertahan lama sikit untuk tidak membeli buku baru selepas ni. Sedia maklum bahawa saya ni adalah manusia yang memang 'pantang' nampak buku, hew~

Perancangan untuk membuat daftar buku amat perlu dilakukan sekarang ini. Kerana baru sebentar tadi saya terjumpa sebuah buku bertajuk ‘Langit Illahi’ tersorok di dalam almari lama kakak saya. Hurm.. ye saya pernah membeli buku yang sama 5 tahun lalu. Berlaku pertindanan buku kan~
..tetapi saya masih bersyukur kerana buku Langit Illahi yang saya beli itu telah pun saya berikan pada salah seorang anak orang asli di Kampung Leryar sebagai buah tangan dari saya semasa Program Mahabbah Orang Asli di sana (tahun 2009) ^_^

“Satu lagi bukti bahawa perancangan DIA adalah perancangan TERBAIK buat hamba-NYA..”
________________________________________________________________________

# Seruan buat semua ulat buku sekitar KL, Selangor.. Selamat Menjamu Minda ye!
Untuk maklumat lanjut: http://ekspobukuislam.com/ (click)

Link entry lama atas warQah .. [jugak tentang buku]
gerombolan buku2 -23Jun2012-