Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, May 12, 2013

Shopping

Membeli-belah yang saya maksudkan; adalah proses jual beli yang dilakukan secara atas talian.
alhamduliLlah setakat semalam, sudah empat (4) kali urusan ini dapat di lakukan dengan jayanya. ^_^

Rebana Dikir Barat (2009)
Kesungguhan untuk memiliki sebuah rebana sendiri, telah membawa saya masuk ke dunia yang belum pernah saya terokai sebelum ini; iaitu pembelian barang secara atas talian. Secara jujur pengalaman pertama ini benar² menakutkan saya, manalah tahu kena scam ke!! Namun saya tetap usahakan diri saya untuk berfikiran positif [husnu-dzon]. Bermulalah sesi perbincangan melalui talian telefon dan juga mesej pesanan ringkas, yang akhirnya membawa kepada persetujuan untuk saya menerima akad jual beli tersebut. Apa yang memeranjatkan saya adalah, kepercayaan tinggi yang diletakkan oleh si penjual berkenaan terhadap pelanggannya. Di mana transaksi bayaran hanya perlu dibayar selepas saya menerima barang yang saya pinta. Betul² membuatkan diri saya rasa terharu T_T
Lusanya rebana yang di tunggu² pun sampai ke rumah, memang TERBAIK.. kata pun Gred A kan, sebaik memaklumkan kadar puas hati saya pada penjual, terus saya bergerak ke bank untuk mendepositkan duit bayaran rebana tersebut yang berharga RM550.
# owh ye info tambahan, penjual rebana ni adalah Abe Yie Arjunasukma.


Mafla Executive PAS (2013)
Dengan keyakinan yang tinggi pada si penjual, saya terus membuat pesanan untuk mendapatkan sehelai mafla tersebut dengan harga RM25. alhamduliLlah selamat juga sampai ke tangan saya seminggu sebelum PRU-13 yang lalu. Memandangkan mafla berkenaan tidak punya ulang cetak, maka saya adalah antara yang bertuah sebab berjaya mendapatkan satu dari 2000 helai yang dijual, satu juga ada pada teman saya; Najemi dan ternampak satu yang di pakai oleh TGNA masa PRU lepas. Agakan saya si penjual yang hadiahkan pada TGNA, sweet.. ^_^ sebelum ni ada hamba ALlah yang hadiahkan TGNA wallet, katanya dia kesian bila tengok TGNA cuma gunakan sampul surat untuk letak duit, masyaALlah T_T
# pertama kali membuat money transfer via CIMBclicks, lebih advance dari yang lepas la kan .. (:


T-Shirt HIJAU (2013)
Atas dasar perjuangan yang sama, kepercayaan saya tidak luntur untuk membuat pesanan melalui FB dan terus membuat bayaran dengan menggunakan CIMBclicks, RM30. Baju sampai 3 hari sebelum 505.
# takbir


The Ideal Muslim & The Ideal Muslimah (2013)
Selepas beberapa kali menemui kegagalan untuk mendapatkan 2 buah buku keluaran Islamic Publishing House tersebut, saya mula terfikir untuk mendapatkannya secara atas talian. Biarlah saya perlu membayar lebih sekalipun seandainya tiada stok lagi dalam negara ini. Namun alhamduliLlah, DIA permudahkan urusan saya..MPH Online masih punya simpanan dalam negara, maka saya cuma perlu membayar harga buku sahaja; RM113.30. Sekali lagi CIMBclicks memudahkan urusan transaksi duit saya, terima kasih ^_^, buku sampai rumah dalam tempoh 3 hari je..
# terpalit rasa seronok bila berpeluang membaca mukadimah buku berkenaan di internet, biasalah bukan isi penuh jadi saya memilih untuk mendapatkannya dan mengambil manfaat yang saya yakin amat banyak terdapat di dalamnya. insyaALlah,

PERINGATAN
khusus buat sahabat² yang bernazar dengan keputusan PRU-13.
Jangan lupa laksanakan nazar kalian k.. HUKUM WAJIB ^_^

8 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: May 13, 2013 at 10:02 AM said...

wah sakan beronline shopping na?

selalu beli novel je..baru2 ni beli cheezy cheese dari rakan UIA kte huhu~

perindu_خلافة says:
at: May 16, 2013 at 9:25 PM said...

wah.. keju oren kfc tu ke O.o

Norlyana Nasrin says:
at: May 16, 2013 at 10:29 PM said...

haah..rasanya sebijik macam kat kfc tu..cer try~

perindu_خلافة says:
at: May 18, 2013 at 9:07 PM said...

sebijik ke.. huhu
ni yg nk kena rasa jugak ni, haish

Norlyana Nasrin says:
at: May 19, 2013 at 1:05 AM said...

yup..sila2x..
hehe kita siap promote kat kawan setempat kerja.

perindu_خلافة says:
at: May 23, 2013 at 2:09 PM said...

mohon bagi link sahabat yu-ai-eh yang buat jualan keju kfc, huhuhu ^_^

Norlyana Nasrin says:
at: May 23, 2013 at 3:07 PM said...

hihih berjaya mempengaruhi rizqan~

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=529290923795415&set=a.425947607463081.95741.100001435375656&type=1&relevant_count=1



perindu_خلافة says:
at: May 23, 2013 at 6:54 PM said...

jzkk lyana ^_^