Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, August 6, 2010

Qisah Seorang Aku


                Tatkala kehadiran-nya semakin hampir, memori silam berputar ligat dalam kepala otakku. Berbagai mehnah dan tribulasi dunia menghias mekar dalam membentuk seorang diri bernama AKU. Sebermulanya umurku menginjak ke usia-6 tahun, seorang aku telah diajar erti berpuasa. Bukan sekadar menahan diri dari menelan makan dan minum, tetapi lebih kepada membentuk diri yang baru. Aku juga di ajar bahawa ‘aidiLfitri bukan untuk semua, tetapi dikhususkan(hanya) untuk kalangan yang telah berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan kehendak syara’ yang ditetapkan. Tidak hairanlah sedari kecil, tidak sesen pun kuterima untuk ganjaran ibadah-ku itu... pemberian emak dan abah ku tolak mentah² kerna kefahaman yang telah KAU berikan. Terima Kasih Tuhan, kerna kefahaman itu dan juga kerna menganugerahkan aku seorang emak dan abah yang tegar menjalankan amanah-Mu di muka bumi ini.
Sepanjang kehidupan ramadhan, begitu banyak yang kulihat di belahan bumi utara, selatan, timur dan juga barat. Karenah manusia yang pelbagai sentiasa membuatkan aku berfikir. Semuanya tersimpan kemas untuk tatapan seorang AKU di masa mukanya. Melihat golongan yang tidak melaksanakan ibadah (puasa) ini adalah kejanggalan terbesar dalam diriku. Apa lagi ketika itu diriku masih kecil!! Jelas di dalam kitab pusaka itu, tersemat kata pujangga di akhir ayat perintah dari Yang Maha Besar, “...Moga² kamu semua ber-TaQWa” T_T
Kecantikan Ramadhan semakin teserlah pabila kaki ini memijak bumi matrix (kini cenfos) uia. Integrasi yang wujud di sebuah kampus kecil di Petaling Jaya benar² membuatkan aku kagum dengan gerakan para makhluqot di muka bumi ini. Hanya kerna sebuah bandar kecil yang dibina dengan asas agama yang kuat, semuanya kelihatan harmoni sekali. Di bumi yang mana aku lihat seburuk manapun mereka, solat mereka tidak pernah di tinggalkan. SubhanALlah.. sungguh kegagalanku untuk menginjak ke sebuah sekolah agama telah KAU gantikan dengan UIA, tempat berhimpun segala macam palajar dari segala lapangan ilmu, sains(+)agama(+)sosial, semuanya mengukuhkan lagi kedudukan seorang AKU sebagai Khalifah-Mu di muka bumi ini. Pusat himpunan pelbagai pemikiran dan budaya membuatkan aku lebih menghargai maksud toleransi sebenar, memahami perpaduan Ummah yang diajar Baginda satu masa dahulu. Sesungguhnya ukkhuwah Islam itu melampaui sempadan bangsa dan bahasa. Benar Kekasihku, T_T
Ramadhan di UIA ternyata satu transformasi indah buat diriku, hari²ku digantikan dengan lebih baik. Bukan kerna kemahuanku tapi kerna Belas Kasihan dari Pemilik hati ini. alhamduliLlah kini aku lebih mengerti, kejanggalan ku satu waktu dahulu hanya kerna aku jahil mengenainya; dan mereka pula jahil mengenai tanggungjawab mereka. Namun selepas aku dianugerahi sedikit ‘ilmu dari keLUASan ilmu milik-Nya, aku bertambah faham, bahawa kejahilan itu dapat di‘ubat’i dengan pergerakan waktu dan usaha mencari penawarnya (ilmu). Semoga mereka juga sepertiku, dari tidak berilmu bertambah sedikit untuk menjadi seorang yang TAHU. Kerna mereka yang sama sahaja semalam dan hari ini, bukanlah dari kalangan yang mampu membentuk dunia. Malah dunia juga belum tentu akan membentuk mereka tanpa usaha dari diri² mereka sendiri.

0 التعليقات: