Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, November 17, 2010

cuti hari pertama

                Google Earth (+) Sullivan (+) Rendang; antara yang setia menemaniku sepanjang cuti hari pertama ni.
                Apa yang boleh kita buat dengan google earth ni sebenarnya? Bagi aku banyak benda bermanfaat yang boleh dilakukan. Pertama; aku suka menelaah setiap inci jalan yang boleh dilalui dengan kenderaan. Kerna ia bakal memudahkan diriku pada masa hadapan. Kedua; melihat sistem perancangan bandar setempat. Ada pun perkara yang menarik perhatian aku adalah kedudukan susunan rumah-rumah di bumi kelantan. Jika melalui jalan darat amat sukar untuk perkara ini dikenal pasti. Namun keadaan ini tampak jelas dari pandangan satelit. Hampir kebanyakan binaan (rumah, pejabat, kedai dsbnya) dibina dengan kedudukannya mengikut arah Qiblat. Sesuatu yang agak jarang berlaku dimana-mana negeri lain dalam Malaysia. Tiba-tiba teringat pada susunan bangunan-bangunan kulliyyah di UIAM Gombak. Ketiga; aku dapat belajar menghargai suatu nilai yang mungkin kecil di mata kita tapi amat besar di pihak yang lain. Situasi mudah, aku keluar menggunakan pintu hadapan rumah ku dan memandang terus ke laman depan. Andai kata aku mengubah sudut pandanganku 1.46° sahaja [kurang dari 2°], impaknya tidak terkesan dimana tempat aku berdiri. Tetapi jika 2 garis lurus itu diteruskan sehingga ke bumi Kelantan, jaraknya adalah bersamaan dengan kedudukan Rumah Pudin dan Rumah Tihi. Selepas membuat kiraan dari aplikasi yang disediakan oleh Google Earth, aku dapati jarak garis lurus 2 buah rumah sahabatku itu adalah 6.48 batu diatas muka bumi sebenar. Indahnya mencari ilmu bukan, memudahkan dan menyeronokkan. Tiba-tiba teringat pada kata-kata pujangga Imam Shafie,

“Ilmu adalah suatu yang ber-Manfaat, bukan sesuatu yang perlu di-Ingat!!”

p/s: Untuk cerita Sullivan dan Rendang pula aku hantarkan dalam entry akan datang ye,
Monday, November 15, 2010

sampai rumah da

alHamduliLlah... weyh korang aku da smpai umah neyh, hahaha seronok gilew kot! >_< sbenrnye aku baru je balik umah ari tuh, tetibe je pas paper pharmaco aku rase cam 'dysphoria'.. so aku minx danny bawak aku ke terminal, beli ticket kuantan-melaka pastu terus balik [pertame kali dalam hidup aku].. ntah ape yg buat aku rushing cam tuh!! huhuhu,
Tepat jam 12 tghari tadi aku smpai umah, n buat pengetahuan sumer neyh arr kali pertame aku balik melaka bkn dgn bus.. tp naek kete classmate aku; eMi. Kebetulan die bawak kete  n ajak aku tumpang skali die balek, huh BeSt gak arr cz kami de-2 test ikot jalan baru, untung je x sesat (+) kami jimat stengah jam cz ikot jalan tuh [bgus mksdny instinct kami tepat!] kekeke,
kebetulan yg gerak pagi tadi melibatkan aku 'n' eMi ke selatan, aFiq+zarep+naSr+meng+apiz+kree LC+koi ke arah KL, alHamduliLlah sumer da selamat smpi. Twin Bad-Pudin masing² bwk kete n 7 lg budak uia yg lain gerak balik ke kelantan ptg tadi. Moga perjalanan mereka jugak D'mudahkn dan selamat smpi ke rumah masing² mlm neyh, insyaALlah ^_^

p/s: utk plan aku cuti neyh aku update nnt k, huhuhu

post pertama lepas eXam

Tuesday, November 9, 2010

mohon maaf x dapat hantar post baru


Penulis mohon maaf kepada semua pembaca setia warQah daUn papyrus kerana tidak dapat memasukkan entry baru kedalam blog ini. Sehubungan dengan itu, penulis berjanji untuk mula menulis semula di atas warQah ini sebaik sahaja selesainya Peperiksaan Akhir semester yang sedang diambil penulis. ^_^
Friday, November 5, 2010

da lama x update, da 'ter'panjang pulak tulisan..


                Masih punya waktu untuk jari-jemariku menjalankan kerja-kerjanya dengan menekan papan kekunci yang tersusun elok pada komputer peribadiku ini. Jarak yang agak kelihatan diantara kertas peperiksaan akhir yang ku ambil semalam dengan yang akan datang menyediakan lebih kurang 5 hari waktu kekangan. Walaupun jelas terdapat kesukaran bagiku untuk cuba menyusun huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan, namun itulah bayaran yang perlu aku lunaskan ketika mana aku sebelum ini telah membiasakan diri menulis dalam keadaan ayat yang tunggang-langgang dan bahasa bercampur aduk.
                Bagi pengikut setia blog warQah daUn papYrus ini, pasti menyedari teguran yang pernah diberikan pada penulis blog oleh salah seorang pembaca blog yang enggan dikenali namanya. Benar jawapan ketika itu, hanya masalah identiti diri yang penulis cuba bangkitkan. Namun masih terdapat sebab lain yang menjadikan penulis menulis dalam keadaan yang sedemikian (tunggang-langgang dan bercampur aduk). Pernahkah kalian sedar setiap apa yang kalian tulis dimana-mana blog, laman web sosial dan enjin carian boleh dibaca diseluruh dunia?? Ini memang benar, ramai mengakuinya. Kerana internet atau jaringan jalur lebar ini merupakan medan tanpa sempadan tempat dan masa. Bermakna setiap orang mampu mengakses masuk kedalamnya dan melihat apa sahaja yang berlaku diseluruh dunia. Hebat teknologi ini, namun jangan sampai terlupa!! Tidak setiap perkara boleh kita kongsikan untuk kebaikan diri kita dan orang lain. Oleh sebab itu elakkan sekali-kali mengumumkan pada dunia apa yang kita buat sebab dunia bakal mengetahui apa kelemahan yang terdapat pada kita. Ada yang bertanya, adakah ini hanya melibatkan blog dan laman sosial sahaja. TIDAK ia melibatkan apa sahaja yang mampu didapati dengan internet. Termasuklah urusan perbankan, kesihatan, keselamatan dan sebagainya.

“Woi Rizqan, kau kan menulis blog dalam Bahasa Melayu. Kau ingat orang putih tu faham ke??”
“Kau update la fb ko dalam Bahasa kau, sure dorang tak faham punya!!”
“Tulisan pun bersepah, ada hati nak cerita pasal bahasa, BLAH la!!”

                Ingat ya, teknologi memudahkan sampai tahap hadnya mampu merosakkan. Percaya atau tidak dunia boleh memahami apa sahaja yang terkandung di dalam internet. Tidak kira bahasa apa pun yang di input kedalam laman sesawang tersebut. Hanya satu butang ‘terjemahan’ (Translate), bisa membuka pekung di dada manusia. Jika kalian masih tidak percaya, cubalah membuat ‘salinan’ (copy) artikel ini dan terjemahkan kedalam bahasa inggeris. Saya yakin bahawa ia masih boleh difahami untuk dibaca dalam bahasa yang lain. Jangan lupa tujuan Facebook diwujudkan adalah untuk ‘mereka’ menafsirkan pemikaran setiap pemilik akaunnya: “What’s on your mind”.
                Dan sekarang kalian boleh memilih mana-mana artikel dengan susunan perkataan paling teruk pernah kalian baca. Kemudian membuat salinannya dan menterjemahkan kedalam bahasa yang kalian mahukan. YA, itulah yang aku mahukan!! Susunan huruf-huruf yang gagal untuk diterjemahkan. Jadi misiku untuk menujukan artikel-artkel tulisanku hanya pada golongan sasar boleh dikatakan berjaya. Oleh sebab itu, janganlah lagi kalian cuba menegur cara penulisanku diatas warQah daUn papYrus ini. Kerna aku punya tujuanku sendiri, bukan merosak Bahasa tapi menyimpan pekung didada. Yang pasti aku faham bila masanya bahasa ini perlu digunakan dalam keadaan yang formal.
                [berbalik pada perenggan pertama!], kesukaran aku menulis menggunakan ayat-ayat formal adalah disebabkan kebiasaan amalanku dengan menulis menggunakan susunan ayatku sendiri. Bermakna, apabila kita biasa melakukan sesuatu ternyata ia akan menjadi adat dalam diri. Andai kata yang diamal itu baik, baguslah. Solat sebagai contoh, jika kita istiqamah melakukannya. Maka kita akan terasa tidak sedap bila meninggalkannya. Yang buruk eloklah ditolak jauh-jauh ^_^