Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, September 20, 2011

nostalgia sept 20, 2001 |

"..selain dari sejadah dengan raket ada apa-apa lagi yang mak kena bawak tak malam ni?.." suara mak dari corong telesiswa, 
"ada.. bawak diri mak dengan abah sekali, rindu la~ :)" balas budak kecik yang baru 2 malam tinggal kat asrama, Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Asrama SMKEH.. Khamis, 20/9/01, Dewan Makan Asrama, 7.oopm-10.oopm
Sunday, September 18, 2011

nostalgia sept 18, 2001 |

"...kat sini kita bukan sekadar belajar subjek teras je macam matematik, sains, bahasa inggeris, dll. tapi lebih dari tu, kita akan sama-sama belajar tentang realiti kehidupan; kasih sayang, hormat-menghormati, cinta, persahabatan, kenangan, kepimpinan dsbnya. Jadi saya sangat berharap anak-anak semua tak mensia-siakan peluang yang ada ni dan akan menggunakannya dengan sebaiknya.." abi (surau aspura)
Friday, September 16, 2011

SOLVILet TITUS bernafas lagi,


masih kah kalian ingat!?
hari ini, Jumaat 16 Sept-11.
Tepat jam 4.26pm jarumnya TITUS bergerak lagi,
Setelah nafas baru diberi Illahi ^_^

empat purnama bertambah lagi hari yang empat,
TITUS ini setia menemani penconteng warQah,
Biar tidak dapat memberi maklumat,
namun hadirnya menjadi penyeri sebuah kebiasaan,

Kau lihat,
Intern ku masih bergerak tidak diganggu,
Tugas membantu adik-adik ku berjalan semampu aku,
Memerah sedikit keringat, dalam buruan secebis Ramadhan,
TITUS ini kekal di sampingku,
Sedikit tidak terkilan, secupak mahukan teman.

Di saat membaca semula penulisan ku dalam entry yang lalu berkenaan SOLVILet TITUS, ku dapati ada ketersilapan dalam penulisan,

“...Di dalam entry mahupun kepingan gambar yang dikongsi
terakam jasa warQah buat diri seorang aku.

Ralat : Ku yakin perkataan ‘warQah’ itu sepatutnya adalah ‘SOLVILet TITUS’,
Sunday, September 11, 2011

rumah ke kampus,

| pengembaraan dari tanah selatan ke belahan bumi timur; menandakan bermulanya langkah pertama sebagai pelajar tahun akhir jurusan sains bioperubatan di International Islamic University Malaysia, Kuantan Campus,

بسم الله الرحمن الرحيم

nostalgia sept 11, 2001 |

"Rizqan kamu perlu pulang hari ni jugak,
memandangkan tahap kesihatan kamu semakin teruk,
jadi kami sependapat untuk tidak membenarkan kamu teruskan sesi temuduga pada kali ni..
mungkin ada peluang yang lebih baik di luar sana.
Semoga Berjaya"

Melarikan diri dari matahari~


                Perjalanan dari bumi selatan menuju ke pekan kota lama bernama Semenyih mengundang 1001 gelodak perasaan dalam diri penconteng warQah. Dilema mahu meneruskan perjalanan dan memenuhi undangan sahabat-sahabat lama bercampur baur dan sering bertingkah di dalam Qalbu. Sehingga di saat-saat akhir tika membuka mata pagi 10 September fikirannya masih ligat bergerak. Dan akhirnya keputusan melarikan diri dari matahari diambil. Perjalanan yang sepatutnya dirancang bermula jam 5 pagi di anjak sedikit selepas menunaikan Solat Subuh dinihari. Tepat jam 6 pagi bergerak bersama sebuah motosikal.
                Mimpi buruk 2 hari sebelumnya yang menjana gelodak hati penconteng warQah. Keterlibatan dalam kemalangan yang tidak dijangka bersama dengan kereta milik ayahnya menjadikan punca dia memilih untuk tidak membawa kereta buat sementara waktu ini. Pengembaraan bermula sebaik mendapat restu ayah dan bonda. Bergerak ke kota lama, penuh nostalgia...
                Dalam usaha menenang diri, penconteng warQah memilih untuk melalui jalan baru sebagai teknik memahirkan diri selain menentang dilema hati. Bermula dari Simpang Ampat tol tanpa bayaran. Pergerakan menyusur keluar dengan yakin melalui tol Senawang juga tanpa bayaran. Melalui sekalian banyaknya lampu isyarat dalam perjalanan di atas jalan lama sebagai penyambung sebuah jalan baharu yang tidak pernah dicuba sendiri; sebelum ini. LEKAS singkatan kepada Lebuh raya Kajang Seremban adalah jalan pintas Pinggiran Seremban ke Tanah Semenyih. Penconteng warQah memasukinya dengan lafaz ‘Dengan Nama ALlah’ untuk ke sekian kalinya~


                Siapa tahu LEKAS yang asal namanya lebih indah tatkala pembinaan baru memasuki fasa permulaan. Hanya mereka yang cuba mengambil tahu, takjub dengan pembinaan yang tertangguh berbulan-bulan, malah mengambil masa bertahun perjalanan. KASEH nama asalnya dahulu, tika penconteng warQah masih menetap di kota lama Semenyih. Perjalanan ditemani LEKAS terasa akan kehadirannya KASEH, mungkin kerana hanya jasadnya sahaja bertukar nama; bukannya Rohnya.
                Biarpun perjalanan kosong di atas LEKAS, kawasan pemandangan indah dengan rintik-rintik hujan halus seketika lebat membuat diri penconteng warQah terasa bebas. Bebas dari gelodak jiwa, terpesona dengan indahnya ‘Kerja Tangan’ sang Pencipta.  Kedinginan tidak mengatasi takjubnya rasa...

pemandangan di atas LEKAS
                Persiapan ke puncak dilakukan, lereng bukit didaki bersama kemasan baju Melayu bersamping songket untuk pertemuan dalam sebuah perjanjian~
Saturday, September 10, 2011

September 9 bukan birthday saya...


                Pertama-tama sekali saya; Muhamad Rizqan Aizzaini memohon ribuan ampun dan maaf buat semua sahabat² ‘Muka Buku’, di atas tindakan saya yang dengan sengaja meletakkan tarikh 9 September 2011 sebagai ulang tahun kelahiran saya yang ke-23 pada tahun ini. Sedangkan tarikh ulang tahun kelahiran saya yang sebenar adalah bukan seperti yang tertera di laman sosial tersebut. Biar apa pun keadaannya, saya dengan rendah hati menerima ucapan doa dan selamat ulang tahun dari kalian bagi sambutan ulang tahun kelahiran saya yang telah pun berlalu pergi. Saya percaya kesemua doa dan ucapan tersebut lahir dari hati yang ikhlas sahabat² sekalian dan pastinya doa² tersebut membuahkan hasil terbaik buat kita semua. insyaALlah~
                Adapun tindakan ini adalah sebahagian daripada survey yang diciptakan untuk melihat kebergantungan sahabat² Muka Buku saya; kepada notification yang disediakan oleh pihak Muka Buku sebagai sebahagian dari aplikasi asasnya. Ini adalah ringkasan laporan yang dapat saya keluarkan hasil daripada FB notification birthday palsu untuk survey berkenaan:

Jumlah sahabat ‘Muka Buku’ rasmi saya                   : 679
Jumlah sahabat yang membalas mengenai Birthday     : 132
Jumlah sahabat yang mengetahui kebenaran sebenar    : 6

Analogi Birthday
                Kerisauan saya dalam penyebaran mesej berantai di laman² sosial ada asasnya. Lebih² lagi apabila seseorang yang tidak mempunyai ilmu yang mendalam akan hal tersebut mendapat sesuatu mesej yang mereka anggap benar (kemungkinan tidak terkandung sedikit kebenaran pun) lalu terus menyebarkannya. Melalui analogi birthday palsu ini sahabat² boleh cuba memahami akan maksud saya itu.
Ilmu dalam hal ini bolehlah diibaratkan sebagai pengetahuan sahabat² mengenai tarikh ulang tahun kelahiran saya yang sebenarnya. Apabila mereka yang dimaksudkan ini menerima maklumat yang salah, mereka akan bertindak sama ada tidak akan menghantar ucapan ataupun mereka akan cuba memastikan kebenarannya terlebih dahulu dengan mengutarakan pertanyaan.




Sebagai contoh mudah, kita sedia maklum yang pelangi mempunyai 7 warna berbeza. Tiba² dalam buletin utama TV3 mengatakan, pelangi ada 3 warna. Pastinya ada di antara kita menolak terus dakwaan tersebut atau mempersoalkan kembali, betul atau tidak!?. Pesan saya; untuk dunia hari ini jangan mudah kita percaya dengan omongan pihak ke-3 kerana kebenarannya belum pasti. Sebab Dia menjadikan fitrah ilmu itu untuk di cari bukan disuap setiap hari, Carilah kebenaran dari yang Haqiqi kerana hanya itu jalannya dalam usaha kita mendekatkan diri dengan-Nya Pemilik Cinta Sejati ^_^

P/s: Sedikit pun saya tidak berniat mahu menipu sesiapa di dalam hal ini. Oleh sebab itulah ahli keluarga terdekat telah pun diberitahu dan sedia maklum akan hal yang sebenarnya sebelum survey ini dijalankan. Dan tindakan saya tidak mengumumkan survey ini adalah untuk mengelakkan bias. Saya sekali lagi memohon maaf andai ada sahabat yang rasa dipermainkan dan berkecil hati apabila mendapat tahu kebenaran yang sebenarnya.

Di antara ratusan orang yang mendoakan kebaikan saya itu; berdiri beberapa orang yang tidak pernah sekali terleka dalam memberikan hadiah ulang tahun (yang sebenar) kepada saya sejak saya mengenali mereka ini. errr... =_=’