Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, January 16, 2012

antara 1 dan 27 !?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
alhamduliLlah..
masih lagi diberi nikmat untuk menulis, membaca dan mencari keredhaan Tuhan.
Dan amat bersyukur masih diberi hidayah untuk terus kekal di dalam nikmat terbesar yang dianugerahkan-Nya (yakni nikmat IMAN dan ISLAM).
untuk perkongsian kali ini, saya nak bawakan jawapan pada persoalan;
 
 
Din.. aku dah solat tadi tapi sorang²,kalau ada orang lain tengah solat (@nak solat)!
Boleh ke aku solat sekali lagi dengan dia sebab nak dapatkan pahala jema’ah?”
 
 
Persoalan seperti ini sering kali menjadi igauan buruk pada saya; lebih² lagi apabila ketinggalan untuk melakukan solat secara berjema’ah. Selalunya sehabis mungkin saya cuba untuk mencari sesiapa sahaja dari kalangan sahabat saya yang masih belum menunaikan solat, agar dengannya dapatlah saya merebut ganjaran solat berjemaah.
Antara perkara yang menghampakan saya adalah apabila saya gagal mendapatkan ‘teman’ untuk bersolat :(
Dan keHAMPAan itu jauh lebih besar apabila saya telah pun selesai solat secara bersendirian, kemudian dari itu baru saya berjumpa dengan orang yang hendak menunaikan solat T_T

sujud, qiyam, ruku' dan duduk tasyahud ^_^
 
Nak buat sendiri² takut salah, jadi saya bertanyakan pada seorang sahabat. Berdasarkan pemahamannya, ia dibenarkan oleh syara’. Qalbu tersentuh~
[mudahnya nak mendapatkan pahala ni ^_^],
getus hati saya.
Kemudian dari itu tanpa di sangka²,
sahabat saya telah merujuk pada mereka yang ahli untuk mendapatkan jawapan lebih tepat.
 
Dan ini adalah jawapan yang diberikan oleh Ust Wan Ji At-ta'aduddi;
 
 
-sunat mengulangi solat, sekiranya dari kita solat bersendirian kepada solat berjemaah...
wallahu 'alam..
yg tak betulnya kalau tak solat langsung...
dalam muwatta' ada satu hadis dari seorang sahabat bernama Mihjan..
Dia berjumpa dengan nabi SAW di masjid.
ketika orang solat berjemaah, tetapi dia tidak solat...
menyeabkan Nabi SAw bertanya kepadanya,
"mengapa kamu tidak solat bersama orang ramai? bukan kamu soerang lelaki muslim?...
Dia menjawab, "Aku telah solat bersama keluargaku"...
mendengar itu, Rasulullah SAw menjawb;

إذا جئت فصل مع الناس وإن كنت قد صليت
Maksudnya: “Apabila kamu datang, maka solatlah bersama dengan manusia ramai (berjemaah), waima kamu telah menunaikan solat"...
Wallahu 'alam-
 
# insyaALlah untuk manfaat bersama ^_^

2 التعليقات:

softbullet says:
at: January 16, 2012 at 11:11 PM said...

serius?? boleh turn back semula ke jemaah la bila da tamat solo camtu.. hm.. wallahualam..sedangkan solo pn aku rasa berat nk buat ..sedih je :( bila nk brubah tah.. its about 27 so click trus dpt ilmu skit.tq..hahaha..27 tu no cantik.ahaha

perindu_خلافة says:
at: January 16, 2012 at 11:35 PM said...

kalau bersandarkan pada nas yang ustaz tu bawakan.. boleh la ^_^
waLlahu 'alam~

ye saya tahu incik rahimi,
27 itu birthday kamu~
insyaALlah doa byk2, moga dipermudahkan.. kejar yg 27 k :)