Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, March 16, 2013

sambung entry lepas..



 “Hey bro!... lu berangan ke ape!?” jerkahan kuat itu membuatkan faQeh tersentak. Terkesima. “ke..kenapa ni?” ada ketar dalam suara faQeh, kelihatannya masih terpinga-pinga, bingung tidak memahami. Seorang lelaki bertubuh sasa sedang memandangnya dengan mata merah menyala. Wajahnya bagaikan singa lapar yang bersedia menerkam mangsa. Mata faQeh berputar 360 darjah, semua mata tertumpu pada susuk tubuhnya sekarang
Lu ingat, lu sorang je pakai phone !” tersembur lagi ayat-ayat pedih dari mulut lelaki berkenaan. Di sebelahnya, ada seorang wanita muda cuba menenangkannya. “Hey babe.. sudah la tu, wa tengok lu ni lebih-lebih la”. “arghh.. biar wa hentak mamat ni, biar dia belajar sikit maksud sivik” tindakan lelaki tersebut bertambah agresif. Begitu marah lagaknya.
Tiba-tiba telinga faQeh tertancap dengan bunyi dering phone Nokia 3310 miliknya; kuat dan agak nyaring. “12 miss call!!” getus suara hati faQeh. Serentak itu dia memahami akan situasi yang sedang dihadapinya.
“Maaf, saya.. saya minta maaf!” faQeh menguatkan isyarat maafnya dengan tapak tangan terkatup rapat dan memandang semua orang. Sekeping knot 50 ringgit di tinggalkan di atas meja, lalu terus beredar meninggalkan premis Black Canyon itu.
Bertemankan perasaan malu yang tidak tertanggung, faQeh meluru laju ke arah keretanya. Sempat lagi bermonolog sendiri “Haish.. rasanya aku cuma pandang orang keluar masuk Zenith je tadi, boleh terlayang pulak”. Angin petang itu cukup kuat, memang cuaca biasa bila Si Tengkujuh menjengah tiba.


# err .. yang ni saya cuba sambungkan dari novel lepas, tapi

K E N Y A T A A N . R A S M I |
artikel kali ini tiada kaitan langsung dengan jiwa yang masih hidup atau pun yang telah pergi.

0 التعليقات: