Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, July 12, 2010

mahallah Franky


mahallah franky

alhamduliLlah semalam dapat jugak aku mendaftar masuk ke mahallah baru (mahallah at-Tabari) kat sebelah Kompleks Dagangan Mahkota neyh. Berdiri sebagai sebuah lagi mahallah Talhah diluar campus menjadikan ia adalah blog block ke-4 bangunan yang berfungsi sebagai tempat penginapan pelajar2 UIA Kuantan. Selepas T8 dan T9 di IM2, jugak T10 di IM6, mahallah yang aku duduk sekarang neyh adalah T11; jugak lebih dikenali sebagai Mahallah Franky. Hahaha.. kelakar pun ade jugak, sebenarnya FrankyLand tuh adalah developer yang bertanggungjawab menjadikan impian Mahallah baru untuk diduduki dalam masa 7 bulan menjadi kenyataan. Terima Kasih UIA Kuantan, SRC, MRC, jugak FrankyLand yang berjaya menempatkan pelajar2 sebelum bermulanya sem baru 2010/2011.
Bagi yang tidak sama2 berada di mahallah neyh, ini yang dapat aku ceritakan sikit. Mahallah yang betul2 baru siap neyh kami masuki dalam keadaan yang betol2 fresh. Bau simen, habuk dan cat masih kuat. Bayangkan fasa terakhir pemasangan elektrik dan penyambungan air sementara adalah sehari sebelum hari pendaftaran… iaitu hari sabtu 10 Julai 2010. Hurm apa pun semangat kerja sama selama neyh tak pernah luntur sikit pun, masing2 berusaha membersihkan bilik2 walaupun sedar bahawa esok mereka mempunyai lectures pertama untuk permulaan sem yang baru. Dan hari aku menulis neyh, segalanya nampak lebih bersih dari semalam. Habuk semakin berkurang, barang2 jugak dah dikemas masuk ke dalam locker. Yang paling specialnya kali neyh, setiap orang boleh request untuk menukar bilik, memilih compartment dan roomate sendiri. Wooo.. pertama kali dalam sejarah UIA neyh, mungkin disebabkan oleh kekosongan yang masih banyak dalam mahallah Franky neyh. Menurut Ustaz Ali, terdapat lebih 500 katil kosong buat masa neyh… dan kemasukan untuk intake November adalah berjumlah 700 orang. Harap2 sangat 2 lagi blok tambahan yang berada pada fasa akhir kat sebelah neyh dapat disiapkan tepat pada waktunya. Musolla, Café, KOOP, insyaAllah akan ada dalam masa terdekat neyh. Sekali lagi aku ucapkan terima kasih banyak2 pada semua pihak yang bertungkus lumus untuk menyediakan prasarana terbaik buat kami semua. ^_^
p/s: bilik aku masih punyai 5 katil kosong dari 9 tempat… hahaha, best3!! Harap xde yang masuk lagi da, so sorang dapat arr pakai 2 katil, 2 locker n 2 meja stuDy, huhuhu (roomate ku, pudin,tihi n k-oi)…
Sunday, July 11, 2010

sikit tentang keadaan-ku


                Hurm… citer yang tertangguh neyh akan ku hurai satu persatu. Seperti yang korang maklum aku da pun berada di bumi Kuantan tepat jam 1.45 pagi Jumaat lalu -9 Julai 2010-. Iaitu selepas 3 bulan aku dok bercuti kat rumah kesayanganku… hehehe, satu percutian yang lama sangatkan. Makanya terang da tak payah suloh yang virus² kemalasan bebas me[rayap]² dalam tubuhku.
                Tiket yang ku beli untuk perjalanan Melaka-Kuantan bertarikh 8 Julai 2010 dari kaunter tiket MARA bertujuan untuk tidak menyusahkan parents-ku dari berulang-alik rumah ke MC. Sebab adik-ku yang masih stuDy di UUM akan pulang pada period yang tersebut. Namun tiket yang keras tuh jadi longlai bila diberitahu yang emak n abah akan ke Jemputan Walimah saudara kami di Putrajaya.
“Huh~ kalo taw awal² memang aku x beli tiket tuh!!”, lagi lambat balik lagi BeSt (virus da menunjukkan symptom² awal). Kalo aku balik dari Kajang lagi selesa sebenarnya…
Berita tentang mahallah baru yang kejap boleh masuk, kejap xleh masuk ternyata menggusarkan pemikiranku. Ye lah, kalau takde katil untuk tidur, takde locker untuk simpan barang n takde meja untuk stuDy mesti satu perkare yang sukar untuk aku jalani. Lebih² lagi sem baru je sangat bukak. Namun sebagai musafir yang bijak membuat keputusan on the spot, aku menyedapkan hatiku. Bumi Allah luaskan… kat mana² pun boleh tido. Pastu aku dongak ke langit, nampak siling bus~ erm kenapa dik!? Tanya org sebelah aku, hehehe takde pape!! (mesti akak tu ingat aku mengingau neyh)
Sesampai je terus aku cari bilik kosong; xde. Pastu aku cari pulak katil kosong; xde jugak. Hurm.. mujur musolla ade terus aku ke musolla n ramai ade kat situ, yang merempat dan yang sengaja tido di musolla untuk qiyamulail. alhamduliLlah lega rasanya, inilah kecantikan kat UIA sebenarnya… musollanya sukar untuk sunyi. Jadi aku tido sementara menunggu waktu subuh menjelang.
Dan dipermudahkan lagi untuk-ku bila dipertemukan dengan akh Aiman, lalu dia mengajak-ku untuk tinggal sementara di biliknya. Sekali lagi diberi kemudahan oleh-Nya.Ditambah pulak dengan Danny yang mengajak ku untuk kemasjid dengan keretanya. Erm terkedu rasanya, nikmat me[limpah]² datang. Danny banyak tolong aku, bawak pegi masjid.. ajak pegi makan, dan ulang-alik dari Mahallah Talhah IM2, ke tapak Mahallah baru ke Mahallah Talhah office (dalm campus). Semuanya sebab nak membantuku percepatkan proses kemasukan ke mahallah baru. Thanx Danny :)
p/s: Tadi aku ke Mahallah Baru tuh untuk usha², mahallah yang kononnya at-Tabari tuh guna nama Talhah jugak akhirnya. Menjadikan dia sebagai blok ke 11 untuk Talhah, dan blok ke 3 bakal diduduki pelajar berada di luar campus. Hurm~ sepertinya impian semakin hampir, elektrik da ade.. air jugak da ade bile saluran air sementara disambungkan ke bangunan mahallah baru tersebut. InsyaAllah esok masuk ke sana.. ^_^
Friday, July 9, 2010

mahallah Ooo mahallah


                SaLaM‘alaykum… alhamduliLlah da 2 malam di Kuantan, walopun masalah mahallah masih lagi belum selesai. Tapi aku tak boleh cepat melatah, masa neyh arr Dia cuba nak tunjukkan macam² nikmat yang Dia da bagi n nak bagi. Betol jugak kata Danny, dari sini la kita dapat tengok sapa kawan² kita. Hurm~ sedang dalam proses perempatan neyh, banyak yang aku rasa kurang selesa sebenarnya. Ye arr menumpang bilik orang, takde katil, locker n meja sendiri. Mesti satu perkara yang susah untuk aku biasakan dari suasana sebelum neyh. Aku cuma berharap masalah ni dapat la diselesaikan seberapa segera yang mungkin. Paling lama aku rasa boleh bertahan sampai esok [11Julai2010].  Kalau masih tak dapat masuk mahallah baru sehingga esok, aku takut sikit sebanyak kerja n emosi aku terjejas. Ya Allah, aku mohon diperkukuhkan Iman-Qu agar tak mudah menyimpang dari Jalan-Mu. Bagi pihak diri sendiri, aku ucapkan Terima Kasih kat semua kawan² yang ambik berat, SRC, MRC dan admin UIA sendiri yang cuba sedaya upaya untuk menyediakan prasarana terbaik untuk kami. Walopun masih banyak kekurangan tapi aku tetap memandang mereka sebagai badan organisasi yang bertanggungjawab. Harap amanah yang digalas menjadi beban yang mampu dipikul dan dipermudahkan untuk soal dan jawab di akhirat kelak. Ameen ^_^
Wednesday, July 7, 2010

...


sekadar gambar hiasan

Awak,
saya nak ucapkan terima kasih kat awak…
sebab awak da ajar saya erti kehilangan,
mesti awak rasa,
pengorbanan awak selama ni~
semua sia² belaka,
awak tego saya dengan hikmah,
tapi saya buat dono je,
diam awak tanda awak tak gembira,
awak penah bagitau masa mula² jumpa,
kalau sesapa buat jahat dengan awak,
awak akan dendam sampai satu masa.

Awak,
jujur saya katakan..
awaklah teman paling baik yang penah saya jumpa,
mungkin jugak anugerah terindah yang penah saya terima,
tapi dek kerana kesilapan saya,
hari ni awak pergi~ saya akan terima keputusan tu seadanya.

Awak,
saya takkan minta maaf lagi,
sebab bagi awak.. maaf saya da tak bermakna,
saya takkan ganggu awak lagi,
sebab saya tak sanggup tambah dosa sedia ada,

Awak,
selama 3 tahun awak mendidik saya,
hari ni baru saya sedar diri,
keputusan awak da mengajar saya maksud menghargai,
tapi semuanya da terlewat sebab awak da pun pergi,

ini yang awak perlu tahu…
pengorbanan awak tak penah sia² selama ni,
sebab mulai hari ni.. saya janji untuk ubah diri.
saya takkan pujuk awak untuk kembali,
cuma satu yang saya pinta…
harapan untuk ‘satu masa’ yang saya tunggu tu akan tiba,
ucapan kemaafan sebelum saya ditutup kedua belah mata.

T_T
Friday, July 2, 2010

Kat Situ-Lah...


Kat situlah…
tempat aku sambung stuDy pas abes zaman persekolahan dulu,
ingat lagi 2 julai 2006 hari pendaftaran,
kali pertama aku dengar orang buat 3 bahasa dalam satu pengumuman,
bahasa utama english, pas tuh arab pas tuh melayu,
kagum sangat dengan tempat tu,
masih terpahat walopun da lame berlalu.

Kat situlah…
kami jadi intake teramai dalam sejarah pengambilan pelajar baru,
ta’aruf terBeSt yang aku rase antare sumer U,
kenal dengan ramai sahabat dan perkataan baru;
jugak aku belajar untuk menjadi SATU,

Kat situlah…
aku jumpa balek ngan bahasa arab,
subjek paling aku minat mase sekolah kat SRAPS,
alhamduliLlah, walopun da lame tinggal tapi tak susah aku nak belajar balek,
mungkin do’a ustazah-ku yang tak penah putus untuk aku benar² faham bahasa dunia tuh.

Kat situlah…
aku belajar mendekatkan diri dengan DIA,
aku applykan ape saje yang aku belajar dalam realiti kehidupan dunia,
jugak ayat cinta pertama yang aku luahkan kat DIA,
buatkan aku senang untuk pinta segale yang-ku mahu,
jugak mule menghafal Wasiat Ulung sedaye yang aku mampu.

Kat situlah…
ada sorang lecturer math yang anti sikit denganku,
tapi jujur aku tak penah pun nak marahkan dia,
walopun kadang2 terasa hati bila dia tak terima ape yang aku buat.

Kat situlah…
tersimpan segale cerita,
Mahallah Umar al-Khattab 1 dan 2,
jugak Aika Café dari restoran jejantas ke UKC 2,
Masjid Kolej Islam Malaya aku takkan penah lupa,
Science Building, ANR, LY dan Annex (NX) sumer terkumpol kat sane,

erm.. kat situlah bermula,
dari Matriculation Center ke Center For Foundation Studies,
sedang aku pulak duduk di antare keduanya,
ura² ke Pulau Indah dan Janda Baik tergendala, akhirnya…
dari satu unit terbahagi ke Nilai dan Petaling Jaya,
aku tamatkan pengajian kat situ dan sekarang aku berbangga,
menjadi lepasan sebuah Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa,
Malaysia.