Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, September 9, 2009

Bertuah ke? yup~

“Bertuah punya budak!” Selalu sangat kita dengar ayat ni keluar dari kalangan mereka yang agak berumur . Ayat ini menunjukkan kehalusan cara orang-orang kita yang dulu-dulu menegur yang lebih muda. Sekalipun tujuannya adalah untuk marah/menegur tetapi tak ada langsung unsur2 kesat yang hadir dalam bahasa mereka. Inilah antara kecantikan seni bahasa kita yang semakin hilang di mamah usia.

Tapi dalam ‘post’ kali ni, bukanlah tujuan aku untuk mengkaji kesenian mahupun kostra bahasa dalam unit sastera. Tetapi lebih kepada penterjamahan kedalam bahasa mudah, iaitu penterjemahan dalam konteks literalnya sahaja. Adapaun maksud “Bertuah punya budak!” diketahui sebagai bahasa untuk menegur. Tetapi dalam post kali ni, aku nak bagitau korang bahawa BuDaK BeRTuaH sememangnya wujud dalam alam fana ni.

Kenapa aku katakan macam tu? Sebenarnya berdasarkan pemerhatian, aku dapati hampir kesemua impian ataupun kehendak mereka ni dapat dicapai. Dari segala macam impian semuanya dapat, mungkin asas nama yang menjadikan orang sering mendoakan keluasan rezeki untuknya. Untuk pengetahuan umum, rezeki dalam konteks sebenar adalah lebih dari wang dan harta kekayaan. Jika diselidiki sedalamnya kita akan dapati:~

· mudahnya mendapat sahabat,

· disayangi dan dihormati orang sekeliling,

· terang minda dalam menimba ilmu.

Adalah antara contoh rezeki yang melimpah ruah untuk seorang hamba Tuhan.

Kesimpulan yang aku nak buat kat sini adalah, dalam kalangan ‘Budak Bertuah’ ni RaMaI sekali yang mudah lupa diri. Kerana bagi mereka untuk mendapat sesuatu itu terlalu mudah, mungkin pada sikap itulah yang menyebabkan tidak wujudnya sikap TaHu MeNgHaRGaI dalam diri mereka ni.

Dikesempatan ni aku nak tujukan ucapan aku kat BuDaK2 BeRTuaH ni, cubalah belajar menghargai bila mendapat sesuatu. Jangan bila dah kehilangan nanti baru terasa penyesalan yang tak sudah. Sebab selalunya bila kita sudah kehilangan barulah kita sedar. Bahawa kita sebenarnya selalu bertuah tetapi tak menyedari kehadiran tuah tersebut.

“Bertuah punya budak!”

4 التعليقات:

Unknown says:
at: September 9, 2009 at 5:28 PM said...

amat bertuah jika seseorang itu bernama rizqan, kerana hari2 orang memanggil namanya dan dalam sedar atau tidak mendoakan semoga dia murah rezeki.

nak beri anak nama rizqan la kalau macam tu :)

perindu_خلافة says:
at: September 9, 2009 at 6:54 PM said...

erm cepat betol szakif bg comment,
thanx ya..

sedar @ tak,
sbenarnya terlupa maksud nama sendiri mase post blog neyH ^_^

Unknown says:
at: September 10, 2009 at 8:26 AM said...

ahahaha... boleh plak camtu :P

i thought you're writing about yourself here? :)

perindu_خلافة says:
at: September 10, 2009 at 5:01 PM said...

(",) hahaha
memg ade point utk diri sndr,
cume psal name tu je..
x ingat plak,

^_^