Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, March 2, 2013

GEMS SMM07C (Part II)



Setelah 2 minggu berada dalam mode bekerja di Pharmaniaga Manufacturing Berhad, baru hari ni dapat menulis sesuatu yang berkaitan dengan Part II GEMS program saya. ^_^ Adapun ayat melayu lama yang sesuai digunakan pada saya sekarang ni adalah..

“Bagai sireh pulang ke gagang”


                Satu masa dahulu sebelum berpindah ke bumi Melaka (2008) saya pernah membesar di Pekan Semenyih. Dan lebih jauh masa dahulu sebelum berpindah ke Semenyih (1991), saya pernah tinggal di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Dengan erti kata lain, kehidupan awal saya bermula di sana.. belajar merangkak, berjalan dan seterusnya berlari selama 3 tahun pertama.  Dan semalam pada jam 7.32 PM waktu Malaysia, maka genaplah Bumi ini mengelilingi tepat Matahari untuk kali yang ke 25; dalam kitaran masa saya menghirup udara dunia. alhamduliLlah, .. (:
syukur masih di beri kesempatan, untuk memperbaiki diri.

eksplorasi : dalam usaha mengenal semula kejiranan lama ini, saya mengambil sedikit masa dari waktu pergi bekerja dan pulang ke rumah dengan melalui beberapa laluan berbeza. Untuk mengimbau kembali nostalgia yang masih terpahat, jua dalam mendapatkan laluan tersingkat~

kenangan kat bandar baru bangi, belakang censored ada gambar kakak ^_^

                Sepanjang 6 bulan internship di Pharmaniaga, saya akan berada di bawah QC department dan di tempatkan secara khusus untuk membantu penyediaan Standard Testing Procedure yang akan di gunakan untuk makmal di sini. O.o Tanggungjawab yang berat, kerana produk pharmaceutical ini adalah untuk kegunaan semua hospital kerajaan di Malaysia.

insyaALlah hanya dalam 2 bulan terakhir nanti, barulah saya berpeluang untuk bekerja di  makmal kimia dan mikrobiologi pulak. Ia adalah masa yang amat di tunggu² ^_^, buat masa sekarang ni; kenalah duduk di hadapan PC untuk jangkamasa 8 jam sehari. Jujur saya mengantuk buat kerja documentation ni, haha~

Oh ye sebelum terlupa; saya bersyukur sangat sebab dapat masuk berpraktikal ke sini [aim saya lebih tinggi]. Sebabnya bi’ah solehah di sini amatlah dititik beratkan, hampir semua dinding tertampal peringatan demi peringatan, sehingga mampu membuatkan kita tersedar bahawa kehidupan bersyari’at tu sememangnya indah. Setiap hari sebelum memulakan kerja, bacaan doa akan berkumandang untuk beberapa unit waktu. Untuk hari jumaat, tazkirah pendek juga akan diperdengarkan di corong-corong pembesar suara. Di antara ayat peringatan, yang tertampal kemas dalam setiap cubicle di dalam washroom.

“Masih punya iman, sila jaga kebersihan”

                Saya memuji tindakan islah yang dilakukan oleh top management company tempat saya bekerja sekarang. Kerana mereka begitu yakin bahawa usaha mengajak manusia mendekatkan diri dengan Tuhan adalah jalan terbaik dalam membentuk sahsiah  / akhlak yang terpuji. Bayangkan tanpa sebarang sistem punch card, para pekerja di sini begitu komited dan disiplin dalam menjalankan amanah yang diberikan pada mereka.

>speechless<

1 التعليقات:

Unknown says:
at: April 18, 2015 at 12:34 PM said...

Awak..susah tak time apply kt pharmaniaga ni? Sy plan nk buat LI kat sini.. :3