Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, May 18, 2012

Tangisan Syria.. sampaikah pada kita!?


Selepas berdekad di pimpin golongan yang tidak bertunjangkan ad-Deen. Hari ini Syria menangis dipaksa menyembah pemimpin mereka, disuruh syahadah menyatakan Tiada Tuhan selain Assad. MasyaALlah generasi siapakah (pemimpin) mereka ini, Firaun kah? atau Namrud kah?
Kerana kukuhnya Iman dan Aqeedah mereka (rakyat syria), maka sanggup mereka dibunuh kejam; dibakar hidup-hidup, disembelih, dikambus ke dalam tanah. Namun tidak sekali mereka akan sujud menyembah dan mencium gambar Assad dalam sekelumit hidup mereka. Semoga Allah membalas perbuatan golongan fasad ini dengan balasan setimpal yang selayaknya di berikan oleh-Nya.
Ingatlah!! Jatuh-bangunnya pemimpin fasad ini berentetan dari dahulu sehingga Qiamat. Mereka adalah puak yang telah merasakan merekalah yang terkuat, merekalah yang terhebat, sehingga kepimpinan yang diterajuinya tidak boleh jatuh kepada orang lain walau sesaat. Ketahuilah!! Biarpun mereka sebenarnya sedia maklum bahawa pengganti mereka itu adalah jauh lebih baik. Mereka tidak akan tunduk untuk memberikan jawatan imam ini kepada yang hak. Ini kerana keadaan mereka seolah hidup tidak berTuhan. Kerana kepercayaan mereka adalah tiada yang lebih layak berdiri di hadapan mereka.


# kerisauanku amat bersebab kerana di atas tanah ku sendiri, telah ada orang yang berkata:

“Kita tiada pilihan lain, hanya kerajaan sedia ada yang mampu menjamin keamanan dan kesejahteraan negara, saya tidak dapat bayangkan sekiranya kita terlepas kuasa ini, masa depan akan berubah menjadi gerhana dan cita-cita kita akan terkubur begitu sahaja,”
Wednesday, May 16, 2012

Pertemuan SRC Kuantan bersama Pengarah Kampus UIAM Kuantan, Prof Kamaruzzaman Wan Su

Assalamualaikum wbt

Hari ini dalam sejarah (15hb Mei 2012) jam 3.00petang, Saudara Sharif bin Ahmad, Luqman Hakim (SRC Allied) dan Muhamad Shafiq (SRC KOS) telah berjumpa dengan Pengarah Kampus UIAM Kuantan, Prof Kamaruzzaman Wan Su, untuk membincangkan beberapa isu yang terhangat dipasaran.

Penyerahan Surat Bantahan Langganan UTUSAN kepada Pengarah Kampus UIAM Kuantan, Prof. Kamaruzzaman Wan Su.

PEMBATALAN LANGGANAN UTUSAN DI PERPUSTAKAAN
Baru-baru ini kita digemparkan dengan pendedahan pihak media yang memaparkan gambar-gambar lucah pada muka hadapan di dada akhbar UTUSAN. Perkara ini mendapat bantahan daripada semua pihak daripada dalam universiti sendiri sehingga ke seluruh warga Malaysia secara amnya. Pihak SRC UIAM Kuantan telah menghantar surat untuk menghentikan langganan akhbar UTUSAN di Perpustakaan akibat beberapa siri penghinaan terhadap budaya intelektual, norma dan nilai masyarakat Malaysia amnya yang dipaparkan di muka depan akhbar tersebut. Perkara ini mendapat perhatian Prof, dan menerima surat bantahan tersebut pada petang tadi untuk diambil tindakan lanjut. Prof juga mencadangkan agar akhbar Metro juga dihentikan langganan atas berita-berita sensasi yang dipaparkan di muka hadapan akhbar tersebut. InsyaAllah kita mengharapkan akan ada perubahan dalam masa terdekat.

KOSISWA (update)
Prof. bersetuju dengan penubuhan KOSISWA Kuantan. Akan di proceed.

HOSPITAL BARU (berita baik untuk KON, KOM et al)
Kita telah menyatakan hasrat kepada admin untuk allocate our graduates di hospital kita menjelang siapnya pada 2015. Setelah siap Hospital Baru UIAM Kuantan, Ianya dijangka dapat menampung graduan2 daripada universiti ini untuk mengisi kekosongan jawatan yang tersedia dalam UIAM ini. Sebanyak 2000 tempat akan disediakan buat para lepasan jurusan jururawat (diploma + ijazah).

PENUTUPAN LIBRARY DURING LUNCH HOUR
Baru-baru ini, Rektor UIAM telah mengeluarkan surat kepada Library UIAM Kuantan untuk mengimplementasikan waktu rehat kepada semua staff pada waktu lunch hour (1.00pm-2.00pm) bagi memberi laluan kepada mereka menunaikan fadhu zohor secara berjemaah di Masjid UIAM. Perkara ini telah lama diimplementasikan di UIAM Gombak.

Perkara ini mendapat bantahan daripada sebahagian pelajar yang menyatakan bahawa ianya tidak sesuai diimplementasikan di UIAM Kuantan memandangkan jarak Masjid dan Library yang agak jauh beserta kebanyakan pelajar yang mempunyai jadual padat dan hanya ada waktu senggang pada waktu lunch hour sahaja. Ditambah pula sebahagian pelajar yang tidak mempunyai kenderaan untuk pergi dan balik dengan mudah dan cepat. Prof mencadangkan di pihak SRC akan menghantar surat kepada Rektor bagi mempertimbangkan keputusan ini.

PEMBATALAN SAMAN
Merujuk kepada operasi penguatkuasaan aurat yang telah berlaku sebelum ini, sebahagian drpd pelajar kita telah disaman. Kami di pihak SRC cuba untuk membuat rayuan secara pukal utk semua pelajar yang terlibat. Akan tetapi permohonan kami tempohari ditolak dan kami difahamkan bahawa mereka perlu membuat rayuan atas perseorangan (seorang demi seorang dan bukan secara pukal). Setelah berjumpa dengan Prof, Prof mencadangkan agar menulis surat kepadanya utk rayuan pembatalan saman tersebut. Kami akan selesaikan isu ini secepat mungkin.

ISU ANJING
Pihak MPK sudah membuat operasi penangkapan anjing sebelum ini. Dalam satu operasi, daripada 9 anjing yang dijumpai, hanya 1 yang dapat ditangkap. Operasi ini mendapat kerjasama daripada pihak sekuriti UIAM juga. Operasi seterusnya akan pada 21 dan 27 Mei ini pada waktu siang.

TEMPAT PERHENTIAN BAS
Akan dibincangkan dalam koordinasi meeting esok (16/5/2012). Merujuk kepada persetujuan sebelum ini, 10 buah tempat perhentian bas akan dibina sekitar kampus UIAM Kuantan.

Sekian, terima kasih.

Sincere, Reliable, Committed.
Students' Representative Council 2010/2011.

-----------------------
# penconteng warQah:
salin dan tampal 100%
Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru 2012


SELAMAT HARI GURU, CHEGU ^_^

Dari saya Muhamad Rizqan Aizzaini bin Ramlan
TASKA Raudhah (ABIM) -surau Desa Kenanga 2-
SRK Semenyih / SK Semenyih -1mawar,2mawar,3mawar,4siantan,5kenanga,6anggerik-
SR Agama Pekan Semenyih -1amanah,2amanah,3amanah,4amanah,5amanah,6damai-
SMK Engku Husain -1bakti,2amanah,3amanah,4amanah,5amanah-
Pusat Matrikulasi UIAM / Pusat Asasi UIAM, PJ
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan


Monday, May 14, 2012

pasca 428


Masihkah kalian ingat dengan video yang pernah saya postkan satu ketika dahulu?,
Ya!! Ketika Generasi seven‘O’nine (709) bangkit di hutan batu,
D’tanah belahan barat sebuah banjaran besar..
Jika lupa, pintunya ada di sini.

Saya kira ini satu lagi editing video menarik yang dihasilkan oleh kiangalaxy2.
Tentang kebangkitan semangat baru Generasi 428,



Ada kalangan sahabat yang bertanya, Apakah sistem pilihanraya yang bersih itu adalah apabila keseluruhan negeri ditawan pembangkang (istilah yang sering dianggap peruntuh kerajaan)!?
Jawapan saya:

“Bersihnya suatu pilihanraya tersebut bukanlah terletak pada keputusan yang terhasil nanti,
tetapi pada tatacara pelaksanaan urusan piliharaya itu sendiri!”


Roti Jala iv



Satu troli makanan yang di penuhi dengan kueh berwarna kuning keemasan di bawa masuk oleh pakcik kantin ke dalam kelas satu mawar. Turut terlihat adalah semangkuk besar plastik yang di isi dengan kuah kari. Sesuatu yang menarik perhatian seluruh murid-murid kelas 1 Mawar adalah, diantara roti jala yang terdapat diatas troli tersebut ada yang bentuknya digulung, ada juga yang dilipat berbentuk 3 segi.. dan ada juga yang dibiarkan leper seperti rupanya di atas kuali. Sebelum makan.. Guru Besar memberi sepatah dua kata,

yang gulung ada
yang lipat 3 segi pun ada
“Hari ini kita akan makan roti jala yang sifatnya hampir sama seperti kita, biar bagaimana berbeza bentuknya sekali pun ia masih dikenal sebagai roti jala. Macam jugak dalam masyarakat majmuk di Bumi Malaysia ni, kita ada Melayu, Cina dan India.. malah kita juga ada kaum minoriti seperti Singh, Iban, Kadazan dan lain-kain lagi. Cuba lihat kawan-kawan kamu dalam kelas ni, kita beruntung sebab dapat hidup serumpun dalam keadaan aman. Kita adalah contoh terbaik di mata dunia. Dalam mengekalkan apa yang kita kecapi hari ini, saya mahu anak-anak murid saya semuanya saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Jangan sekali-kali kita melihat pada perbezaan yang wujud, namun berusahalah untuk mencari titik persamaan. Sebab kita semua adalah Rakyat Malaysia.”
-Puan Asnaniar binti Alias-
(Guru Besar SRK Semenyih)

Cikgu Salmiah menyambung sedikit...

“..mungkin ada diantara kita yang bertelagah hanya kerana mahu menegakkan KEBENARAN, sedangkan kebenaran itu sebenarnya wujud di kedua belah pihak. Keduanya mempunyai maksud yang sama, membincangkan perkara yang sama, namun atas dasar perbezaan ilmu..
terdapat perselisihan yang tak disengajakan.
Sebelum makan ni semua orang kena bermaaf-maafan dulu, Boleh!?”

Murid-murid      : BOOLEEEH CEKGU!! (lantang dalam kefahaman) ^o^



# Kisah Gaduh Roti Jala 1 Mawar (1995)
# pemilihan kosa kata dan susun ayat adalah hasil nukilan penconteng warQah
# KEBENARAN yang dimaksudkan adalah hasil penelitian peribadi, penghayatan sesuatu isu dengan panca indera sendiri, bukan hasil penjelasan / bukan jua output dari pihak selain diri sendiri. Harap maklum