Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, June 30, 2012

sentakan nikmat :)


Sementara menunggu kehadiran keluarga saya ke sini, eloklah saya mencoret sesuatu yang lebih tinggi nilainya dari sebuah kenangan. Menjadi kagum diri saya pada jiwa seorang sahabat, tatkala melihat status MukaBuku nya yang tertulis..

“balik kg: jumpa family.. niat nak beri mereka dgr tazkirah Prof. Dr. Muhaya tercapai.. dapat beri sedikit pesanan kepada anak2 saudara.. alhamdulillah.. kepulangan ini ada hikmah yg Allah susunkan.. semoga Allah memberkati kalian semua..~ diharapkan sahabat2 ku yang pulang ke kampung berjumpa family dan sama2 berbakti untuk mereka.. mencari keredaan Allah dan memperoleh rahmatNya.. same2 berpesan ye..”

AstagfiruLlahal a’dzim, hampir sangat saya dilupakan tentang soal dakwah pada teman-teman di luar sana, juga perkongsian baik buat orang awam yang masih terleka. Semoga Allah menambahkan kebaikan ke atas diri sahabat saya yang tersebut, peringatannya melalui status MukaBuku cukup menyentak Qalbu saya dari terus tertidur.
insyaAllah, saya juga bakal melakukan agenda yang sama.. menyebar luaskan lagi kuasa Taman Ilmu dan Budi. Di Semenyih, Selandar atau di mana sahaja kaki ini berpijak selepas ini. Pencarian ilmu adalah bertujuan mengenal Tuhan, semoga saya diberi kekuatan dan dapat istiqomah dengan tekad ini. Doakan saya sahabat2 ^_^,

Franky vs Tabari


Saya merupakan antara pelajar yang pertama mendaftar masuk ke Mahallah Talhah IM7 (baca: mahallah franky), Blok T11 bilik 2.12. dan saya juga merupakan adalah pelajar terakhir yang mendaftar keluar dari bilik yang sama namun dengan identiti berbeza, iaitu Mahallah at-Tabari, Blok Tab2 bilik 2.12.

Beberapa minit selepas saya mendaftar masuk, inilah keadaannya~
11 Julai 20102.40PM

menghala ke arah Qiblat dari katil saya

menghala ke arah Masjid UIAMK dari katil saya

untuk pengetahuan semua, hanya otai-otai sahaja yang tinggal di level ini ^_^

Manakala ini pula suasananya pagi ini; beberapa jam sebelum saya bergerak keluar ~
30 Jun 20128.35AM

menghala ke arah Qiblat dari katil saya 30/6/12



 
menghala ke arah Masjid UIAMK dari katil saya 30/6/12
 
untuk pengetahuan semua, hanya otai-otai sahaja yang tinggal di level ini ^_^ 30/6/12
 # Quality gambar berbeza kerana menggunakan 2 jenis camera yang berbeza,

coretan buat Malam Terakhir di UIAM Kuantan


29 Jun 2008 – 29 Jun 2012 :
Empat (4) tahun itu pada dasarnya amat panjang bagi sesiapa yang mengikutinya dari detik ke detik. Namun bagi yang sering alpa dan lalai, 4 tahun itu hanyalah gerakan waktu pantas yang tidak mampu memberi apa-apa, tidak pernah mengubah apa-apa.
Untuk kali ini, saya tidak berminat untuk menulis tentang segulung ijazah (yang bakal saya pegang) dalam jurusan sains bioperubatan sebagai entry. Tetapi mahu membicarakan sedikit tentang ijazah persahabatan seorang diri bernama saya; ijazah yang menentukan sama ada saya berhak di iktiraf sebagai seorang sahabat akhirat atau pun hanya teman keduniaan.
Examiners saya adalah para sahabat yang berada di sekeliling, berdasarkan pengamatan dan analisis mereka inilah saya akan di justifikasi. Namun secara sedar, saya akui dalam tutur kata sering ada khilaf. Dalam perlakuan selalu ada silap. Jadi dengan rendah diri, saya Muhamad Rizqan Aizzaini memohon jutaan ampun dan maaf buat semua sahabat yang rapat dan dekat dengan diri saya; terutama sekali pastinya sahabat yang pernah sebilik dengan saya.
Blok Talhah3 E1.7 [tahun1], Blok Talhah9 2.1-2.3 [tahun2], Blok Tabari2 (baca: franky) 2.10-2.12.

Juga sahabat-sahabat satu kelas dengan saya yang terdiri daripada pelajar jurusan,
Biomedical Science batch 081/2.

Sekali lagi jutaan ampun dan maaf di pinta, mohon dihalalkan segala yang termakan, terpakai, terpegang, ter.. segalanya sama ada secara sengaja atau pun tak sengaja. >_<
Untuk segala pertolongan dan bantuan sepanjang berada di sini; saya dahului dengan ucapan JazakumuLlahu khairan katsiran... Semoga Allah menambah kebaikan sebanyak2nya keatas diri kalian. ^_^
Thursday, June 28, 2012

D'antara ^_^ dan T_T


Dengan selesainya urusan penghantaran thesis pada jam 12.30 tengahari tadi. Maka saya umumkan secara rasminya cuti semester akhir telah pun bermula... ^_^

29 Jun 2008 adalah tarikh keramat dalam hidup saya, di mana ia merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di Bumi Kuantan. Ya pertama kali dalam hidup saya!! Berlaku semasa pendaftaran di UIAM 4 tahun yang lalu. Lebih membanggakan langkah kaki saya ini terus berpijak dalam kampus UIAM. Secara khususnya di tempat parkir kereta berhampiran dengan dewan bedah bangunan Kuliyyah of Medicine [baca: KOM]. Anda tahu tangga kecil yang menghubungkan di antara Bangunan KOM dan Bangunan Office of the Campus Director [baca: OCD]!? Sebelum tangga itu wujud, atau lebih awalnya sebelum tapak bangunan OCD itu wujud. Keluarga saya dan keluarga nasrun adalah yang pertama occupied tempat tersebut untuk bersantai sementara menunggu proses pendaftaran. Ironi; sebab tempat tersebut masih terpelihara, dan yakin akan terus terpelihara dengan kewujudan tangga penghubung tersebut. ^_^

Tarikh hari ini adalah 28 Jun 2012. Signifikan dengan tarikh akhir penghantaran thesis projek tahun akhir, telah menggenapkan masa 4 tahun saya berada di Bumi UIAM Kuantan. T_T

sedey pedey (Johan, 2011)


# sedey :(

2 month ago,




# I dont care who wins the GE election as long as its BERSIH & ADIL . [read: CLEAN & FAIR].