Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, November 3, 2012

umur dan masa,


alhamduliLlah..
3 november 2012, kami sekeluarga diberi kesempatan untuk berkumpul di teratak ayahanda-bonda kat melaka ni. memandangkan hari ni merupakan hari ulangatahun kelahiran adik saya yang ke-23, jadi kami sekeluarga dah merancang untuk menyambutnya sekadar yang perlu. Dengan kesibukan urusan masing-masing, hari seperti ini patut sangat dihargai.

‘ala kulli hal.. sanah helwah ya ukhti; uhibbuki fiLlah ^_^
Semoga ALlah sentiasa melimpahkan rahmat dan maghfirah-Nya untuk kita semua, insyaALlah.

masa berganjak bukan kerana pergerakan jarum jam tetapi sebaliknya

Pertemuan demi pertemuan dengan tarikh ulangtahun kelahiran, baik diri kita @ pun orang lain; sepatutnya membuatkan diri kita lebih sedar bahwa perjalanan ke titik noktah itu semakin hampir. Bukankah fitrah masa itu dijadikan dengan tidak pernah berhenti (sehingga ke suatu masa), agar wujudnya bisa memberi galakan pada kita; agar senantiasa bergerak dalam usaha mengejar redha-Nya.. jangan pernah berhenti mengharap wahai Qalb~

khusus untuk sahabat2 dalam zon tertentu sahaja, yang duduk M'sia jangan pandai2 nak ubah :D
# seperti biasa; saya menulis buat peringatan diri sendiri

0 التعليقات: