kanta pembesar + akhbar lama |
Ini salah satu dari lambakan hadiah yang masih ada dalam simpanan saya,
kenapa tidak semua saya simpan. oK kerana ada yang bagi saya makanan, nature-nya
amat berbeza ^_^
Hadiah ni merupakan hasil ‘kerjatangan’ junior saya; yang diberikan semasa
tahun akhir di asrama engku husain. Entah apa alasannya, 2 orang pelajar
tingkatan 1 (2005) berlari-lari masuk ke library asrama lalu..
“Ini untuk abang rizkan
^_^”
>> Speechless <<
Kerja seni menggunakan kanta pembesar dan kertas surat khabar lama sahaja
rasanya tidak cukup untuk saya berikan credit pada 2 orang junior saya
tersebut. Kerana ada usaha berpanas di bawah mentari, yang pastinya disertai
dengan jiwa yang sabar. Chewah O.o
anda tahu kenapa R I Z K A N !? saya rasa saya tahu kenapa!!
Sebabnya kami masih belum sempat beramah mesra pun lagi [ok penggunaan ayat
yang kurang sesuai].. haha. Walaupun sesi ta’aruf telah berjalan seawal
hari pertama pelajar baru mendaftar masuk, namun untuk mengenali mereka
sehingga ke nama penuh pelajar junior, bilangan ahli keluarga, nama ayah dan
ibu, ic no junior, dan lain-lain tidak dapat dilakukan seawal minggu pertama. Yakin
saya, mereka (junior) juga menghadapi masalah yang sama. Yakni ta’aruf
tak cukup sifat. err
Sedang mereka juga belum pernah tahu (ketika itu) bahawa senior yang
bernama RIZQAN ini begitu skeptikal dengan sebut-eja nama yang salah.
>> peluh besar <<
Saya marah..
sudah pasti TIDAK!
Mana mungkin tergamak saya memarahi 2 orang budak yang belum sempat
seminggu mengenali mereka. Apa lagi sanggup membuat sesuatu yang tidak pernah
saya pinta. Secara jujur saya sangat TERHARU,
T_T huhu
.. terkadang;
mereka tidak pernah punya jawaban atas asbab pemberian
mereka tidak pernah punya jawaban atas asbab pemberian
>> usah di persoalkan <<
Bertitik tolak dari itulah, saya membesarkan huruf Q pada perkataan rizQan
agar ia lebih jelas untuk di lihat mata.. rizQzaini, rizQan, ^_^
# .. bermula sesi pendaftaran masuk ke asrama engku husain bagi tahun 2013,
maka genaplah usia hadiah ini 8 tahun dalam simpanan ‘kotak cahya masa’ saya. Hadiah anda, bagaimana !?
auto-update -29/11/2012 12.05AM-