Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, March 13, 2013

ini novel kita,


Bunyi deruan ombak, bersama sorak riang anak kecil masih terngiang-ngiang di telinga faQeh. Di tambah lagi dengan kuatnya angin petang itu, membawa faQeh terbang jauh melewati masa silam. “Kita tak suka angin kuat macam ni..” keluh ‘aina. Ternyata pada pandangan mata faQeh, ‘aina benar-benar tidak selesa. Sedari tadi, dia berusaha memperkemaskan tudungnya; yang ditiup ganas angin pantai. “Kalau macam tu, kita duduk kat warung sana je la.. boleh isi perut sekali, saya belanja” faQeh mengutarakan cadangan. ‘aina memandang wajah sahabat di sebelah, keduanya terdiam. “Jom..!” sahut faQeh, bagi membukti bahwa pelawaannya bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
“Nak makan apa dik?” faQeh berlagak seperti pelayan. Kotoran di atas meja ditolak cermat menggunakan tisu. ‘krik..krik..krik..’. “eh.. ada orang ke tak ni? tadi macam ada!” faQeh menoleh kiri dan kanan. Seolah-olah mencari sesuatu yang tidak kelihatan. “Hahaha.. awak tempah je la apa-apa, kita makan je” balas ‘aina sambil ketawa kecil. Senyuman yang tersisip dari gadis berlesung pipit itulah yang berjaya melemahkan hati faQeh. “.. nak minum apa ea?” sekali lagi faQeh mengajukan soalan. “Laici kotak pun ok” pantas ‘aina menjawab.  Sedang sahabatnya di tepi lebih banyak mendiamkan diri; apabila ditanya, fika memilih minuman yang sama dengan ‘aina.
“Ok.. sekejap ye!” faQeh terus berlalu untuk membuat pesanan. Bukan pertama kali dia datang ke gerai tersebut, jadi faQeh faham benar dengan suasana 'layan diri' yang di amalkan di situ. Kali terakhir faQeh menikmati juadah yong tau foo; adalah semasa majlis santai bersama rakan sepejabatnya, kata mereka aktiviti company,
“..yang ni ada cheese kan!” soal faQeh.“ye bang, sebiji enam-plosen!


TAMAT


inspired by : http://novelkisahkita.blogspot.com/

4 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: March 15, 2013 at 10:50 AM said...

malu la kita~

hehe..punya la semangat baca ingatkan rizqan pun nak buat novel skali tamat gitu je..huhu rizqan..rizqan..

apa-apa pun thanks sebab promote link blog kita kat situ huhu..

perindu_خلافة says:
at: March 15, 2013 at 11:09 PM said...

huhu.. rizQan x pandai la nak tulis2 novel ni,

Norlyana Nasrin says:
at: March 17, 2013 at 10:56 AM said...

tetapi menarik gak cite yang rizqan buat ni..dah baca dah yang entry lagi satu tu huhu~ Black Canyon~~

perindu_خلافة says:
at: April 1, 2013 at 10:24 PM said...

huhu.. sebenarnya satu je cerita yang rizQan buat, yg kedua tu ^_^