بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
...manusia mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu bahawa
sahabatnya sedang mengecap bahagia kan ^_^, ‘ala kulli hal mabruk ‘alaika
ya Shameer Haqeem.
Setakat yang saya maklum
melalui status MukaBuku beliau adalah,
“Alhamdulillah...UCD! =DD”
Terimbas
kenangan ketika mula² mengenali jiwa muda ini. Bersama pasangan kembarnya;
Shameer Haqeem dan Ismael Haqeem mula mendaftar masuk ke asrama sekolah saya
beberapa hari sebelum mereka menyambut ulangtahun kelahiran mereka yang ke-13.
Sedang hari mereka mendaftar keluar pula adalah pada 1 April tahun yang sama, ini
menjadikan perkenalan singkat kami hanya memakan masa 31-34 hari sahaja. Secara
zahirnya tiada lagi pertemuan empat mata dengan pasangan kembar ini selepas
daripada itu, ;(
# baiklah ia cuma bingkisan
cerita lama,
Selama 7
tahun.. Friendster, Myspace dan Facebook-lah menjadi saksi kepada keutuhan
ukhuwah yang pernah terbina sebelum ini . Biar masih belum berpeluang untuk
bertemu kembali, namun hasrat untuk terus mengikat tali persaudaraan itu tidak
akan pernah putus.. Jika ada yang mengatakan bahawa persahabatan kami hanyalah
persahabatan MukaBuku, saya lebih senang menyatakan bahawa ikatan ini adalah
kasih persahabatan dari Qalbu. :)
Di antara perkara yang tidak pernah saya lupakan ketika
bersama mereka adalah peristiwa satu malam dari malam² yang panjang di asrama
tersebut, bercerita mengenai ambitions masing². “..Cita-cita saya nak
jadi doktor, sambung belajar kat Ireland!..” kata Ismael selaku jurucakap
pihak keduanya. Sedang Shameer lebih banyak berdiam, senyum dan senyum [mungkin
jawapan abangnya adalah jawapan dirinya jua]. Untuk menggalakkan si adik
membuka mulut saya tanyakan satu soalan padanya, “..kenapa tak sambung kat
India!? Kan murah..”. Dan jawapan yang keluar adalah, “..India tak Best!..” haha
^_^, Shameer²
alhamduliLlah, impian Shameer
untuk ke sana bakal menjadi kenyataan apabila beliau bergerak ke Ireland awal
september depan ~ mohon sahabat sama² doakan
junior saya ni ye,moga beliau sukses
dunia-akhirat, insyaALlah
JazakumuLlahu khairan
katsiran~
2 التعليقات:
at: July 26, 2012 at 12:43 AM said...
ucd? he3, nanti kenal lah ngan junior saye sorang... dia pun situ gak... :)
at: July 31, 2012 at 2:38 PM said...
oh ye ke.. xpe bila Jr saya baca entry ni nanti, tahulah dia macam mana nak cari malizi di bumi Ireland tu ^_^
Post a Comment