assalamualaikum saudara,
saya tujukan warqah ini khas untuk saudara memandangkan saudara sudah terlalu jauh menyimpang dari jalan yang sepatutnya. Sejak dari tingkatan 3 lagi, saya tengok saudara seperti sudah mula lupa daratan. Apa yang penting bagi saudara cumalah keseronokan sementara yang saudara cipta sendiri. Lebih teruk dari itu, saya lihat saudara mula melibatkan beberapa orang lain untuk sama-sama melakukan maksiat yang saudara lakukan. Sedarkah saudara, bahawa perbuatan yang saudara lakukan itu adalah salah. Jika saudara mahukan kepastian mengenai betul atau salahnya tindakan saudara itu, hanya terdapat satu cara. Iaitu cuba saudara pinjam 10 minit dari masa-masa saudara yang akan terbuang itu dengan merenung kembali sedalam yang mungkin perihal diri saudara. Sepanjang saya bersama saudara, saya dapat rasakan diri saya sungguh bertuah kerana punyai teman seperti saudara. Hati saudara mudah tersentuh, malah bergetar bila cerita-cerita Tuhan saudara di perdengarkan ke corong telinga saudara. Subhanallah, adakah itu tandanya hati saudara dalam keadaan bersih? Tatkala di sebut sesuatu perkara di hadapan saudara, dengan pantas saudara menyimpan data tersebut dalam memori saudara. Tanpa perlunya sebarang paksaan, saudara mampu menghafal semuanya. Juga terbukti saudara lebih bijak dari yang disangka oleh saudara sendiri. Saya yaqin saudara sedar tentang perkara ini! Cuma mungkin saudara sudah lupa kerana sikap saudara sendiri, memilih fantasi melebihi dari realiti. Dari rupa paras, ilmu, sahabat semuanya merupakan anugerah terindah yang pernah saudara miliki, tapi kerana kebodohan saudaralah yang menyebabkan mereka semua pergi. Malang sekali, saudara lupa apa yang pernah diajari. Bersyukur dengan apa yang saudara punyai. Teruk sungguh saudara, perkataan ini seolah-olah telah hilang dari qamus minda saudara, saya tidak pasti sama ada saudara terlupa atau sengaja melupakan maksudnya~ MENGHARGAI! Tidak hairanlah saudara hilang kesemuanya, semuanya berpunca dari sikap saudara sendiri. Kalau saudara masih tidak percaya, cuba saudara selak semula muka-muka surat saudara yang sudah lepas. Jika benar, maka kembalilah betaubat wahai saudaraku. Teringin sangat saya punyai semula teman yang pernah hilang satu ketika dahulu...
ikhlas menegur,
dari lubuk hatimu (“,)
SUCCES THROUGH PEOPLE
1 year ago
2 التعليقات:
at: September 5, 2009 at 4:56 AM said...
semoga dia membaca :)
at: September 5, 2009 at 2:10 PM said...
lebih dr membace yg aku harapkn,
... T_T
Post a Comment