Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, September 29, 2009

Sikit citer tentang cuTi raya~


               Bermulanya hari baru study di Kuantan, semalam lebih kurang pukul 2.45 petang aku jejakkan kakiku semula ke tanah Pahang ni. Lewat sehari dari tarikh habis cuti, nasib baiklah aku memang takde class hari isnin. Syukur alhamduliLlah (“,)
               Sepanjang cuti ni, buku pun cuti jugak! Hurm~ entah apa la nak jadi aku ni, bila citer pasal sambutan raya tawon ni. Excited nak citer, kalau boleh setiap saat pekara yang berlaku nak aku coretkan. Tapi tak mungkin boleh kan, ngeee... So, secara konklusinya aku boleh katakan ‘aidilFitri tawon ni tetap meriah n BEST macam yang lepas2. Saat paling BaHaGiA mesti la bila semua sedara-mara berkumpul, riuh satu rumah. Hahaha...
               Sejuk telinga aku bila dengar, adib kata yang dia seronok sangat beraya kat kampung aku. Sekurang-kurangnya tak sia-sia la aku bawak dia balik Melaka. Seronok sama2, even dia tak dapat raya dengan keluarga sendiri. Dapat pulak keluarga aku memang mudah mesra dengan orang, so siapa2 yang nak rasa pengalaman raya dengan keluarga aku n package skali jalan2 Melaka. Jom tawon depan, hahaha


Terms & Conditions apply!

Monday, September 28, 2009

keluarga saya

Sunday, September 13, 2009

Quotation


             "Setiap orang ade pengalaman manis ngan pahitkan !!? aku ?? pengalaman paling manis dalam idup aku, yang penah aku alami; aKu DaPaT jAdIk SeBaHaGiAn DaRi HiDuP kOrAnG. Walhal skang neyh pun aku tetap ade kaitan dengan korang, sampai bile2 (insyaAllah)… pasal pengalaman pahit plak, bile aKu bUaT sEsUaTu YaNg dIlUaR kEwArAsAn KePaLe OtAk AkU. Aku sumpah yang aku nyesal sangat ngan ape yang penah belaku tuh… aku minta maaf kat sesape pun yang terlibat dalam hal neyh !!" -blogs.myspace.com-

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin (",)


warQah raya 1430H

             Assalamu’alaikum... di kesempatan yang ada ni aku nak minta maaf kat semua orang yang mengenali aku, termasuklah mereka yang dah lama kenal aku mahupun yang baru je kenal. Semua salah silap yang aku buat secara sengaja atau tak terperasan berlaku, sesuatu perkataan-perbuatan aku yang mungkin buat ada antara korang semua terasa hati. Aku mohon ampun sangat2, sebab aku diberitahu yang dosa antara manusia hanya boleh diselesaikan antara manusia tu sendiri. Aku tahu sepanjang aku hidup ni, ada banyak kesilapan yang aku dah lakukan. Aku tujukan pada semua orang umumnya dan secara khususnya mereka yang betul2 terasa hati dengan sikap aku selama ni.
             Pertama-tama sekali aku tujukan kat seluruh ahli keluarga aku; mak, abah, along, alang ‘n’ alin, saudara-mara aku, suku sakat, sepupu sepapat. Harap dimaafkan segala salah silap sepanjang aku hidup ni. ’88-‘09
             Buat semua kawan2 yang belajar kat TASKA Raudhah, Semenyih ’94. Walaupun aku tak jahat ‘n’ nakal waktu tu tapi mungkin ada yang silap di mata korang. Jadi aku mohon diampunkan kesalahan2 tu. Harap sangat kalau boleh berkumpul semula dalam reunion bila2 nanti.
             Kawan2 kat Sek Keb Semenyih (SKS) ‘n’ Sek Ren Agama Pekan Semenyih (SRAPS) 1994-2000. Sepanjang 6 tahun aku sekolah kat sekolah rendah ni, mungkin aku dah mengumpul segunung kesalahan kat kawan2 yang sama standard masa tu. Minta maaf sangat2, kalau ada yang pernah aku pinjam/terpinjam sebelum ni tapi tak selesaikan lagi. Tolong ingatkan aku, mungkin aku lupa pasal perkara2 tu. Aku janji untuk selesaikan... insyaAllah~
             Untuk kawan2 yang pernah belajar sama2 dengan aku masa sekolah menengah pulak; Sek Men Keb Engku Husain, Semenyih (SMKEH) ’01-’05. Aku mohon ampun maaf sangat2, semenjak aku sekolah kat situ. Aku sendiri terasa banyak sangat kesalahan2 yang pernah aku lakukan. Semua kenalan rapat terutamanya, mungkin hubungan yang terlalu rapat ni buatkan aku tanpa sedar dah menyakitkan, menyinggung perasaan dan hati korang. Tingkatan 1Bakti, 2Amanah, 3Amanah, 4Amanah dan 5Amanah. Semua kenalan yang ada dalam Lembaga Pengawas, dan kawan2 yang kurang aku kenali kat sekolah. Aku memang cuba untuk mengenali korang semua, tetapi kotak memori aku terhad jugak untuk menyimpan data korang semua. Jadi mungkin ada yang aku kurang mengenali ni pernah tersinggung, aku minta maaf.
             Dan untuk semua adik-beradik ku yang pernah tinggal sebumbung dengan aku kat Asrama SMKEH. Sepanjang 5 tahun aku tinggal kat sana (18 sept 2001-31 dec 2005), dari gelaran seorang junior hinggalah aku bergelar senior, banyak yang aku tahu kesalahan yang aku dah lakukan secara sengaja dan tak sengaja. Khasnya kat adik-adik juniorku, mungkin abang silap perkiraan masa buat satu2 keputusan, marah korang atas kesalahan yang korang tak buat. Jadi abang minta maaf sangat2, abang mohon ampun semua kesalahan abang. Sesiapa yang masih terasa hati, abang akan tunggu sampai satu masa. Harap bila sampai waktu tu nanti, semuanya akan selesai. Sekali lagi abang minta maaf dan ampun semua kesalahan.
             Untuk sahabat2 kat Matriculation Center IIUM/Center for Foundation Studies ’06-’08. Terutama yang satu bilik dengan aku kat MahallahUmar al-Khattab I & II(MUK I& II), yang sama class @ lab @ batch masuk , jugak yang sama department dengan aku. Aku minta maaf semua kesalahan yang aku pernah buat kat korang.
             Sahabat-sahabat di International Islamic University Malaysia, Kuantan Campus (IIUM, Kuantan) ’08-sekarang. Aku jugak nak mohon ampun dan maaf kat korang semua. Sepanjang yang aku kenal dari Matric jugak yang baru aku kenal kat Kuantan ni, mesti ada banyak kesalahan yang pernah aku lakukan kat korang. Terutama sahabat2 satu Kulliyyah (KOS), satu bilik ‘n’ satu Mahallah kat T3,T4 n T9 (Mahallah Talhah). Aku minta maaf sangat2 kalau ada yang terasa hati dengan sikap dan perangai aku sepanjang aku kenal dengan korang. Untuk brothers lain2 kulliyyah jugak, committe I-Quest ’08, dan sahabat2 yang aku kenal dalam program2 tertentu, aku minta maaf untuk kesalahan yang aku’ter’lakukan dalam masa yang singkat perkenalan kita tu. Untuk sister yang aku masih belum kenal lagi, aku janji untuk cuba kenal dengan korang semua. Walaupun aku terpaksa menyediakan satu ruang khas dalam kotak memori aku untuk menyimpan nama-nama korang. Rasanya korang sendiri pun faham kan macam mana dengan keadaan class kita. ^_^
             Untuk semua orang kat sekeliling aku sama ada yang pernah aku kenal atau tak pernah aku kenal, yang pernah jumpa atau yang tak pernah bersua muka langsung (khusus kawan chat). Aku mohon ampun dan maaf. Community yang aku pernah terlibat dari Bandar Baru Bangi, Semenyih sampailah ke Kampung Bukit Senggeh. Semua salah silap harap dimaafkan.
             Semua Cikgu2, Ustaz2 ‘n’ Ustazah2, Warden Asrama, coach softball, dikir n nasyid, lecturer, dan golongan pendidik yang pernah mendidik aku
             Terakhirnya aku ambik peluang ni untuk mengucapkan Selamat menggunakan baki2 terakhir yang ada dalam bulan(Ramadhan) penuh barakah ni untuk mendapatkan ke Redhaan-nya. Bersama menuju kearah MardhatiLlah... dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dalam seminggu dari sekarang. Ampun, Maaf Zahir dan Batin dari aku insan yang sentiasa dalam khilaf~
             Assalamu’alaikum... o,;”)_

PERHATIAN



Memandangkan aku akan bertolak balik ke rumah esok dengan Bas Ekspress jam 8.45 pagi, makanya aku akan post entry untuk Raya seawal pagi ni. Sebab aku baru je pindah rumah dan kat rumah baru aku tu belum disambungkan apa-apa talian pun lagi, jadi maksudnya sepanjang 2 minggu cuti raya ni aku akan off9... dari posting blog, Facebook, Myspace, Friendster, juga YM. insyaAllah aku akan post blog raya seawal semiggu selepas raya. Sebarang kesilapan, kelemahan, kesulitan amat di kesali.

Saturday, September 12, 2009

o,;")_ remaining 10






melepaskan BEBAN :)


       Menitis air mataku membasahkan seluruh pipi, akhirnya segala yang aku pendamkan selama ni dapat aku kongsikan pada orang yang aku anggap rapat sangat.
       “Terima Kasih luqman, sebab sudi luangkan masa untuk abang!”.
       Baru aku dapat rasakan betapa nikmatnya bila dada aku kembali lapang. Seolahnya tiada perkara yang perlu difikirkan, yang membebankanku selama ini hilang lenyap entah ke mana.
       “Abang akui diri kamu lebih matang dari abang sekarang ni, seolah-olah abang ni budak kecil yang mahukan bimbingan. Jikalau dulu, abanglah tempat luqman bertanya. Tapi sekarang abang pula yang mahukan nasihat luqman!”
       Abang harap apa yang kamu katakan, adalah yang terbaik untuk abang. Abang akan ambil dan ingat...

       “saye rase angah tgh berevolusi daa
               same cam saye
                   untuk menjadi perfect”

          o.0
       Walaupun dalam nada bersahaja, tapi abang dapat point yang kamu cuba sampaikan tu. Really appreciate that, thanx . Memang itu la yang aku harapkan, semoga semua yang berlaku ni buatkan aku menjadi lebih matang dalam menghadapi kehidupan akan datang.

untuk menjadi perfect
>>> kata2 seorang adik kepada seorang abang!
Wednesday, September 9, 2009

Bertuah ke? yup~

“Bertuah punya budak!” Selalu sangat kita dengar ayat ni keluar dari kalangan mereka yang agak berumur . Ayat ini menunjukkan kehalusan cara orang-orang kita yang dulu-dulu menegur yang lebih muda. Sekalipun tujuannya adalah untuk marah/menegur tetapi tak ada langsung unsur2 kesat yang hadir dalam bahasa mereka. Inilah antara kecantikan seni bahasa kita yang semakin hilang di mamah usia.

Tapi dalam ‘post’ kali ni, bukanlah tujuan aku untuk mengkaji kesenian mahupun kostra bahasa dalam unit sastera. Tetapi lebih kepada penterjamahan kedalam bahasa mudah, iaitu penterjemahan dalam konteks literalnya sahaja. Adapaun maksud “Bertuah punya budak!” diketahui sebagai bahasa untuk menegur. Tetapi dalam post kali ni, aku nak bagitau korang bahawa BuDaK BeRTuaH sememangnya wujud dalam alam fana ni.

Kenapa aku katakan macam tu? Sebenarnya berdasarkan pemerhatian, aku dapati hampir kesemua impian ataupun kehendak mereka ni dapat dicapai. Dari segala macam impian semuanya dapat, mungkin asas nama yang menjadikan orang sering mendoakan keluasan rezeki untuknya. Untuk pengetahuan umum, rezeki dalam konteks sebenar adalah lebih dari wang dan harta kekayaan. Jika diselidiki sedalamnya kita akan dapati:~

· mudahnya mendapat sahabat,

· disayangi dan dihormati orang sekeliling,

· terang minda dalam menimba ilmu.

Adalah antara contoh rezeki yang melimpah ruah untuk seorang hamba Tuhan.

Kesimpulan yang aku nak buat kat sini adalah, dalam kalangan ‘Budak Bertuah’ ni RaMaI sekali yang mudah lupa diri. Kerana bagi mereka untuk mendapat sesuatu itu terlalu mudah, mungkin pada sikap itulah yang menyebabkan tidak wujudnya sikap TaHu MeNgHaRGaI dalam diri mereka ni.

Dikesempatan ni aku nak tujukan ucapan aku kat BuDaK2 BeRTuaH ni, cubalah belajar menghargai bila mendapat sesuatu. Jangan bila dah kehilangan nanti baru terasa penyesalan yang tak sudah. Sebab selalunya bila kita sudah kehilangan barulah kita sedar. Bahawa kita sebenarnya selalu bertuah tetapi tak menyedari kehadiran tuah tersebut.

“Bertuah punya budak!”

Saturday, September 5, 2009

Ding Dong...

assalamualaikum saudara,

saya tujukan warqah ini khas untuk saudara memandangkan saudara sudah terlalu jauh menyimpang dari jalan yang sepatutnya. Sejak dari tingkatan 3 lagi, saya tengok saudara seperti sudah mula lupa daratan. Apa yang penting bagi saudara cumalah keseronokan sementara yang saudara cipta sendiri. Lebih teruk dari itu, saya lihat saudara mula melibatkan beberapa orang lain untuk sama-sama melakukan maksiat yang saudara lakukan. Sedarkah saudara, bahawa perbuatan yang saudara lakukan itu adalah salah. Jika saudara mahukan kepastian mengenai betul atau salahnya tindakan saudara itu, hanya terdapat satu cara. Iaitu cuba saudara pinjam 10 minit dari masa-masa saudara yang akan terbuang itu dengan merenung kembali sedalam yang mungkin perihal diri saudara. Sepanjang saya bersama saudara, saya dapat rasakan diri saya sungguh bertuah kerana punyai teman seperti saudara. Hati saudara mudah tersentuh, malah bergetar bila cerita-cerita Tuhan saudara di perdengarkan ke corong telinga saudara. Subhanallah, adakah itu tandanya hati saudara dalam keadaan bersih? Tatkala di sebut sesuatu perkara di hadapan saudara, dengan pantas saudara menyimpan data tersebut dalam memori saudara. Tanpa perlunya sebarang paksaan, saudara mampu menghafal semuanya. Juga terbukti saudara lebih bijak dari yang disangka oleh saudara sendiri. Saya yaqin saudara sedar tentang perkara ini! Cuma mungkin saudara sudah lupa kerana sikap saudara sendiri, memilih fantasi melebihi dari realiti. Dari rupa paras, ilmu, sahabat semuanya merupakan anugerah terindah yang pernah saudara miliki, tapi kerana kebodohan saudaralah yang menyebabkan mereka semua pergi. Malang sekali, saudara lupa apa yang pernah diajari. Bersyukur dengan apa yang saudara punyai. Teruk sungguh saudara, perkataan ini seolah-olah telah hilang dari qamus minda saudara, saya tidak pasti sama ada saudara terlupa atau sengaja melupakan maksudnya~ MENGHARGAI! Tidak hairanlah saudara hilang kesemuanya, semuanya berpunca dari sikap saudara sendiri. Kalau saudara masih tidak percaya, cuba saudara selak semula muka-muka surat saudara yang sudah lepas. Jika benar, maka kembalilah betaubat wahai saudaraku. Teringin sangat saya punyai semula teman yang pernah hilang satu ketika dahulu...

ikhlas menegur,
dari lubuk hatimu (“,)