Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, June 6, 2011

Rejab oh Rejab (",)


السلام عليكم

...sahabat²,
Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucap Selamat Menyambut kedatangan Bulan Rejab buat semua kan!? ^_^ sebenarnya, hari ini dah pun masuk 5 Rejab 1432H, bersamaan dengan 6 Jun 2011 (selepas maghrib). Bulan yang amat dinantikan oleh para pencinta Tuhan sudah kembali, semarak kehadiran Ramadhan juga semakin dirasai, banyak peristiwa bersejarah besar yang berlaku dalam bulan kalendar hijrah ini. Tapi itu semua, saya serahkan pada sahabat² untuk mencarinya sendiri oK :D

Bermulalah Rejab ini dengan latihan untuk menghadapi Bulan istimewa buat Para Pencinta Tuhan (Ramadhan al-Mubarak), perbanyakkan puasa sunat + perbanyakkan solat sunat + perbanyakkan qiamullail + perbanyakkan sedekah + perbanyakkanlah segala yang baik pada pandangan-Nya dan bersama kita mengelak dari melakukan apa yang dilarang-Nya. Semoga dengan itu di permudahkan untuk kita semua membuat Lonjakan Terhebat buat Ramadhan kali ini; 1432 Hijrah... ^_^ insyaALlah,


Thursday, June 2, 2011

...renungan sendiri...

Sementara duduk menunggu kehadiran abang ipar untuk menjemputku pulang hari ini, sempat jugak aku meluang masa merenung sesuatu; bukan masa depan, bukan jugak masa lalu. Tapi aku merenung saat yang ada tu... TIBA²,
aku terpandangkan seekor burung yang sedang sibuk menikmati santapannya tidak jauh dari bangku tempat aku bersemayam.. err~ duduk sebenarnya

...tertarik untukku Qisah-kan kat atas warQah ni adalah kerana yang dicatuknya adalah tanah semata [mungkin pada pandangan aku macam tu], sibuk dengan catukan demi catukan ke atas tanah tu. Sehinggakan lalu-lalang manusia yang sibuk di HKJ sedikit pun tidak mengganggu atau menakutkan burung tersebut, malah terus-terusan sahaja aku melihat burung tersebut mencatuk apa yang kusangkakan adalah rezeqinya pada hari ini. Setelah hampir 7 minit aku menatapnya, aku melarikan anak mataku melihat keadaan sekeliling... SIBUK, masing² dengan hal sendiri. Ustaz aku istilahkan; nafsi²~ sehingga saat dan ketika itu, nama burung tersebut tidak langsung terlintas dalam mindaku

“Itulah burung merbuk!” kedengaran suara garau seorang lelaki namun masih bernada manja. Sibuk melayan puterinya yang tiga.. perkataannya itu tertancap ke cuping telinga ku. “Oh/..!” Qalbu ku mengiakan pernyataan seorang bapa muda.
Bukan “Oh/..” ku itu buat pengetahuan kepada nama burung yang masih mencatuk, TAPI ia sebagai tanda kesima yang hadir tatkala melihat puteri² kecilnya yang bertudung litup rapat~ CoMeL

p/s: Mampu kah aku berdiri sebagai bapa muda tersebut?
Monolog lagi sebutir Qalbu... psst hari ni 30 Jamadil akhir 1432,
Wednesday, June 1, 2011

Putra Kencana - Taubat.wmv

Jom layan lagu Taubat Maksiat versi Dikir Barat ^_^,
apa yang penting adalah maksudnya dihayati, difahami dan menjadi peringatan buat semua;
(terutama sekali penconteng warQah daUn papYrus sendiri)

HATI DAN AKAL BICARA CINTA

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, ‘akal dan Hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

‘akal       : السلام عليكم , sahabat.
Hati        : وعليكم السلام…
‘akal       : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...
‘akal bertanya sekali lagi.

‘akal       : Apa khabar iman anda?
Hati        : Kurang sihat mungkin.
‘akal       : Mengapa?
Hati        : Aku merindui dia segenap jiwaku...
‘akal       : Dia yang mana, sahabatku?
Hati        : Kedua dia. DIA yang haqiqi, juga dia yang entah kemana akhirnya..
‘akal       : Tidak mengapa, itukah fitrah manusia.
Hati        : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiran melayang terbang jauh ke angkasa. Kadang disaat ‘ibadah juga aku sering teringat dia.
‘akal       : Diantara cintamu padanya, juga cintamu pada-Nya; cinta pada-Nya kan lebih utama.
Hati        : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana ALlah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
‘akal       : Apa makna cinta?
Hati        : Kasih dan sayang.
‘akal       : Bagiku cinta itu gila.
Hati        : Mengapa pula?
‘akal       : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati        : Ya. Begitu juga yang aku rasa.
‘akal       : Apa kau tahu apa pula ‘ibadah?
Hati        : Orang kata ‘ibadah itu taat dan patuh.
‘akal       : ‘ibadah itu juga adalah cinta.
Hati        : Bagaimana dimaksudkan begitu?
‘akal       : ‘ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...


Hati        : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai ‘akal?
‘akal       : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana ALlah, apa kau ada mengadu kepada-Nya?
Hati        : Aku sudah puas berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
‘akal       : Apa kau berdoa kepada-Nya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipat-gandakan ‘ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

‘akal       : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana ALlah. Sedangkan kau mengabaikan DIA ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali ALlah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali ALlah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

‘akal       : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada ALlah. ALlah menarik cintamu kerana ALlah lebih mencintaimu. ALlah merindui doa dan tangisan hamba-Nya. ALlah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepada-Nya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

Sumber cerita ini: Internet
Tuesday, May 31, 2011

Luahan Hati yang tersorok


Dalam usaha dibatasi sempadan, kehitaman nafs bisikan syaitan, amarah penebat sang ketenangan, ditolak tidak ke tepi.. di tarik tidak berganjak, dua alam membentuk De-Facto, membelah diri, memberat hati, jika tidak kerana kitab; hancur luluh, bagai jasad tanpa roh~

kau khaleefah muDa..
menyantuni dua nyawa dalam satu diri, andai hidup tidak berpanduan kitab, andai cinta rasul datang bermusim, muhasabah lah.. hati kau mungkin terkurung gelap, berteman sang cahaya malap.