Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, December 18, 2009

campus dakwah project


sedar ke tak sedar ni...


                Dalam kegembiraan bilamana Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 1-0 malam tadi, hati aku terkilan sikit dengan perangai kawan2 aku kat campus ni. Ye lah aku tahu semua nak layan bola tu dari awal sampai habis, aku pun tengok jugak tapi takdelah sampai tanggungjawab sendiri diabaikan... Dah sedia maklum waktu siaran tu maghrib, beragak-agak lah sikit! Salah ke menjerit? Hah... Itu korang kena pikir la sendiri, andaikata tiba2 datang sorang yang tak dikenali pastu menjerit-jerit kat telinga korang, mesti korang marahkan kalau tak bagi penyepak pun kurang2 korang akan kata dia tu GILA... dan andaikata pulak sorang perempuan tua menjerit mintak tolong sebab diragut, mesti korang tak kata dia gila atau marah kat dia tapi korang akan marah kat peragut dan mungkin pergi kejar dan bantai peragut tu sampai lembik.
                Apa yang korang nampak kat sini benda yang berlainan, tapi bagi aku aku ada persamaan antara kes pertama dengan kes kedua. Apa dia yang sama? Aku jawab-‘MENJERIT-JERIT’. Persamaan ni dipisahkan oleh situasi yang berlaku masa kejadian. Jadi satu jenis jeritan orang faham sebagai keperluan dan satu lagi jeritan orang faham sebagai KE‘GILA’AN. Dan dalam kes GILA ni la yang aku tak berapa puas hati. Lupa nak bangun solat kejap, menjerit-maki hamun tak tentu hala... sedangkan solat jemaah sedang berlangsung kat dalam musolla yang memang jelas terganggu oleh kelemahan sivik kawan2 aku tu.
Bagi orang2 kat cafe pulak kalau ye pun nak keuntungan berlipat ganda masa time bola tu, agak2 lah sikit kalau korang (orang2 cafe) tutup tv tu kejap solat sama2 pastu tengok balik pun ok je... tak luak sikit pun. Melainkan kalau dah mata duitan sampai tak nampak kejayaan sebenar, yang tu aku tak boleh tolong. Aku bukan nak ‘tembak’ sesiapa tapi untuk kesedaran diri aku jugak, mungkin bagi korang yang biasa baca warQah ni sedar yang ni merupakan post pertama aku buat untuk lepaskan geram. Bukan apa, hati aku dah panas sangat jadi sebab tu aku menulis kat sini sebab orang kata kalau kita menulis pun sebenarnya kemarahan tu dah dilepaskan dengan cara positif. Apa pun Salam Maal Hijrah buat semua, jadikan lah saat pertama menjelang tahun baru semalam sebagi iktibar buat kita dan sedar syaitan begitu asyik melekakan kita. Walaupun baru nak start azam baru dah digoda dengan bermacam-macam ujian,
waaLlahu’alam,

Thursday, December 17, 2009

kejayaan dahulu --> inspirasi akan datang (",)


sejuk jiwa


                assalamu’alaikum wbt... erm walopun agak lengang waktu2 yang ada di awal semester ni. Tapi kudrat yang ada pada aku tak memberikan peluang untuk aku post sepotong dua ayat. Adapun baru je 2 minggu semester baru bermula, tapi dah ada perkara yang buatkan aku gembira >>> sejuk hati aku bila masuk2 je dalam main auditorium, terpampang satu keping gambar yang memang aku kenal sangat kat skrin utama main audi tu.. diorang (aku tak tahu nak rujuk kat sape!) gunakan gambar tu sebagai background untuk dekstop dalam audi, sebenarnya gambar tu aku yang edit masa semester lepas. Niatnya saja2 sebab aku rindu nak duduk kat mahallah dalam, tak tahu pulak ada yang appreciate karya tu dan gunakan untuk kulliyyah >_< apa pun terima kasih sangat2, makin semangat stuDy maut sem ni (“,)..


(maaf gambar tu x dapat upload cz internet connection slow sgt)



Monday, December 14, 2009

masih keliru...

Makin difikirkan, makin pening kepala aku dibuatnya... apa ke aku dah buat satu keputusan yang salah ‘atau’ aku sendiri tak dapat terima keputusan yang pernah aku buat sebelum ni.

“Ya Allah, aku mohon Kau berilah ketenangan pada jiwa hamba-Mu ini..
Sesungguhnya aku sedang dihimpit dengan perasaan duka dan rasa bersalah.”

Sungguh; sampai sekarang aku tak dapat terima keputusan yang pernah aku buat masa tahun akhir aku kat asrama sekolah tu. Insiden yang buatkan pelbagai persepsi di ludahkan kat aku. Ada yang menyokong, dan tak kurang jugak yang seolah-olah menghunus tombak tajam kat jantung aku ni. Walaupun pelbagai pihak berikan pendapat dan pandangan masing-masing secara peribadi, tapi bila dikumpulkan semuanya sekali. Bercampur baur segala macam sampah dan bahan-bahan terpakai. Beratnya masa tu, terasa macam hanya aku seorang yang tanggung!

“Ya Allah, jika hamba-Mu yang lemah ini khilaf dalam keputusan yang lepas...
Kau maafkan dan ampunilah.”

Sampai sekarang, aku masih trauma untuk buat sebarang keputusan penting. Aku takut sekali lagi di heret rasa bersalah. Kalau ada kalangan kawan2 aku kat sini (kampus uiam) yang sibuk katakan pasal “kepentingan kepimpinan dalam membuat keputusan adalah jalan keluar masalah”. Aku TAK PERNAH AKAN SETUJU dengan diorang! Mungkin bagi diorang itu adalah penyelesai masalah, bagi aku tu adalah permulaan kepada masalah yang lebih besar... Kalau diorang tak setuju dengan aku, aku takde haq nak paksa diorang (ikut aku)! Tapi korang percaya la aku bukan takde kepercayaan kat diri sendiri! Cuma keputusan aku yang lepas , dah buatkan hidup aku berubah sebab tak aku sertakan dengan ketegasan yang kukuh... aku tersepit antara dua! Adik-adik aku ‘atau’ kawan baik aku.
Dan oleh sebab tu jugaklah aku masih cuba cari jawapan pada keputusanku yang lepas, adakah aku di pihak yang benar atau di pihak yang salah. Walaupun dah lebih 4 tahun aku selidik balik keputusan tu, aku tetap berada antara dua... aku berjanji untuk terus cari jawapan, supaya mudah aku jawab di hadapan-Nya nanti, sebab aku tahu ia di bawah tanggungjawab aku.

“Ya Allah, semoga Kau membuka mata hatiku..
agar aku dapat melihat sesuatu yang terselindung dari pandangan lemah seorang insan”

ameen
Sunday, December 6, 2009

azam


                Azam baru untuk hari baru, BOLEH KE?… entah la, antara perkara yang menakutkan ana ialah bilamana niyyat dah tersasar pada hari mula2 ana menetapkan niyyat! Ana perlukan seseorang untuk bimbing ana…

“Sebelum matamu terlelap oleh kesibukan dunia, ingatlah Tuhanmu yang menjadikan siangmu diwarnai dengan cabaran sebagai tarbiyyah dari-Nya, yang menjadikan malammu indah dengan cinta, kasih dan sayang dari-Nya. Apa yang didamba selain cinta seorang hamba sang Pencipta. Alunkan alunan zikrullah, basahkan lidahmu dengan rentak kalamullah, moga kita menjadi pengemis cinta Ilahi, perindu syahid sejati…”
-bisik seorang sahabat-