Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, April 27, 2011

CUS 17 april 2011


CUS: Chamah-Ulu Sepat Expedition

Laluan perjalanan selama 6 hari Gunung Chamah-Ulu Sepat

17 April 2011
Jarum jam SOLVILet TITUS tepat menunjukkan 9.03 malam waktu rasmi Muhamad Rizqan Aizzaini bin Ramlan, saat itu jugalah takbiratul ihram di angkat menandakan bermulanya solat hajat yang diimamkan oleh Saudara Ahmad Saifuddin bin Othman di Musolla CF Bro (lebih tepatnya; Musolla di Central Facilities Mahallah Talhah UIAM Kuantan).

Disebabkan oleh beberapa insiden yang tidak dapat dielakkan; jangkaan waktu bertolak dari UIAM Kuantan tepat jam 10 malam berganjak beberapa unit waktu terkehadapan. Namun semuanya dapat diselesaikan dan tidaklah terlalu mengganggu jadual perjalanan keseluruhannya. Perjalanan menuju ke Gua Musang itu diteruskan dengan abang driver memilih Jalan Jabor-Al Muktafi Billah Shah dan berhenti sebentar tepat jam 12 tengahmalam di sebuah Stesen Petronas untuk mengisi tangki bas dengan bahan yang sepatutnya.
Beberapa orang peserta juga turut serta turun sebentar untuk mengisi perut mereka dengan bahan² sepatutnya. Tidak kurang juga beberapa orang peserta yang lain mengeluarkan isi dari perut mereka dari bahan² yang tidak sepatutnya. Persoalan mengenai dua (2) kali bau kurang menyenangkan yang hadir dalam jangka waktu perjalanan dari UIAM Kuantan ke tempat kejadian masih menjadi misteri yang tidak terungkai. Haish =_=

Perjalanan diteruskan dengan majoriti para peserta berada dalam keadaan separa sedar dan tidak sedar diri (termasuk la penconteng warQah)... namun bagi segelintir peserta CUS yang dipercayai mempunyai positive charges terlebih dalam badan telah bertindak sebagai *radio siaran waktu malam ^_^ abaikan~

*kumpulan mereka ini juga bertindak sebagai DJ radio bagi Chamah.FM dan Ulu Sepat.FM, dikala tiada sebarang signal yang dapat diterima oleh telefon bimbit, dan tiada sebarang talian yang dapat menghubungkan kami dengan peradaban manusia diluar sana. Terima kasih buat DJ² semua... (“,)

7 التعليقات:

نور فضيلا says:
at: April 27, 2011 at 11:36 PM said...

nice intro rizq!! aku kenal sgt sape Dj tu. hahaha

Unknown says:
at: April 27, 2011 at 11:48 PM said...

HAHAHAH~
bau2an itu tak leh blah~ aku pun cam tau je DJ tu sape berdasarkan status fb mereka bberapa ari yg lepas~ hakhakhak

perindu_خلافة says:
at: April 28, 2011 at 12:12 AM said...

dila..
thanx yuk, sbenarnye tgh fikir pendekatan terbaik nak sampaikn cerita mengenai CUS, either bercerita @ report formal~ huhu >_<

RuBy..
yup bauan tu x boleh dimaafkan, hahaha ^_^


btw betul ke korang berdua ni tahu sape DJ bertugas sepanjang CUS seminggu tu.. sbb diorang ni ramai =)

نور فضيلا says:
at: April 28, 2011 at 12:46 AM said...

rizq, DJ bertugas? kalo sek2 ARC dilla taw sgt sape. hehe. sorg2 kaki karok. mana tak nye..kalo sek2 baru join.. xtahu la kan. heee

Unknown says:
at: April 28, 2011 at 8:55 AM said...

aku tahu setakat yg post kat fb je la~ hahahha..."rindu nak melalak sama ________(beberapa nama2 orang yg dikenali disini)"
hahahah, paham2 sdiri la kan~

Pengemudi Layang-Layang says:
at: April 28, 2011 at 9:21 AM said...

br 17april punye nih... haha..byk lagi episod nie.. keep it up rizqan, ceritain pengalaman anda.. pasnih nk join lagi x..? =)

perindu_خلافة says:
at: April 28, 2011 at 11:40 AM said...

dilla rasanya memg xde orang lain la tu.. sek² ARC hardcore yg rajin nyanyi² ni.. hahaha

yup RuBy, ada dorang update status hari tu kt FB, tepat sangat la nama² yang diletakkan tu~ :)

adha~
byk jugak perlu ditulis kemungkinan utk 18hb pun kena cut jd 2 bhgn... huhu~ join, confirm nk join lagi ^_^