Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, November 28, 2012

.. hadiah (:


Artikel ini ditulis dengan mengguna kacamata penconteng warQah™, andai terdapat sebarang khilaf dari sudut pandang saya; sila berikan teguran dengan baik kerana saya yakin ia juga dikira hadiah ^_^

Bersumberkan dari kekasih hati :

“Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.”
[al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad yang hasan]

(buat si penerima)
Seyakin saya, setiap ‘pemberian’ itu mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri. Maka amatlah tidak patut bagi diri kita memperkecilkan apa sahaja yang baru kita miliki. Malah kita juga tidak pernah layak untuk menentukan hadiah yang mana lebih bernilai dari hadiah yang lain.

(buat si pemberi)
Namun pada saya dalam criteria memilih sesuatu hadiah, biarlah ia merupakan sesuatu yang terbaik datang dari kita. Bukan bermaksud pemberian itu perlu mahal pada harga atau mempunyai branded pada nama; tapi sesuatu yang memberi cukup makna dan manfaat pada orang yang menerimanya.

Di antara hadiah yang kebiasaanya berputar dalam dunia seorang penconteng warQah adalah seperti berikut:

Doa kesejahteraan:
Merupakan hadiah terpaling baik yang dapat saya fikirkan sekarang. Yang mana hadiah ini mampu merentasi dimensi masa dan tempat. Boleh di capai tanpa sebarang medium perantaraan dan paling penting ia menyerahkan hak pengurusan orang yang disayanginya pada Pemilik Semesta Alam.

Nasihat yang baik:
Hadiah seperti ini, sekalipun dilihat cukup baik bagi membimbing seseorang ke Jalan yang di Redhai. Namun manfaatnya masih belum 100% dapat di capai. Kerana ia amat bergantung kepada pemahaman si penerima itu sendiri. Cuma ada 2 kemungkinan sama ada ‘mengikut’ atau ‘menolak’.

Jenis kebendaan:
Saya tidak memaksa pembaca untuk menerima idea ini, namun pada saya biarlah jenis kebendaan yang diberi sebagai hadiah itu dapat memakna haqiqat sebuah pemberian. Sebolehnya fikirkan satu barang yang dapat selalu di guna pakai sepanjang tempoh kehidupan. ^_^

Nak tahu beza di antara hadiah dengan rasuah,
pergilah berguru dengan para asatizah!

0 التعليقات: