Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, July 26, 2012

Entry kongsi gembira ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

...manusia mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu bahawa
sahabatnya sedang mengecap bahagia kan ^_^, ‘ala kulli hal mabruk ‘alaika ya Shameer Haqeem.

Setakat yang saya maklum melalui status MukaBuku beliau adalah,
Alhamdulillah...UCD! =DD”

Terimbas kenangan ketika mula² mengenali jiwa muda ini. Bersama pasangan kembarnya; Shameer Haqeem dan Ismael Haqeem mula mendaftar masuk ke asrama sekolah saya beberapa hari sebelum mereka menyambut ulangtahun kelahiran mereka yang ke-13. Sedang hari mereka mendaftar keluar pula adalah pada 1 April tahun yang sama, ini menjadikan perkenalan singkat kami hanya memakan masa 31-34 hari sahaja. Secara zahirnya tiada lagi pertemuan empat mata dengan pasangan kembar ini selepas daripada itu, ;(
# baiklah ia cuma bingkisan cerita lama,
Selama 7 tahun.. Friendster, Myspace dan Facebook-lah menjadi saksi kepada keutuhan ukhuwah yang pernah terbina sebelum ini . Biar masih belum berpeluang untuk bertemu kembali, namun hasrat untuk terus mengikat tali persaudaraan itu tidak akan pernah putus.. Jika ada yang mengatakan bahawa persahabatan kami hanyalah persahabatan MukaBuku, saya lebih senang menyatakan bahawa ikatan ini adalah kasih persahabatan dari Qalbu. :)
            Di antara perkara yang tidak pernah saya lupakan ketika bersama mereka adalah peristiwa satu malam dari malam² yang panjang di asrama tersebut, bercerita mengenai ambitions masing². “..Cita-cita saya nak jadi doktor, sambung belajar kat Ireland!..” kata Ismael selaku jurucakap pihak keduanya. Sedang Shameer lebih banyak berdiam, senyum dan senyum [mungkin jawapan abangnya adalah jawapan dirinya jua]. Untuk menggalakkan si adik membuka mulut saya tanyakan satu soalan padanya, “..kenapa tak sambung kat India!? Kan murah..”. Dan jawapan yang keluar adalah, ..India tak Best!.. haha ^_^, Shameer²

alhamduliLlah, impian Shameer untuk ke sana bakal menjadi kenyataan apabila beliau bergerak ke Ireland awal september depan ~ mohon sahabat sama² doakan junior saya ni ye,moga beliau sukses dunia-akhirat, insyaALlah

JazakumuLlahu khairan katsiran~

2 التعليقات:

Mohd Herie Dahlan says:
at: July 26, 2012 at 12:43 AM said...

ucd? he3, nanti kenal lah ngan junior saye sorang... dia pun situ gak... :)

perindu_خلافة says:
at: July 31, 2012 at 2:38 PM said...

oh ye ke.. xpe bila Jr saya baca entry ni nanti, tahulah dia macam mana nak cari malizi di bumi Ireland tu ^_^