“angah bila nak kawin, sy rasa angah dah kena cari awek la skrg...” hahaha, ni mesej yang aku terima dari junior aku ahad lepas.
Nama budak ni Luqman Nurhakim, sebenarnya masa aku kat asrama dulu aku memang rapat dengan semua orang. Mungkin sebab kedudukan aku kat sana yang buatkan aku perlu punya hubungan baik dengan orang sekeliling. Jadi antara kami tidak ada jurang besar yang memisahkan, cuma pangkat abang-adik dan oleh sebab tu jugaklah kami selesa untuk bertanya dan menjawab.
Walaupun soalan yang diajukan tu bukan secara serius tapi dalam hati aku terdetik satu perkara, yang mana sedikit sebanyak buatkan aku rasa tersentuh sangat. Memang la aku tak bercadang nak kahwin dalam masa terdekat ni, sebab berdasarkan kiraan aku; cadangan nak kahwin masa umur 26 tahun. Huhuhu cadangan je... tapi yang buatkan aku tersentuh ialah di sebalik makna ‘perkahwinan’ yang ditanyakan! Aku kenal sangat dengan Luqman, sama-sama addicted main chess, gila-gila, dan agak lurus, hahahaha ^_^... takde la aku gurau, sebenarnya semua yang aku kenal punya potensi sendiri. Jadi bagi aku mereka semua ni UNIC dan aku antara pembentuk mereka semasa mereka tinggal sebumbung dengan aku. Jadi bila di tanyakan soalan yang macam ni aku taknak menjawab terus kepada soalan, dan aku rasa dia jugak nampak apa yang sebenarnya dia mahu tanyakan.
‘TANGGUNGJAWAB...’ aku dah bersedia ke untuk pikul beban tu? Bila menjengah balik ke dalam diri aku. Aku rasa aku tak bersedia untuk tugas tu. Buat masa ni pun keadaan aku masih tak terurus, jadwal sendiri pun macam tak ikut...solat kadang2 lewat, study ikut mood, bajet duit pun tak jaga, hahaha banyak la kesalahan dan kelemahan tapi taknak tulis semua kang dah macam membuka pekung di dada. Tapi itulah yang aku nampak sebenarnya, AKU PERLU BERUBAH.. mungkin perlukan satu anjakan yang kukuh untuk ke arah yang LEBIH BAIK!!
Semalam aku mula mengubah apa yang patut, aku taknak jadi terbaik dari orang lain... tapi yang terbaik aku mampu lakukan. Untuk pengetahuan sahabat2, aku memang dah punya orang yang aku KASIH... selepas DIA, dan ‘mereka’ yang SEPATUTNYA. Aku menyediakan dua lagi tempat yang mana kedua-nya telah pun diisi. Aku mengharapkan hubungan aku bukanlah jalan salah yang aku pilih, tetapi sebagai ‘pembimbing’ untuk aku menjadi seorang manusia yang lebih baik!
“Ya Allah, Kau jadikanlah hati-hati ini bersatu KERNA diri-Mu semata-mata... Ameen”
2 التعليقات:
at: January 12, 2010 at 9:12 PM said...
mana nak study lg, nak urus diri lg, tanggungjawb ngan Tuhan and parents lg, hmmm... bukn mengeluh tp selagi kita x dpt nak balance tu semua, postponed dulu kot nak kahwin tu...
But then, kdg2 stgh org tu bila dah burumah dan bertangga, things go differently in every aspects of our life... menjadikn sesorg itu (x point sesape) lebih baik drpd sebelumnya...
But of course, kena risk byk benda... takut2 benda jadi sebaliknya.. nauzubillah... So, renung2 kn...
_PeaCe_!!!
at: June 8, 2010 at 5:49 PM said...
moon --> yup, aku setuju..
selagi kita x punya jiwa rohani yg kukuh lbh baek memikirkn mcm mane nk berubah kpd lbh baek dlu~
-bagi aku la- huhuhu
Post a Comment