بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
...untuk
setiap komen yang lambat dibalas, juga bagi setiap entry baru yang masih
belum di ziarah, saya dahului dengan ucapan permohonan maaf pada sahabat bloggers.
insyaALlah, saya akan mera’ikan hasil penulisan sahabat selepas penulisan
ringkas saya di sini.
Sepekan
yang tidak pendek untuk muhasabah, tidak panjang untuk hidup megah; adalah masa
yang di lalui diri saya tanpa sebarang pengkhabaran di atas layar warQah. Pada entry
bertajuk 2 Julai 2006 itu pun adalah
hasil auto-update untuk penulisan yang lebih awal dicoretkan.
Saya;
Mencari diri dalam kota sesat sebuah semalam,
Agar bisa menyembuh luka yang pernah terpendam,
Memulih jiwa ukhuwah,
Menyuntik rasa mahabbah,
Yang pernah tertaut di tali waktu,
Juga yang pernah hilang di tiup angin lalu.
Sungguh.. mendaki itu sukar!! Tapi x mustahil puncaknya dapat di tawan :) |
alhamduliLlah, dipertemukan jua dengan susuk tubuh
pemilik nama 'meor' ini. 13 tahun lalu, kehadiran namanya pernah mencuit pandang
sisi seorang budak berusia 11 tahun. Hari ini sunnah rasul yang terlekat pada
pakaian dan akhlaknya ternyata jauh lebih menyerlah. subhanALlah.. penantian
panjang itu ternyata ada selitan anugerah terindah ^_^
# seorang lagi little
khaleefah buat jadi murobbi pada penconteng warQah T_T
0 التعليقات:
Post a Comment