Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, July 26, 2012

Entry kongsi gembira ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

...manusia mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu bahawa
sahabatnya sedang mengecap bahagia kan ^_^, ‘ala kulli hal mabruk ‘alaika ya Shameer Haqeem.

Setakat yang saya maklum melalui status MukaBuku beliau adalah,
Alhamdulillah...UCD! =DD”

Terimbas kenangan ketika mula² mengenali jiwa muda ini. Bersama pasangan kembarnya; Shameer Haqeem dan Ismael Haqeem mula mendaftar masuk ke asrama sekolah saya beberapa hari sebelum mereka menyambut ulangtahun kelahiran mereka yang ke-13. Sedang hari mereka mendaftar keluar pula adalah pada 1 April tahun yang sama, ini menjadikan perkenalan singkat kami hanya memakan masa 31-34 hari sahaja. Secara zahirnya tiada lagi pertemuan empat mata dengan pasangan kembar ini selepas daripada itu, ;(
# baiklah ia cuma bingkisan cerita lama,
Selama 7 tahun.. Friendster, Myspace dan Facebook-lah menjadi saksi kepada keutuhan ukhuwah yang pernah terbina sebelum ini . Biar masih belum berpeluang untuk bertemu kembali, namun hasrat untuk terus mengikat tali persaudaraan itu tidak akan pernah putus.. Jika ada yang mengatakan bahawa persahabatan kami hanyalah persahabatan MukaBuku, saya lebih senang menyatakan bahawa ikatan ini adalah kasih persahabatan dari Qalbu. :)
            Di antara perkara yang tidak pernah saya lupakan ketika bersama mereka adalah peristiwa satu malam dari malam² yang panjang di asrama tersebut, bercerita mengenai ambitions masing². “..Cita-cita saya nak jadi doktor, sambung belajar kat Ireland!..” kata Ismael selaku jurucakap pihak keduanya. Sedang Shameer lebih banyak berdiam, senyum dan senyum [mungkin jawapan abangnya adalah jawapan dirinya jua]. Untuk menggalakkan si adik membuka mulut saya tanyakan satu soalan padanya, “..kenapa tak sambung kat India!? Kan murah..”. Dan jawapan yang keluar adalah, ..India tak Best!.. haha ^_^, Shameer²

alhamduliLlah, impian Shameer untuk ke sana bakal menjadi kenyataan apabila beliau bergerak ke Ireland awal september depan ~ mohon sahabat sama² doakan junior saya ni ye,moga beliau sukses dunia-akhirat, insyaALlah

JazakumuLlahu khairan katsiran~
Friday, July 20, 2012

harapan ramadhan


Qaryah itu ‘kampung’..
dan kampung yang tidak pernah berkurang penghuninya adalah tanah perkuburan!
Huh~

Pencarian sebuah diri itu..
rupanya tidak boleh diselongkar dari wilayah masa silam,
tidak akan ketemu walau di rantau seluruh alam,
kerna diri itu wujudnya dari daerah Qalbu yang tersembunyi..
jauh diufuk hati,

Semoga madrasah ramadhan kali ini,
Turut membawa kehadiran ‘nur’ yang amat di nanti,

^_^ satu harapan


Saturday, July 7, 2012

untuk seminggu ini~


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

...untuk setiap komen yang lambat dibalas, juga bagi setiap entry baru yang masih belum di ziarah, saya dahului dengan ucapan permohonan maaf pada sahabat bloggers. insyaALlah, saya akan mera’ikan hasil penulisan sahabat selepas penulisan ringkas saya di sini.
Sepekan yang tidak pendek untuk muhasabah, tidak panjang untuk hidup megah; adalah masa yang di lalui diri saya tanpa sebarang pengkhabaran di atas layar warQah. Pada entry bertajuk 2 Julai 2006 itu pun adalah hasil auto-update untuk penulisan yang lebih awal dicoretkan.

Saya;
Mencari diri dalam kota sesat sebuah semalam,
Agar bisa menyembuh luka yang pernah terpendam,
Memulih jiwa ukhuwah,
Menyuntik rasa mahabbah,
Yang pernah tertaut di tali waktu,
Juga yang pernah hilang di tiup angin lalu.

Sungguh.. mendaki itu sukar!! Tapi x mustahil puncaknya dapat di tawan :)

            alhamduliLlah, dipertemukan jua dengan susuk tubuh pemilik nama 'meor' ini. 13 tahun lalu, kehadiran namanya pernah mencuit pandang sisi seorang budak berusia 11 tahun. Hari ini sunnah rasul yang terlekat pada pakaian dan akhlaknya ternyata jauh lebih menyerlah. subhanALlah.. penantian panjang itu ternyata ada selitan anugerah terindah ^_^

# seorang lagi little khaleefah buat jadi murobbi pada penconteng warQah T_T
Monday, July 2, 2012

2 Julai 2006

Mahallah Umar al-Khattab 1 (ukc1)

masih segar dalam ingatan,
tepat 6 tahun masihi yang lalu,