Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432H

eiD mubarak dari Keluarga Ramlan-Zahara
Tuesday, August 23, 2011

satu pertemuan dengan si kembar...


                Kehadiran mereka berdua malam tadi adalah satu lagi anugerah terindah buat diri saya. Bersyukur pada Dia, biarpun sekadar ‘pertemuan’ dalam lena namun dakapan kemesraan itu jelas membahang rasa. Masih tidak dapat saya lupakan, saat terakhir perpisahan di antara 3 orang sahabat itu berlaku pada 1 April 2005. Ya.. sekalipun pertemuan itu berlaku sesingkat satu bulan setengah, namun ukhuwah yang terbina melampaui jarak tempat dan juga masa. Beberapa minggu sebelum berhadapan dengan Peperiksaan SPM, satu panggilan telefon menyapa rumah saya.

Hello.. assalamualaikum, boleh saya cakap dengan abang Rizqan?”
kedengaran suara di hujung talian.

                Suara yang tidak pernah saya dengar melalui corong telefon, suara asing yang meminta untuk bercakap dengan saya, lalu saya bertanya...

Waalaikumsalam boleh.. tapi ni siapa ye?”

Saya Ismael.. adik abang Rizqan kat asrama dulu!”
balas suara tersebut lancar.

                MasyaALlah.. ^_^, bila ditanya macam mana dia dapat no telefon rumah saya. Jawapannya bersahaja; “..abang Fitri :)”. Perbualan yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek itu nyata menaut kembali ukhuwah yang dirasakan telah terputus satu masa lalu. Dan untuk bercakap dengan 2 jiwa muda serentak bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih lagi melalui satu corong telefon. Kembar-kembar..~
                18 September 2006; ulang tahun ke-5 Asrama SMK Engku Husain. Masih berbekas dalam ingatan, tarikh dan tempat kejadian ini berlaku. Jam 9.47 malam, perpustakaan pusat matrikulasi UIA PJ. Ketika sedang sibuk menelaah pelajaran untuk peperiksaan pertengahan semester, telefon bimbit berbunyi dengan galaknya. Tertancap segala mata dan telinga ke arah diri saya, alangkah malu benar rasanya. >_<, senyum buat semua sebagai tanda minta maaf..

Assalamualaikum abang Rizqan.. :)”
Waalaikumsalam, ye saya.. siapa ni!?” balas ku sedikit berbisik.
Sayalah, Ismael kembar Shameer!!” balasnya.

                Sekali lagi kejutan dari si kembar ni, masakan tidak; hampir setahun tidak menyapa hari ini suara yang sama kembali menerjah ke gegendang telinga. Belum pun sempat untuk bertanya soalan yang pernah ditanya sebelum ni,

Saya telefon rumah abang,
mak abang cakap abang sambung belajar kat UIA..
lepas tu dia terus bagi no handphone abang..”
ada sedikit tawa di hujungnya. Abang nak jadi ustaz ye??” sambungnya lagi.

Dan kali terakhir saya mendengar suara Ismael adalah pada tahun 2007, saat saya menelefon kesemua junior2 yang bakal mengambil peperiksaan PMR pada tahun yang berkenaan. Biarpun tidak berkesempatan untuk berbual dengan Shameer tapi cukuplah sekadar saya mendoakan ‘kejayaan mereka semua’ ^_^,
                Semuanya masih segar dalam ingatan saya, bagaimana kami masih berhubungan dari zaman friendster, myspace dan kini facebook. Walaupun telah beberapa kali merancang untuk bertemu namun masih belum ada rezeqi untuk itu. Saya yakin ada hikmah besar yang tersembunyi~


Sejak: 1 April 2005 sehingga 23 Ogos 2011
6 tahun  4 bulan  22 hari (telah berlalu)
Semalam.. mereka perlu berpaut pada tongkat untuk berdiri,
tetapi Hari Ini kaki mereka telah terpasak kukuh di muka bumi.. saya tumpang gembira :D 
"Semoga kalian senantiasa mendapat keRedhaan Allah"
Friday, August 19, 2011

Untuk Sebaran: Asrama SMK Engku Husain

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERHATIAN :
Saya Muhamad Rizqan Aizzaini bin Ramlan selaku pengelola majlis ‘Small Gathering of ex-SMKEH’s Ostelian’ yang dirancang berlaku pada 18 September 2o11 ingin menyatakan permohonan maaf di atas pem-BATAL-an majlis tersebut.

Ini adalah sedikit informasi yang telah disebar kepada umum sebelum ini;

small gathering - CANCEL

Tarikh   : 18 September 2o11
Tempat : McDonalds Semenyih
Masa     : 2.oopm-5.oopm

Rasional kepada PembatalanSmall Gathering of eX-SMKEH’s Ostelian’ :
Satu Majlis di bawah kelolaan Bekas² Pelajar Asrama SMK Engku Husain dengan kerjasama pihak sekolah SEMUHSIN telah bercadang untuk mengadakan ‘Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Ulang tahun yang ke-10 Asrama SMKEH’ pada 10 September 2o11. Iaitu seminggu lebih awal dari tarikh yang telah dipilih dan di war²kan oleh saya sebelum ini. Pembatalan ini; saya kira rasional kerana biarpun dua (2) majlis ini berbeza dalam agendanya, namun objektif dan tujuannya masih sama. Dan pula ia akan melibatkan skop jemputan yang lebih besar, dengan pelan perancangan program yang lebih teliti dan manfaat yang lebih luas buat Bekas² Pelajar/Warden Asrama SMK Engku Husain, Pelajar² Asrama SEMUHSIN dan pihak pentadbiran sekolah sendiri.
Sehubungan itu, saya meminta jasa baik sahabat² juga junior yang mengenali diri saya mahupun tidak untuk sama² menyampaikan mesej ini kepada yang lain...

: Small Gathering of eX-SMKEH’s Ostelian
: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Ulang tahun Asrama SMKEH yang ke-10

Melalui tinta pena warQah daUn papYrus : Saya mewakili En. Romi bin Ishak [selaku Super-senior Warden Asrama SMKEH merangkap penasihat dan penyelaras program] ingin menjemput kesemua Bekas² Pelajar Asrama SMKEH [termasuk mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan asrama ini] yang pernah menginap di bawah bumbung Teratak D’puncak untuk sama² hadir dan memeriahkan lagi Majlis Besar pertama seumpama ini. Kad Jemputan rasmi akan diedarkan dalam masa terdekat, insyaALlah

Program : Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H & Ulang tahun ke-10 Asrama SMKEH
Tarikh    : 1o September 2o11
Tempat  : Asrama SMK Engku Husain, Semenyih
Masa     : 8.3oam-11.3opm
Tema     : eiDul Fitri

“Bersama kita tautkan kembali ukhuwah yang pernah terbina di D’mensi lalu...”


Muhamad Rizqan Aizzaini bin Ramlan
T1F2  (18 September 2001)

P/s: Saya meminta maaf jika terdapat sebarang kesalahan informasi mengenai program di bawah kelolaan asrama ini, kerana saya sendiri bukanlah terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pelaksana program, penggunaan laman maya warQah daUn papYrus™ adalah sebahagian dari tanggungjawab peribadi saya dalam usaha menyebar luaskan mesej ini seoptimum mungkin. Tiada sebarang penafian dari pihak saya, anda boleh rujuk blog ini kembali jika berlaku ketidaktepatan informasi. Terima kasih..

AKHIR KALAM : Selamat meningkatkan gear ‘amal dan prestasi ibadah masing² dalam usaha menempuh 10 akhir Ramadhan yang akan tiba esok. BarakALlahu lakum
Wednesday, August 17, 2011

Kehidupan, Kesempatan, Pencarian...


                Hanya satu persinggahan; ada yang mengistilahkan kehidupan dunia ini tidak ubah seperti perjalanan sang musafir yang sekadar terlena di bawah rimbunan pepohonan. Sebaik sahaja tersedar, dia akan menyambung semula perjalanannya dalam usaha menuju ke destinasi akhir.
                Semalam.. seorang demi seorang mereka yang rapat dengan diri penulis ‘pulang’ menyambut panggilan Tuhan. Ada yang berkesempatan menempuh Qaryah Ramadhan dan ada pula yang langsung tidak sempat memasuki madrasah tarbiyyah ini.
Perkara ini jelas menggetarkan hati penulis, entahkan ia satu peringatan atau ancaman buat diri penulis yang masih lagi leka dibuai mimpi siang. Dengan berlatarbelakangkan suasana kampung yang kefahaman agamanya jauh berbeza dari suasana kampus; ia ternyata memberi sedikit kesukaran dalam usaha men-tarbiyyah diri dalam madrasah kali ini. Sesungguhnya aku merindukan cara hidup Islam, satu kerinduan kepada diri yang lalu... T_T
Hendak mengharapkan Ramadhan yang akan datang, ...tiada jaminan kepastian, semoga penulis diberikan kesempatan untuk menemui dirinya sendiri, sebelum Qaryah Ramadhan kali ini melabuhkan tirai o,;”)_ ameen
Friday, August 12, 2011

teratak yang dimaksudkan...


                Suka saya jelaskan disini, bahawa dua (2) post terbaru mengenai teratak itu merupakan hasil nukilan sahabat² penconteng warQah mengenai keberadaan sebuah kompleks asrama sebuah sekolah di puncak tanah tinggi. Teratak Dpuncak adalah istilah yang telah penconteng warQah gunakan (semenjak tahun ke-3 beliau berada di situ) untuk merujuk kepada tempat paling bersejarah dalam hidupnya satu masa lalu. Tempat pengajian 24/7 selama 5 tahun berada dalam pengajian peringkat menengah, banyak mengajar beliau erti sebuah kehidupan. ^_^
Nukilan pertama terhasil dari pandang sisi salah seorang bekas penghuni teratak tersebut..

“Tbe2 klua idea selepas aku tenung gamba yg aku upload semalam...
ingtkan mule2 nk gune istilah 'pondok'

                Sedangkan nukilan kedua pula adalah hasil penulisan seseorang yang tidak pernah berpeluang menjadi penghuni teratak yang dimaksudkan, sebaik sahaja penconteng warQah mengupload hasil nukilan pertama di atas warQah daUn papYrus... tanpa disangka menyusul satu mesej melalui inbox FB beliau, satu nukilan ikhlas dari Qalbu milik Kay/KAMK.. disertai dengan nota kaki yang berbunyi~

“___d suka bila tengok rizqan berusaha untuk asrama engku husain…
sbb tmpt tu mmg byk kenangan pd rizqan bukan…
ni sedikit nukilan dari hati ___d mengenai teratak tersebut…
pandangan dari seorang outsider”

                Kemasukan ke pusat pengajian di lereng bukit tersebut, pastinya merupakan perancangan TERBAIK dari-Nya. Panggilan ke sebuah sekolah menengah agama dan RMC seolah tidak punya makna dalam diri penconteng warQah, entah mengapa ‘sekolah kampung‘ itu juga yang menjadi pilihan kedua orang tuanya (dengan alasan bahawa kedudukannya lebih hampir dengan rumah). Benar, sedikit keterpaksaan saat diri penconteng warQah mendaftarkan diri ke sana. Namun segala²nya berubah, kecintaan membunga mekar dalam diri beliau.. seolah takdirnya telah tertulis, penconteng warQah perlu membesar di sini bukan di tempat lain, dan keindahan memori silam itulah yang membuatkan dirinya kini terbungkam dengan kerinduan yang sukar untuk diluahkan... =)
Monday, August 8, 2011

teratak dari sudut pandang -kay/KAMK-


Teratak tersebut nun jauh diatas
Pernah dianggap mustahil untuk dilaksanakan
Namun segalanya berjalan dengan lancar
Aku bukanlah penghuni teratak tersebut
Tetapi aku pemerhati di teratak tersebut
Kerana kebanyakan penghuni di sana adalah insan bergelar rakan
Dan adikku juga pernah menghuni teratak tersebut
Aku suka memerhati insan-insan yang menetap di teratak tersebut
Hidup mengikut jadual
Hidup berperaturan
Namun mereka tetap tersenyum
Namun mereka tetap boleh bergelak tawa
Di teratak tersebut silaturrahim tercipta
Di teratak tersebut kasih sayang dilahirkan
Dalam banyak perkara yang aku perhatikan pada penghuni teratak
Ada satu perkara yang aku suka dan aku jadikan sebagai salah satu amalanku sehingga hari ini
Budaya bersalaman dan mencium tangan mereka yang lebih tua walaupun beza umurnya hanya setahun
Aku kagum bagaimana mereka di teratak boleh disemai sikap yang sebegitu rupa
Aku kagum dengan ikatan kekeluargaan yang mereka ciptakan
Aku kagum melihat ketabahan mereka walaupun dimarahi, dimaki mereka masih lagi mampu tersenyum
Dan sehingga hari ini aku masih lagi kagum dengan mereka kerana berjaya mengekalkan silaturrahim tersebut walaupun berjauhan antara satu sama lain
Sehingga ke hari ini teratak tersebut masih lagi kukuh berdiri mengabdikan diri demi penghuninya...

Perkongsian di atas layar warQah telah pun mendapat keizinan dari
-kay/KAMK-

P/s : tertarik untuk saya bawakan ke atas layar warQah dan kongsikan dengan anda semua, nukilan mengenai Teratak D’puncak yang punya pandang sisi berbeza. Kerana penulis (kay/KAMK) bukanlah bekas pelajar yang pernah menghuni teratak yang dimaksudkan tetapi sanggup menitipkan sesuatu melalui tinta pena maya beliau. ^_^

teratak dari pandangan Jeneral Rushido


Di teratak inilah kita berteduh
Di teratak inilah kita mengalas perut
Di teratak inilah kita bergelak tawa
Di teratak inilah kita menangis duka
Di teratak inilah kita memasang impian
Di teratak inilah kita memerah keringat
Di teratak inilah kita dibuai mimpi indah
Di teratak inilah kita berkasih mesra
Di teratak inilah kita dimaki
Dan di teratak inilah kita belajar menjadi manusia
Jika kita tidak menjejakkan kaki ke sini
Mungkin kita tidak menjadi seperti sekarang
Sweet memory....forever ^^

pemandangan dari Puncak Teratak (ihsan gambar oleh ...)

Perkongsian di atas layar warQah telah pun mendapat keizinan dari
Abdul Rashid bin Ruslan