Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, November 30, 2012

hadiah buat r i z k a n


kanta pembesar + akhbar lama

Ini salah satu dari lambakan hadiah yang masih ada dalam simpanan saya, kenapa tidak semua saya simpan. oK kerana ada yang bagi saya makanan, nature-nya amat berbeza ^_^

Hadiah ni merupakan hasil ‘kerjatangan’ junior saya; yang diberikan semasa tahun akhir di asrama engku husain. Entah apa alasannya, 2 orang pelajar tingkatan 1 (2005) berlari-lari masuk ke library asrama lalu..

“Ini untuk abang rizkan ^_^”
>> Speechless <<

Kerja seni menggunakan kanta pembesar dan kertas surat khabar lama sahaja rasanya tidak cukup untuk saya berikan credit pada 2 orang junior saya tersebut. Kerana ada usaha berpanas di bawah mentari, yang pastinya disertai dengan jiwa yang sabar. Chewah O.o

anda tahu kenapa R I Z K A N !? saya rasa saya tahu kenapa!!
Sebabnya kami masih belum sempat beramah mesra pun lagi [ok penggunaan ayat yang kurang sesuai].. haha. Walaupun sesi ta’aruf telah berjalan seawal hari pertama pelajar baru mendaftar masuk, namun untuk mengenali mereka sehingga ke nama penuh pelajar junior, bilangan ahli keluarga, nama ayah dan ibu, ic no junior, dan lain-lain tidak dapat dilakukan seawal minggu pertama. Yakin saya, mereka (junior) juga menghadapi masalah yang sama. Yakni ta’aruf tak cukup sifat. err

Sedang mereka juga belum pernah tahu (ketika itu) bahawa senior yang bernama RIZQAN ini begitu skeptikal dengan sebut-eja nama yang salah.
>> peluh besar <<

Saya marah..
sudah pasti TIDAK!

Mana mungkin tergamak saya memarahi 2 orang budak yang belum sempat seminggu mengenali mereka. Apa lagi sanggup membuat sesuatu yang tidak pernah saya pinta. Secara jujur saya sangat TERHARU,
T_T huhu
.. terkadang;
mereka tidak pernah punya jawaban atas asbab pemberian
>> usah di persoalkan <<

Bertitik tolak dari itulah, saya membesarkan huruf Q pada perkataan rizQan agar ia lebih jelas untuk di lihat mata.. rizQzaini, rizQan, ^_^

# .. bermula sesi pendaftaran masuk ke asrama engku husain bagi tahun 2013, maka genaplah usia hadiah ini 8 tahun dalam simpanan ‘kotak cahya masa’ saya. Hadiah anda, bagaimana !?

auto-update -29/11/2012 12.05AM-
credit : luqman nurhakim (+) fariz haziq

tambahan 
3.14PM (Malaysia) 30/11/2012

20 tahun lagi =_=

0 التعليقات: