Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, April 30, 2011

CUS 19 april 2011

19 April 2011
Pagi yang nyaman, seawal jam 6.00 pagi lagi.. suara² sumbang telah kedengaran mengejutkan kami untuk bangun. Huhu.. tapi bila terdengar je azan yang dilaungkan oleh saudara Uwais al-Qarni, maka terus terbuntang mata masing². Merdu suara seindah rupa... weyh~
Maka persiapan untuk santapan pagi pun disiapkan sementara yang lain sibuk mengurus diri dan beg untuk perjalanan hari kedua ni ^_^

Perjalanan pada hari ke-2 ini menyasarkan puncak Gunung Chamah sebagai destinasi akhir; di mana kami akan bermalam disana. Setelah bersiap sedia, kami akhirnya bergerak meninggalkan kem Pak Kasim (berdekatan Pos Rekom) lebih kurang jam 8.40 pagi waktu pada camera ezuwan. Perjalanan melalui Kem Pakma, Kem Tengah dan Kem Tongkat Ali telah dibahagikan oleh Pak Kasim mengikut jarak waktu perjalanan lebih kurang 35 minit, 1 jam dan 1 jam 30 minit. Bagi perjalanan yang betul² mencabar adalah dari Kem Tengah ke Kem Tongkat Ali, di mana setiap peserta diuji dengan trek di tebing tinggi. Ini kerana sebarang kesilapan kecil mampu membuatkan peserta² tergelincir jatuh dari tebing berkenaan... woohoo, Orang yang paling banyak merungut terdengar di cuping telinga penconteng warQah adalah sahabat bilik beliau.

alhamduliLlah, kami akhirnya tiba di Kem Tongkat Ali dalam jam lebih kurang 12 tengahari dalam keadaan hujan yang agak lebat. Keadaan hujan membuatkan sesi makan tengahari kami dijalankan dengan ala kadar sahaja. Dan memandangkan ini adalah waterpoint terakhir kami sebelum tiba di puncak, maka penconteng warQah dan sebilangan kecil sahabat lain menguji tahap kesejukan air sungai ditempat tersebut. Berdasarkan bacaan suhu pada jam milik Uwais, kesejukan udara di sekitar Kem Tongkat Ali pada waktu itu adalah 20°C, manakala air sungainya pula mencecah suhu 17.9°C (penconteng warQah lebih sanggup mandi air sejuk dari tak mandi langsung!!)... huhu

Selepas makan tengahari dan solat jama’ taqdim, perjalanan diteruskan lagi dalam jam lebih kurang 2 petang. Perjalanan ini ternyata mengambil masa yang amat panjang, kerana sesi mendaki telah bermula dan tiada ruang lagi untuk berpatah balik... =_= (teringat pesan abah penconteng warQah: “Dulu ekspedisi berbasikal kalau x larat boleh naik bas kat belakang tapi kali ni kalau x larat macam mana sekalipun tetap kena berjalan jugak..!!”).  Tapi sikit pun ayat tu x melemahkan semangat penconteng warQah sebab kalau abah dah lepas panjat Gunung Fuji takkanlah anak dia G7 pun x lepas kan, huhuhu ^_^ chaiyok²..

Mendaki dan mendaki dan mendaki lagi... jarum SOLVILet TITUS hampir menunjukkan tepat jam 3.15 minit petang. Suasana lembab disekeliling laluan membuatkan keadaan sudah tidak seperti berada bumi lagi, selain dari tempat yang dipijak kesemuanya berwarna hijau. Lumut² menghias indah di setiap ceruk kayu dan dahan yang terdapat disitu. Ditambah lagi liuk lentok periuk² kera yang saling bergantungan diantara pokok². Akhirnya terdengar suara orang duduk be(rehat)², maka terbitlah senyum riang dari bibir munggil penconteng warQah, sahabat sebiliknya dan saudara Ahmad Badruddin bin Othman. “...dah sampai ke?...” terdetik dalam hati masing² (“,)

“Tahniah, sekarang anda telah berada di Anak Chamah!!” kata Pak Kasim... erk x sampai lagi rupanya, “dari sini kena jalan dalam 3 jam lebih sikit sebelum sampai ke puncak”.. aiyoo~ kalau tadi dah mendaki, kali ni jalan dah turun naik pulak. Dan pendakian kali ni lebih mencabar sebab jalannya jauh lebih panjang. Tiada lagi tempat rehat oK, nak rehat sendiri² je lepas Kem Anak Chamah ni~ =_=

(3.45pm) Maka perjalanan diteruskan, pada mulanya penconteng warQah berada di belakang sekali bersama para swapper kerna firs-aid kit dibawah jagaan beliau. Namun atas nasihat saudara PM yang mengatakan abang² MBSA ada cukup barang maka saya di suruh untuk berjalan dihadapan. Bukan sebagai runner ok, maka penconteng warQah cuba shoot sampai kedepan untuk bertemu Pak Kasim. Alahai jauhnya~ jarak yang berjaya dikejar dari tempat paling belakang ke paling hadapan adalah 25 minit pulse lari anak penconteng warQah. Rupanya dari awal lagi para peserta yang bergerak slow telah ditinggalkan. Hurm.. 25 minit bukan jarak yang dekat yuk~ sekalipun ditinggalkan 5 minit ia dah dianggap terlalu jauh jika langkah kaki anda bersamaan dengan rate langkah kaki orang depan. Sebaik je bertemu dengan team Pak Kasim didepan kami snap sekeping gambar untuk tujuan rakaman waktu. Tadaa... ^__^

akim (+) rizqan (+) abang sam (+) ezuwan (+) pak kassim
Selepas berjalan selama lebih kurang 20 minit bersama Pak Kasim, (kaki Pak Kasim kejang lepas tu muntah²), penconteng warQah berhenti untuk menunggu peserta yang terhampir memandangkan kedudukan mereka tidak jauh ketika ditinggalkan. Pak Kasim meneruskan perjalanan; untung jarak mereka diantara Pak Kasim hanya berkadar 7 minit. Namun disebabkan keletihan group yang terdiri daripada pudin, bad, Abu Hamid bin Masri dan Amalina Khazani ini bertindak mahu berehat dahulu. Maka kami berehat dan snap gambar sebelum menyambung semula perjalanan. Jam menunjukkan 5.25 minit petang waktu yang tertera pada Camera Sony Cyber-Shot 7.2 Megapixel; (mudahnya dirujuk sebagai LenSa warQah).

rizqan (+) pudin (+) abu (+) bad (+) amalina
Dari tempat inilah, Pak Kasim memberitahu bahwa mengikut rate langkah dia. Puncak akan berjaya ditawan dalam 1 jam setengah lagi. Tapi penconteng warQah sedar masih ramai dibelakang yang telah tertinggal dalam jarak 1 jam ke 1 jam setengah berdasarkan pulse mereka dan kesukaran laluan trek yang semakin hampir ke puncak.

Berjalan dan berjalan, akhirnya penconteng warQah berhenti lagi... kali ini tidak perlu ditanya kenapa yuk!! Waktu hentian ini adalah jam 6.50 minit petang. Beberapa sahabat yang melintas dan dibiarkan pergi terlebih dahulu sehingga jam menunjukkan 7.20minit malam. Tatkala inilah cahya matahari sudah mula samar², dan kedengaran laungan azan yang sayup kedengaran. Dari mana dan suara siapa masih belum diketahui~ maka penconteng warQah mengatur semula langkahnya dengan berbekalkan touchlight h/phone nokia beliau diselitkan bersama topi milik pudin. Walaupun cahayanya tidak secerah headlamp biasa namun cukuplah sekadar mahu melihat trek.

Dari sinilah seorang demi seorang sahabat yang dijumpai penconteng warQah sedang berhenti rehat, afiq berseorangan; kemudian zaimi, pudin, awe berkumpulan... dan yang terakhir amalina bersama uwais. Kesemuanya berhenti dalam kegelapan malam tersebut. Perjalanan waktu malam tidaklah sesukar trek yang dilalui, kerana sepanjang trek untuk ke puncak keadaannya dipenuhi lumpur dan selut. Akhirnya dalam jam hampir 8.45malam, kami bertujuh tiba di puncak dengan keadaan selamat. Suasana dingin (15°C menurut suhu jam tangan uwais) memaksa setiap peserta memakai baju berlapis² bagi mengelakkan kesejukan. Dan ramai mengambil peluang makan malam secepat mungkin dan tidur awal bagi mempercepatkan proses pemanasan badan di dalam tent dan sleeping bag. Sedang dalam waktu critical ni jugaklah beberapa orang meninggalkan souvenior untuk pendaki Chamah selepas ini, moga subur pokok disana semakin bertambah... euwww   =p
hahaha ^_^

p/s: Kumpulan terakhir tiba di puncak adalah pada jam 9.20 minit malam dalam keadaan kekurangan sumber cahaya. huhuhu.. kami belajar sesuatu malam tu~ maaf banyak penceritaan peribadi sebab tak nampak apa yang berlaku pada orang lain =_=
Friday, April 29, 2011

CUS 18 april 2011 bhgn 2


18 April 2011 (bhgn2)
3.35pm (lebih kurang); Maka bermulalah pengembaraan kami dengan berjalan kaki secara berjemaah  mengikut trek balak tersebut, yang paling tak boleh blahnya... trek ucapan selamat datang ini adalah berkecerunan dari 30°-50°. Ingat ye kawan² ini bukan trek hutan tapi trek balak yang sudah tidak digunakan lagi, panas terik mentari disajikan bersama merah tanah bumi. =_= tatkala sampai di checkpoint pertama, hati berbunga mekar melihatkan abang toba kelihatan kepenatan dan keletihan.. YES ^_^

Memandangkan penconteng warQah antara yang berjaya sampai awal ke checkpoint, maka sesi bergambar mengambil tempat lagi. IsTiMeWa untuk pembaca warQah daUn papYrus, aksi ini antara yang berjaya dirakamkan oleh LenSa warQah...

cuba teka yang mana satu pokcek?
Pasti ramai yang tidak tahu...!? Pada hari pendakian ke Puncak Gunung Chamah, Pak Kasim mengalami muntah² dan kekejangan kaki, mungkin gambar ini mampu menceritakan se(gala)²nya, “err...adakah Pak Kasim telah dipukul!?”

Kemudian perjalanan disambung untuk sampai ke waterpoint pertama kami, dimana telah disepakati bersama untuk kami solat dahulu di situ. Dalam jam lebih kurang 5.47pm; kami tiba di groundzero dan solat jama’ takhir di laksanakan secara berjemaah o,;”)_

mencuri masa untuk solat.. bukan mencuri dalam solat k!!
...perjalanan disambung sebelum malam menjelang...

alhamduliLlah, kami akhirnya tiba di Pos Rekom jam 7.18pm menurut waktu yang dirakamkan oleh camera milik ezuwan. Di mana kami cuma perlu berjalan lebih kurang 100-200m untuk sampai ke Kem Pak Kasim, yang mana telah diputuskan untuk kami bermalam dahulu di kem tersebut.

Info mengenai kem Pak Kasim; dibuka sendiri oleh Pak Kasim (+) mempunyai sumber air (+) tersorok.

p/s: Kebanyakan camera masih lagi tidak diaktifkan penggunaannya pada masa ini, kerana setiap pemilik camera mahukan camera mereka mempunyai hayat ketika tiba di puncak Chamah dan Ulu Sepat.
Thursday, April 28, 2011

CUS 18 april 2011 bhgn 1


18 April 2011
Penconteng warQah tersedar dari lamunan mimpi yang enak tepat jam 5.55pagi waktu SOLVILet TITUS. Hujan lebat yang mengiringi perjalanan kami ternyata merunsingkan hati penconteng warQah dan juga beberapa peserta yang baru sahaja tersedar dari tidur. Manakan tidak hari pertama kami bakal diserikan dengan kelicinan trek hutan yang tidak dapat dibayangkan. Bila sahaja bebola mata ini dihalakan keluar melalui tetingkap Bas UIAM bernombor 04; terpampang sebuah papan tanda besar ‘HOTEL GM’ di sebelah kiri jalan. oK sekarang dah pun sampai ke Gua Musang~ tapi kita nak kemana ni?

Dalam pisat² saudara Program Manager CUS; Mohd Huzaimi bin Mohd Amin. Beliau meminta supaya abang driver mencari Masjid terlebih dahulu bagi menunaikan Solat fardhu Subuh sebelum bergerak ke IPD Gua Musang untuk urusan pendaftaran. Masjid Tengku Muhammad Faiz, Gua Musang menjadi pilihan; memandangkan ia adalah masjid terhampir dengan IPD Gua Musang. Itu pun selepas kami ber[pusing]² dalam bandar Gua Musang beberapa kali, sekejap ke stesyen keretapi sekejap ke mana entah. Akhirnya pudin dan Mohd Afiq bin Nawi mengambil keputusan untuk turun dari bas dan bertanya kepada orang tempatan mengenai kedudukan masjid dan Ibu Pejabat Polis berkenaan. Jumpa destinasi~

Usai solat subuh berjemaah, kami mengalas perut dengan bersarapan pagi di warong berhampiran dengan kompleks IPD Gua Musang, berjumpa dengan abang² katang dari KL (seperti yang diperkatakan oleh zaimi sebelumnya); 4 lelaki dan seorang perempuan. Ke‘tough’an badan mereka mencairkan hati dan melemahkan sedikit semangat kami namun dalam keadaan terkesima itu, kami cuba menunjukkan kemachoan masing² (huish tak nak kalah). Biaq besaq jiwa, Jangan besaq kepala!! Hehehe >_<
Tak lama selepas tu muncul la seorang lelaki separuh abad yang berjambang putih memperkenalkan dirinya sebagai Pak Kassim <--  yang ni adalah guide kami oK, daftar bersama ke Balai Polis.

Dalam jam lebih kurang 9.35am menurut waktu Noor Aliaa bt Yazid (selaku penulis report tegar), kami peserta dari UIAM bergerak menuju ke Kuala Betis dengan bas manakala 6 yang lain pula menaiki 4WD ke sana.

Sementara menunggu 4WD
Dalam jam lebih kurang 10.35am, kami mula bergerak dengan 4WD yang kesemuanya berjumlah 3 ‘ketul’. Itu pun selepas selepas para committee yang komited menyelesaikan masalah pertambahan satu lagi 4WD. Perjalanan mengikut jalan balak ini diberitahu perlu mengambil masa selama 4 jam. Aiyoo =_=
Menaiki 4WD bagaikan sardine semestinya pengalaman pertama buat semua orang, tapi dalam keramaian tu ada seorang VIP yang duduk di atas kerusi empuk; saudara err~

Baru je lebih kurang 10 minit perjalanan, tiba² segalanya terhenti.. rupa²nya terdapat sebuah lori tangki minyak yang ‘stuck’ dipertengahan jalan. Haish... potong stim kan, kebetulan dengan tu juga dapatlah kami beramah mesra dengan abang staff dari UMK yang dalam usaha untuk masuk ke kawasan perkampungan orang asli untuk didokumentarikan. Menarik jugak usaha diorang ni~

Hah nilah lori yang stuck tu, abang tu sibuk juga merakamkan insiden tersebut bersama seorang reporter dihujung cameranya.
Sesi bergambar mengambil tempat; selepas beberapa unit waktu berganjak kami diarahkan untuk berjalan kaki dan menunggu 4WD kami dihadapan lori tersebut.

Jam 11.19am waktu tertera pada camera SONY Cyber-shot 7.2megapixel, kami dapat menaiki semula 4WD seperti biasa. Perjalanan diteruskan dengan gembiranya kerana sesi bergambar mengambil tempat lagi dan lagi.. sementara penconteng warQah pulak menyimpan cameranya dalam usaha menjimatkan tenaga bateri ^__^. Tepat jam 11.59am menurut waktu pada camera milik ezuwan, 4WD kami memberikan laluan buat sebuah lori balak disebuah jambatan yang sempit.. TIBA², enjin mati.. gear stuck.. haish~ tersekat lagi lebih kurang 20 minit O.o

Sebaik sahaja enjin berjaya dihidupkan, perjalanan diteruskan... 4WD yang dinaiki oleh penconteng warQah, pudin, abu, zaimi, hadi, ezuwan dan awe ini diletakkan paling hadapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Truck ke-2 dipenuhi dengan DJ² radio, ^_^
Dalam jam lebih kurang 2.30 tengahari hujan turun dengan lebatnya dan... enjin truck paling hadapan mati lagi, adoiyai~ tapi takpe kelenguhan kaki ketika berjalan adalah lebih nikmat dari hentakan punggung pada lantai truck. Bayangkan 3-4 jam terhentak².. rasa dah takde punggung lagi dah~ >_<
Jam 3.00pm tepat truck berhenti, kerana tiada lagi laluan yang mampu dilalui oleh mereka.
Dalam masa lebih kurang 3o minit inilah, kami lunch.. di beri taklimat ringkas, dan melakukan sedikit aktiviti pemanasan badan. Warm-up oK jangan fikir bukan².. =_=

18 april 2011 (bhgn2) akan menyusul...

Wednesday, April 27, 2011

CUS 17 april 2011


CUS: Chamah-Ulu Sepat Expedition

Laluan perjalanan selama 6 hari Gunung Chamah-Ulu Sepat

17 April 2011
Jarum jam SOLVILet TITUS tepat menunjukkan 9.03 malam waktu rasmi Muhamad Rizqan Aizzaini bin Ramlan, saat itu jugalah takbiratul ihram di angkat menandakan bermulanya solat hajat yang diimamkan oleh Saudara Ahmad Saifuddin bin Othman di Musolla CF Bro (lebih tepatnya; Musolla di Central Facilities Mahallah Talhah UIAM Kuantan).

Disebabkan oleh beberapa insiden yang tidak dapat dielakkan; jangkaan waktu bertolak dari UIAM Kuantan tepat jam 10 malam berganjak beberapa unit waktu terkehadapan. Namun semuanya dapat diselesaikan dan tidaklah terlalu mengganggu jadual perjalanan keseluruhannya. Perjalanan menuju ke Gua Musang itu diteruskan dengan abang driver memilih Jalan Jabor-Al Muktafi Billah Shah dan berhenti sebentar tepat jam 12 tengahmalam di sebuah Stesen Petronas untuk mengisi tangki bas dengan bahan yang sepatutnya.
Beberapa orang peserta juga turut serta turun sebentar untuk mengisi perut mereka dengan bahan² sepatutnya. Tidak kurang juga beberapa orang peserta yang lain mengeluarkan isi dari perut mereka dari bahan² yang tidak sepatutnya. Persoalan mengenai dua (2) kali bau kurang menyenangkan yang hadir dalam jangka waktu perjalanan dari UIAM Kuantan ke tempat kejadian masih menjadi misteri yang tidak terungkai. Haish =_=

Perjalanan diteruskan dengan majoriti para peserta berada dalam keadaan separa sedar dan tidak sedar diri (termasuk la penconteng warQah)... namun bagi segelintir peserta CUS yang dipercayai mempunyai positive charges terlebih dalam badan telah bertindak sebagai *radio siaran waktu malam ^_^ abaikan~

*kumpulan mereka ini juga bertindak sebagai DJ radio bagi Chamah.FM dan Ulu Sepat.FM, dikala tiada sebarang signal yang dapat diterima oleh telefon bimbit, dan tiada sebarang talian yang dapat menghubungkan kami dengan peradaban manusia diluar sana. Terima kasih buat DJ² semua... (“,)
Sunday, April 17, 2011

menipu.. kerna apa?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini saya rasa terpanggil untuk mengupas isu, sahabat menipu... sejujurnya bukan ingin meng’aibkan sesiapa, kerna tujuan penulisan ini dibuat adalah sebagai peringatan bersama. Terutama sekali untuk diri penconteng warQah sendiri. Selama ini juga apa sahaja hasil penulisan yang anda baca di atas lembaran warQah daUn papYrus adalah realiti kehidupan penulisnya. Baiklah, insyaALlah saya akan berusaha menjadikan perkongsian ini sebagai suatu yang bermanfaat dan i’tibar buat semua.
Sahabat yang dimaksudkan di atas ini boleh jadi juga saya yang bertindak sebagai sahabat kalian, jadi sila ambil perhatian ye!! Menipu, berbohong, berdusta adalah suku kata yang disusun dari aksara² kecil dengan tujuan dan maksud yang hampir sama; iaitu TIDAK MENYATAKAN KEBENARAN.
[sila bezakan perkataan² di atas dengan helah].
                Keburukan menipu ini mungkin tidak dapat dilihat kesannya pada yang menipu kecuali; bila seseorang cuba menipu pada orang yang telah mengetahui sesuatu kebenaran. Sila letakkan diri sahabat² pada pihak yang di tipu, sedang kebenaran telah pun jelas di dalam diri sahabat². Apakah pandangan sahabat² pada pihak yang menipu, pasti dan pasti memandang rendah padanya bukan!!
                Baiklah jika di atas tadi adalah keburukan bagi yang melaksanakan penipuan; apa pula tindakan kita sebagai pihak yang ditipu. Adakah layak bagi kita menghakimi perbuatan tersebut. TIDAK!! Kerna apa??
                Kerna kita juga manusia biasa, yang bisa melakukan kesilapan. Sesetengah orang berkata; penipuan adalah salah satu dari bahasa manusia. Jika tidak ketara pada tutur kata, pasti tampak bayangan dibadan mahupun muka. Penipuan boleh dikesan, bermakna jika seseorang menipu. Seseorang yang lain boleh mengenalpasti berlakunya penipuan. Persoalannya, bukan isu penipuan itu yang penting ye sahabat². TETAPI apa yang perlu diberi perhatiana adalah; dasar apakah yang menyebabkan seseorang itu sanggup MENIPU dalam tutur katanya. Hari ini adakah berlaku penipuan dalam gerak laku dan tutur kata kita, sama² muhabasah diri ^_^