Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, June 5, 2012

PeRsEpSi

Tahukah sahabat², bahawa persepsi itu adalah prasangka dan prasangka itu adalah persepsi!?
Ini formula khusus bagi mereka yang meminati subjek matematik~ ^_^

Persepsi = Prasangka

kredit

Persepsi ini diambil dari perkataan inggeris; perception yang membawa maksud the act or faculty of apprehending by means of the senses or of the mind; cognnition; understanding.

>>49:12<<
 
Berhati²lah kita semua dengan saudagar agama; mereka sanggup mempertaruhkan kehidupan akhirat untuk dunia.. selagi mereka mampu menerapkan persepsi buruk terhadap musuh mereka dikalangan orang awam, mereka akan terus melakukannya hatta sehingga sanggup menghina ulama' muktabar sekalipun,

...kehancuranlah apabila ada orang awam [baca: kebanyakan] boleh dengan senang berkata

"Sikit-Sikit Usop Qardawi.. Sikit-Sikit Usop Qardawi.."

Biarpun wahyu telah jelas menggariskan kepada kita siapa mereka ini. Kita masih tidak pernah punya hak untuk berpersepsi buruk terhadap saudagar agama ini.. apa yang kita perlukan adalah doa kekuatan dalam menghadapi golongan seperti ini.
insyaAllah kejayaan itu amat dekat~


Monday, June 4, 2012

Advices from Tn Hj Anuzi to IIUM students


From : PEMBINA TV IIUM
Sunday, June 3, 2012

Dedikasi untuk Pelajar Tahun Akhir


Alhamdulillah penat jerih 4 & 5 tahun (ada juga 6,7 & 8) di IIUMK bakal berakhir. Ada yang gembira mengimpikan keindahan alam pekerjaan, gaji yang lumayan, kehidupan yang selesa dan ada juga yang berduka terkenang saat perpisahan dengan sahabat handai (bayangkan wajah2 mereka..).

Begitulah dunia ini. Hal ini tidak lah begitu ganjil kerana Bumi ini juga telah bertukar ganti penduduknya semenjak kewujudannya 4.5 bilion tahun yang lalu. Cuba kenangkan saat anda mendaftar di kampus ini dahulu dan anda akan dapati cepatnya masa berlalu.

Student A : belajar di uia 4 tahun, dan berjaya mendapat sekeping kertas bernama IJAZAH. Lalu berkerja.
Student B : belajar di uia 4 tahun, dan berjaya mendapat sekeping kertas bernama IJAZAH, dalam masa yang sama meninggalkan memori dan rakan-rakan rapat (gembira & menangis bersama terutama tika menonton korea..), dan berDOTA. Lalu bekerja.
Student C : belajar di uia 4 tahun, dan berjaya mendapat sekeping kertas bernama IJAZAH, dalam masa yang sama mahir membuat kertas kerja, public speaking, leadership skills, mahir selok belok bisnes, public relation superb, aktif dalam dakwah, usrah, mempunyai kefahaman jelas tentang Islam yang syumul, aktif dalam sukan futsal, tenis, skuasy, mahir berenang dan punyai sahabat-sahabat sedunia dan seakhirat =)

credit here
Ketiga-tiga mereka ialah graduan, diberi masa yang sama 4 TAHUN, tetapi hasil akhirnya sedikit berbeza. Kita di kategori yang mana ?

Apapun pilihannya, tidak ada istilah terlambat dalam kamus hidup seorang Moslem. Rancanglah kehidupan anda dari sekarang. Sekurang-kurangnya ada masa untuk 5 perkara ini :

Kerja (apa pun jurusan, asalkan halal dan baik eg Maggi itu halal, tp kurg baik utk kesihatan =) 
Ilmu - rugi lah kalau belajar sampai umur 25 sahaja, elok kalau sampai saat nafas terakhir..
Dakwah - lihat masyarakat sekeliling ..dan geleng kepala. Tanya diri sendiri apa yang boleh aku sumbangkan ??
Ekonomi / Bisnes (bukankan 9/10 rezeki itu dalam perniagaan ? cuba..)
Leadership ( join NGO, usrah cawangan etc)
Sunngguh kenangan bersama kalian akan aku rindui dan ingati sepanjang  perjalanan hayat ini. Jutaan kemaafan dihulur sekira ada salah dan silap. Moga berjumpa lagi , kalau tidak di reunion dunia ini,  insyaAllah di taman-taman syurga Allah nanti. Uhibbukum fillah.

(SHARIF AHMAD)
Timbalan Yang Dipertua I,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Saturday, June 2, 2012

Tell Me Why – Palestinian Version



Lagu Tell Me Why ini nyata lebih tepat sekali apabila dinyanyikan oleh anak-anak Palestin (wilayah Baitul Maqdis dan sekitarnya) sendiri, suasana yang mereka hadapi tidak pernah sekali di rasai oleh manusia di tempat selainnya. Benar pergolakan itu berada di banyak tempat, namun tempat yang terhangat pergolakannya dalam sejarah kehidupan manusia itu adalah tanah al-Quds. Semoga kekuatan terus diberikan pada saudara kami yang berada disana~ 


#- Sesungguhnya kejayaan itu sangatlah dekat!
Friday, June 1, 2012

Kolumpo dan Baitul Maqdis


weyH.. orang kolumpo dah sampai ni ha!!”
jerit jiran sebelah rumah nenek setiap kali kami pulang ke kampung.

haha..bukan kolumpo la nek, kami duk Kajang kat Selangor~”
Jawapan balas yang sering kali kami adik-beradik sebutkan pada orang-orang kampung. ^_^

alah.. samo la tu, kolumpo dengan selangor kan tak jauh~”
jawapan yang memang akan buatkan kami speechless.

=_= huhu


                Ini adalah perbezaan jelas yang dapat kita lihat pada orang-orang yang bukan asalnya dari wilayah yang diberi nama Selangor, hatta Kuala Lumpur sekali pun. Haha.. kebiasaan untuk mereka mengistilahkan Negeri Selangor sebagai Kuala Lumpur adalah sangat-sangat-sangat tinggi. Kadang-kadang mereka merasakan bahawa Kuala Lumpur itu adalah jauh lebih besar dari Negeri Selangor itu sendiri... ish3 =_=. Mana boleh macam tu,
                Saya amat berkeyakinan bahawa perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh peranan media elektronik di negara kita. Hebatkan!! Mereka mampu mempengaruhi minda masyarakat di luar sana. Lihat sahaja adegan filem-filem tempatan kita, selalunya scene Key eLL itu hanyalah beberapa unit waktu sahaja jika hendak dibandingkan dengan keseluruhan scene dalam filem tersebut. Tetapi masyarakat luar tetap menganggap bahawa rakaman penuh dijalankan di sekitar KL.
Hurm~
                Yang scene mewah sekalipun dari B.B.B atau Country Heights adalah KL, yang gah sekalipun scene di ambil kat Shah Alam atau Batu Caves adalah KL, yang indah sekalipun scene di ambil kat Bukit Broga atau Bukit Melawati adalah KL,

“Key eLL sangat..” [mata ke dada tangan ke atas]
hahaha :)

                Bukanlah penting sangat pun sampai saya nak membezakan di antara KL dengan Negeri Selangor ni, sebabnya kita tetap satu Malaysia ^_^ kan.. kan.. kan.. Cuma pada pandangan saya, kalaulah fakta sejelas ini pun masih ada warga kita yang kurang cakna. Macam mana pulak dengan isu-isu yang lebih besar; macam isu Palestin dan Syria, entah-entah masih ada umat Islam yang tidak tahu di mana letaknya tanah suci yang digelar ‘Baitul Maqdis dan sekitarnya’ tu kan.. YA~ saya pasti ada!!