Membeli-belah yang saya
maksudkan; adalah proses jual beli yang dilakukan secara atas talian.
alhamduliLlah setakat semalam,
sudah empat (4) kali urusan ini dapat di lakukan dengan jayanya. ^_^
Rebana Dikir
Barat (2009)
Kesungguhan untuk memiliki sebuah
rebana sendiri, telah membawa saya masuk ke dunia yang belum pernah saya terokai
sebelum ini; iaitu pembelian barang secara atas talian. Secara jujur pengalaman
pertama ini benar² menakutkan saya, manalah tahu kena scam ke!! Namun saya
tetap usahakan diri saya untuk berfikiran positif [husnu-dzon]. Bermulalah sesi
perbincangan melalui talian telefon dan juga mesej pesanan ringkas, yang
akhirnya membawa kepada persetujuan untuk saya menerima akad jual beli
tersebut. Apa yang memeranjatkan saya adalah, kepercayaan tinggi yang diletakkan
oleh si penjual berkenaan terhadap pelanggannya. Di mana transaksi bayaran
hanya perlu dibayar selepas saya menerima barang yang saya pinta. Betul²
membuatkan diri saya rasa terharu T_T
Lusanya rebana yang di tunggu²
pun sampai ke rumah, memang TERBAIK.. kata pun Gred A kan, sebaik memaklumkan
kadar puas hati saya pada penjual, terus saya bergerak ke bank untuk
mendepositkan duit bayaran rebana tersebut yang berharga RM550.
# owh ye info tambahan,
penjual rebana ni adalah Abe Yie Arjunasukma.
Mafla
Executive PAS (2013)
Dengan keyakinan yang tinggi
pada si penjual, saya terus membuat pesanan untuk mendapatkan sehelai mafla
tersebut dengan harga RM25. alhamduliLlah selamat juga sampai ke tangan saya seminggu
sebelum PRU-13 yang lalu. Memandangkan mafla berkenaan tidak punya ulang cetak,
maka saya adalah antara yang bertuah sebab berjaya mendapatkan satu dari 2000
helai yang dijual, satu juga ada pada teman saya; Najemi dan ternampak satu
yang di pakai oleh TGNA masa PRU lepas. Agakan saya si penjual yang hadiahkan
pada TGNA, sweet.. ^_^ sebelum ni ada hamba ALlah yang hadiahkan TGNA wallet,
katanya dia kesian bila tengok TGNA cuma gunakan sampul surat untuk letak duit,
masyaALlah T_T
# pertama kali membuat money
transfer via CIMBclicks, lebih advance dari yang lepas la kan .. (:
T-Shirt HIJAU (2013)
Atas dasar perjuangan yang
sama, kepercayaan saya tidak luntur untuk membuat pesanan melalui FB dan terus
membuat bayaran dengan menggunakan CIMBclicks, RM30. Baju sampai 3 hari
sebelum 505.
# takbir
The Ideal Muslim & The Ideal Muslimah (2013)
Selepas beberapa kali menemui
kegagalan untuk mendapatkan 2 buah buku keluaran Islamic Publishing House
tersebut, saya mula terfikir untuk mendapatkannya secara atas talian. Biarlah
saya perlu membayar lebih sekalipun seandainya tiada stok lagi dalam negara
ini. Namun alhamduliLlah, DIA permudahkan urusan saya..MPH Online masih punya
simpanan dalam negara, maka saya cuma perlu membayar harga buku sahaja;
RM113.30. Sekali lagi CIMBclicks memudahkan urusan transaksi duit saya,
terima kasih ^_^, buku sampai rumah dalam tempoh 3 hari je..
# terpalit rasa seronok bila
berpeluang membaca mukadimah buku berkenaan di internet, biasalah bukan isi
penuh jadi saya memilih untuk mendapatkannya dan mengambil manfaat yang saya
yakin amat banyak terdapat di dalamnya. insyaALlah,
PERINGATAN
khusus buat sahabat² yang bernazar
dengan keputusan PRU-13.
Jangan lupa laksanakan nazar
kalian k.. HUKUM WAJIB ^_^
8 التعليقات:
at: May 13, 2013 at 10:02 AM said...
wah sakan beronline shopping na?
selalu beli novel je..baru2 ni beli cheezy cheese dari rakan UIA kte huhu~
at: May 16, 2013 at 9:25 PM said...
wah.. keju oren kfc tu ke O.o
at: May 16, 2013 at 10:29 PM said...
haah..rasanya sebijik macam kat kfc tu..cer try~
at: May 18, 2013 at 9:07 PM said...
sebijik ke.. huhu
ni yg nk kena rasa jugak ni, haish
at: May 19, 2013 at 1:05 AM said...
yup..sila2x..
hehe kita siap promote kat kawan setempat kerja.
at: May 23, 2013 at 2:09 PM said...
mohon bagi link sahabat yu-ai-eh yang buat jualan keju kfc, huhuhu ^_^
at: May 23, 2013 at 3:07 PM said...
hihih berjaya mempengaruhi rizqan~
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=529290923795415&set=a.425947607463081.95741.100001435375656&type=1&relevant_count=1
at: May 23, 2013 at 6:54 PM said...
jzkk lyana ^_^
Post a Comment